Posts

Showing posts from March, 2017

Mulakan Dakwwah Dengan Diri Sendiri

Image
Dah lama tak post dalam ni.setahun lebih.Hari ni aku nak cerita sikit tentang dakwah. Setiap Muslim patut memulakan dakwah dengan membetulkan dirinya terlebih dahulu, iaitu menjalankan perintah2 yang fardhu dan meninggalkan larangan2 yang haram. Kemudian dia mengajar ahli rumahtangganya. Kemudian barulah dia keluar menyebarkan dakwah kepada jiran tetangganya dan orang2 dalam sekitar kampungnya dan seterusnya ke daerah2 yang terdekat dengan kampung halamannya. Kemudian barulah ke merata ceruk rantau negerinya. Sesudah itu barulah dia keluar jauh dari rantau negerinya ke merata negeri yang lain. Hanya sesudah itulah baru boleh dia merantau ke merata alam Islami. Bila ada orang yang terdekat melakukan yang demikian, maka gugurlah kewajipannya terhadap orang yang terjauh. Kalau tidak semua orang yang berkuasa akan menanggung dosanya, baik yang terdekat mahupun  yang terjauh. Dan dosa ini tidak akan gugur selama terdapat di atas muka bumi ini seorang yang jahil dari hal kefardhuan aga