JANGAN MENYUSAHKAN

Sabda Nabi SAW: ان الدين يسر ولن يشاد الدين احد الا غلبه فسددوا وقاربوا وابشروا واستعينوا بالغدوة والروحة وشيء من الدلجة"

“Sesungguhnya agama Islam itu mudah.Dan tidaklah seseorang itu memayahkan agama kecuali akan menyulitkannya.Maka tunjukkan kepada jalan kebenaran, bercakaplah dengan percakapan yang baik, sampaikan berita gembira, mohonlah pertolongan pada waktu pagi dan petang dan sesuatu daripada perjalanan pada waktu malam” –Riwayat Imam Bukhari daripada Abu Hurairah ra.

Dalam satu riwayat:"سددوا وقاربوا واغدو وروحوا وشيء من الدلجة والقصد القصد تبلغوا فلن يشاد الدين احد الا غلبه الدين فلا تشددوا على انفسكم وان خير الاعمال ادومها"

“Tunjukkan kepada jalan kebenaran, bercakaplah dengan percakapan yang baik, berpagilah, berpetanglah dan sesuatu daripada perjalanan pada waktu malam.Bersederhanalah, bersederhanalah kamu akan sampai kepada tujuan.Dan tidaklah seseorang itu memayahkan agama kecuali akan menyulitkan urusan agamanya.Maka janganlah kamu menyusahkan dirimu.Dan sebaik2 amalan adalah yang kekal”.

Fahamilah panduan Nabawi yang mulia ini.Lakukan ketaatan kepada Allah Taala dengan amalan2 pada waktu cergas dan sunyi hati daripada urusan dunia nescaya kamu akan mendapat kelazatan beribadat dan tidak jemu serta sampai tujuan dan cita2 kamu.Sebagaimana seorang musafir yang pintar mengambil jalan yang betul pada waktunya dan dapat sampai ke tempat tujuan tanpa penat lelah.

Sesungguhnya Islam mencela al-Musyaddidin(orang yang memayahkan) sampai manusia lari daripada agama kerana mereka mengelirukan hakikat Islam yang sebenar sedangkan mereka tidak sedar hal tersebut.

Ibnu Mas’ud ra meriwayatkan bahawa Nabi SAW bersabda: "هلك المتنطعون"-قالها ثلاثا

“Hancurlah al-Mutanattiun”-Baginda SAW mengulang sebanyak 3 kali.-Riwayat Imam Muslim.

Al-Mutanattiun ialah orang yang memayahkan bukan pada tempatnya.

Sesungguhnya Rasulullah SAW mengambil berat kepada para sahabat dengan peringatan yang sederhana karana takutkan bosan daripada mereka..Ini adalah manhaj yang cukup cantik dalam tarbiah ilmiah dan akhlak Islamiah.

Daripada Abu Ubaidillah Jabir b Samurah ra:katanya "كنت اصلي مع النبي (ص) الصلوات فكانت صلاته قصدا وخطبته قصدا"

“Sesungguhnya aku solat bersama Nabi SAW dan solatnya adalah sederhana dan begitu juga khutbahnya adalah sederhana”.-riwayat Imam Muslim.

Maka Baginda adalah orang yang sederhana dalam solatnya.Baginda tidak memanjangkan solat hingga jemu sahabat kerana di kalangan mereka ada orang lemah, sakit dan yang berhajat.Namun begitu baginda tidak mensegerakan solatnya sehingga tiada khusyuk dan khudhuk.

Antara ifrat dan tafrit ramai orang yang melakukan kesalahan.Daripada Ibnu Abbas ra katanya:

"بينما النبي (ص) يخطب اذ هو برجل قائم فسال عنه فقالو:ابو اسرائيل نذر ان يقوم في الشمس ولا يقعد ولا يستظل ولا يتكلم ويصوم فقال النبي (ص):مروه فليستظل وليتكلم وليقعد وليتم صومه"

“Ketika mana Nabi SAW berkhutbah ada seorang lelaki yang berdiri maka Baginda bertanya tentangnya maka sahabat menyahut: Dia Abu Israil bernazar untuk berdiri di tengah panas matahari dan tidak duduk dan tidak berteduh serta tidak bercakap dan berpuasa.Maka Nabi SAW bersabda: “Suruhlah dia berteduh,bercakap dan duduk tetapi sempurnakan puasanya”-riwayat Imam Bukhari.

Daripada Ummul Mukminin Aisyah ranha:

"ان النبي (ص) دخل عليها وعندها امراة قال من هذه؟قالت فلانة تصلي بالليل تذكر من صلاتها قال:مه عليكم بما تطيقون فو الله لا يمل الله حتى تملوا وكان احب الدين اليه ما داوم صاحبه عليه"

“Sesungguhnya Nabi SAW masuk rumah sedangkan di sisi Aisyah ranha ada seorang wanita.Sabda Baginda:Siapakah ini?Jawab Aisyah:Wanita ini solat pada waktu malam dan sedang menceritakan tentang solatnya.Baginda bersabda:Berhentilah, hendaklah kamu beribadat satakat kemampuan kamu. Demi Allah, Allah tidak jemu member pahala hinggalah kamu jemu beribadat.Dan sebaik2 urusan agama di sisi Allah ialah yang mana pengamalnya melakukan secara berterusan.”-Muttafaq Alaih.

Benarlah Firman Allah dalam al-Baqarah:185: “Allah menghendaki kemudahan bagimu, dan tidak menghendaki kesukaran bagimu.”

Comments

Popular posts from this blog

Biografi Ringkas Imam an-Nawawi رحمه الله

Makrifah Tauhid Bagi Jazam

Aurat Lelaki Ketika Solat