Usul Pertama Imam Hassan al-Banna

“Islam adalah cara hidup yang syumul meliputi seluruh kehidupan, maka ia adalah Negara dan tanah air ataupun kerajaan dan rakyat.Ia juga akhlak dan kekuatan ataupun rahmat dan keadilan.Ia juga thaqafah dan qanun atau ilmu dan perundangan.Ia juga kebendaan dan harta ataupun usaha dan kekayaan.Ia juga jihad dan dakwah ataupun ketenteraan dan pemikiran.Sebagaimana ia adalah aqidah yang sebenar dan ibadah yang sahih”.



Usul ini adalah berkenaan hakikat penting daripada hakikat2 Islam iaitu “kesyumulan Islam meliputi seluruh kehidupan”.Hakikat ini terang-terangan diketahui oleh orang yang mempunyai kesedaran dan pemahaman tentang Islam.Dalil2 syumulnya Islam daripada kitab Allah dan sunnah Rasul-Nya tidak terhitung banyaknya.

Namun begitu, perkara ini dipandang amat ganjil di sisi masyarakat Islam sewaktu Imam al-Banna menyatakan seruannya ini.Hatta di Negara kita pun terdapat orang yang memperlekehkan hokum Islam sehingga terdengar suara yang mengatakan perkataan politik mestilah dibuang atau diletak di luar pagar masjid.

Malah dipandang ganjil oleh sebahagian pertubuhan Islam yang menganggap Islam hanya juzuk tertentu seperti ibadah khusus sahaja.Dipandang ganjil oleh parti politik secular yang memisahkan agama daripada siasah dan menganggap kedua-duanya(yakni politik dan agama) tidak boleh bersatu.Sedangkan Imam al-Ghazali menyatakan dalam Ihya’ Ulumiddin: “Kerajaan dan agama adalah kembar.Agama adalah usul dan sultan adalah pengawal agama.Sesuatu yang tidak ada asal akan tumbang dan sesuatu yang tidak ada pengawal maka akan rosak”.

Prinsip kesyumulan Islam juga dipandang ganjil oleh masyrakat awam muslimin dan para pemerintah kerana jauhnya kehidupan mereka daripada mutiara Islam yang sebenar.Malahan ia dipandang ganjil oleh sebahagian ulama’ sedangkan dalil2 kesyumulan Islam terang-tengan berada di tangan dan di depan mata mereka.

Di tengah2 keganjilan ini Imam asy-Syahid menerangkan hakikat ini dan menyeru umat Islam melalui pertubuhan Ikhwanul Muslimin.Beliau cuba menjadikan teori kesyumulan Islam sesuatu yang praktikal dalam reality masyarakat.Beliau berusaha bersungguh-sungguh untuk menetapkan perkara ini dalam jiwa muslimin dan menerimanya sebagai satu manhaj hidup.

Sesiapa yang memerhatikan suasana masyarakat pada waktu itu dapatlah mengetahui nilai usul ini.Antaranya ialah pemikiran secular menyelinap masuk ke dalam minda sebahagian pelajar universiti, penulis dan ahli sastera.Pemikiran ini bersarang dalam pemikiran mereka dan berkembang sehingga mereka mengingkari kesyumulan Islam dan jadilah Islam itu terbatas dalam ruang lingkup ibadah khusus.Tiada lagi hubungan Islam dengan siasah dan hokum serta ekonomi dan kemasyarakatan dan seluruh aspek kehidupan yang lain.Maka dating Imam asy-Syahid menggerakkan umat Islam dan menjelaskan kepada mereka supaya mereka bangun,bergerak dan mengamalkan Islam sepenuhnya dari sekecil2 siwak hingga kepada jihad.
(akan bersambung)

Comments

Popular posts from this blog

Biografi Ringkas Imam an-Nawawi رحمه الله

Makrifah Tauhid Bagi Jazam

Aurat Lelaki Ketika Solat