Ke arah Kesatuan Umat Islam

Kita kena kembali seperti umat Islam dulu kala.Mereka bersatu dalam 5 perkara:

1)Kesatuan akidah di bawah kalimah syahadah.Alhamdulillah saya nampak umat Islam zaman sekarang boleh bersatu dengan kalimah ini.

2)Kesatuan syariat-semua 4 mazhab menerima Quran, Sunnah, Ijmak ulamak dan qiyas yang nyata sebagai sumber hukum.Tak seperti sekarang. Sudah ada suara2 hanya berpegang Quran dan Hadis Sohih saja.Ijmak ulamak dan qiyas ditolak mentah2.Malah al-Quran, Sunnah, Ijmak dan Qiyas tak dijadikan sumber perundangan.Ada negara Islam yang ambil British Law dan ada yang ambil Fance Law.

3)Kesatuan tamadun.

4)Kesatuan umat-tidak ada beza antara Arab, Melayu, Eropah, Cina India dll selagi mereka Islam.

5)Kesatuan negara Islam.Seluruh negara Islam memberi taat setia kepada khalifah yang satu bermula Khulafa' Rasyidin, umawiyah, Abbasiah dan berakhir dengan Usmaniyah pada awal 1920-an.Selepas itu negara2 umat Islam dipecahkan penjajah dan masing2 membawa haluan dan hala tuju yang berlainan.

Kelima2 kesatuan ini kita kena usahakan kalau nakkan umat Islam kembali gemilang.

Comments

Popular posts from this blog

Biografi Ringkas Imam an-Nawawi رحمه الله

Makrifah Tauhid Bagi Jazam

Aurat Lelaki Ketika Solat