Kenapa dihebohkan lagi soal Wahabi?

Kenapa dihebohkan lagi soal Wahabi?Begitulah tajuk kolum emel dari seberang oleh Ahmad Muhajir dalam Harakah edisi Jumaat(2-4 Julai 2010).Dia menganggap isu ini adalah remeh temeh.

Dia menukilkan kata2 Dr Aid Abdullah al-Qarni bahawa Wahabi itu tidak wujud.Itu tidak lebih daripada provok dan propaganda Barat untuk mengadu domba umat Islam.Muhd Abd Wahab hanyalah penyeru umat kembali kepada akidah dan tauhid yang betul.Tepatnya kumpulan ini boleh disebut sebagai Muwahhidun.Benarkah begitu?

Bermulanya dakwah Wahabi pada tahun 1143H dan masyhur selepas 1150 di Najd dan Muhd Abd Wahab wafat pada 1206.Dia mendakwa dakwahnya bersumberkan Kitab dan Sunnah.Dia mengambil beberapa bid’ah Ibnu Taimiyah dan menghidupkannya seperti haram tawassul dengan Nabi SAW dan musafir untuk ziarah kubur para Nabi, wali dan orang soleh untuk berdoa di sana dengan harapan dimaqbulkan Allah.Dia juga mengkafirkan siapa yang menyeru dengan lafaz:Ya Rasulallah atau Ya Muhammad atau Ya Ali atau Ya Abd Qadir Aghisni atau seumpanya kecuali kepada yang hidup.Juga beraqidah tajsim dan mengatakan Allah mempunyai arah.
Dia juga mengharamkan selawat ke atas Nabi SAW selepas azan manakala pengikutnya mengharamkan sambutan Maulidur Rasul sedangan Syeikh mereka Ibnu Taimiyah menyatakan boleh.Kebanyakan guru Ibnu Abd Wahab meramalkan beliau akan sesat dan menyesatkan dan ia benar2 berlaku.Muhd Abd Wahab menyangka tujuan perlakuan bid’ahnya ialah untuk membersihkan ajaran tauhid daripada syirik dan manusia berada dalam syirik semenjak 600 tahun dan beliau adalah mujaddid.
Beliau membawa ayat2 Quran yang turun kepada Musyrikin lalu ditujukan kepada ahli tauhid seperti al-Ahqaf:5- “Dan siapakah yang lebih sesat daripada orang yang menyembah sembahan-sembahan selain Allah yang tiada dapat memperkenankan (doa) nya sampai hari kiamat dan mereka lalai dari (memperhatikan) doa mereka?” dan Yunus:106 – “Dan janganlah kamu menyembah apa-apa yang tidak memberi manfaat dan tidak (pula) memberi mudharat kepadamu selain Allah; sebab jika kamu berbuat (yang demikian), itu, maka sesungguhnya kamu kalau begitu termasuk orang-orang yang zalim." Dan ar-Ra’du:14- “Dan berhala-berhala yang mereka sembah selain Allah tidak dapat memperkenankan sesuatupun bagi mereka”.
Kata Muhd Abd Wahab:Siapa yang beristighasah dengan Nabi SAW dan para Nabi,wali dan orang soleh atau menyeru baginda dan minta syafaat sesungguhnya mereka seperti kaum musyrik tersebut dan termasuk dalam umum ayat ini.Dia juga menjadikan firman Allah dalam surah az-Zumar:3- "Kami tidak menyembah mereka melainkan supaya mereka mendekatkan kami kepada Allah dengan sedekat- dekatnya."Beliau berkata orang yang bertawassul seumpama orang musyrik tersebut.

Wahabi juga menegah selawat ke atas Nabi SAW atas menara selepas azan.Diriwayatkan sorang lelaki soleh yang buta azan dan berselawat ke atas Nabi SAW selepas azan.Lalu dibawa kepada Muhd Abd Wahab lalu beliau menyuruh dibunuh lelaki tersebut.Maka pengikutnya pun membunuh lelaki itu.

Di Damsyiq, muazzin Masjid ad-Daqaq berselawat ke atas Nabi dengan katanya:As-Solatu was salamu alaika ya Rasulallah.Seorang Wahabi melaungkan dengan suara yang lantang:Perbuatan ini haram dan seperti orang yang berzina dengan ibunya.Maka berlakulah pertengkaran antara Wahabi dan ahli Sunnah.Kes tersebut dibawa kepada Mufti Damsyiq waktu itu iaitu Abul Yusri Abidin maka Mufti menyuruh pemimpin Wahabi Nasiruddin al-Albani dan melarang beliau mengajar dan mengugut akan dihalau daripada negeri sekiranya melanggar perjanjian.Adakah ini boleh disebut Muwahhidin.

Banyak lagi kalau nak dibongkar tentang Wahabi tetapi cukuplah di sini.

Comments

Popular posts from this blog

Biografi Ringkas Imam an-Nawawi رحمه الله

Makrifah Tauhid Bagi Jazam

Aurat Lelaki Ketika Solat