Mulakan Dakwwah Dengan Diri Sendiri

Dah lama tak post dalam ni.setahun lebih.Hari ni aku nak cerita sikit tentang dakwah.

Setiap Muslim patut memulakan dakwah dengan membetulkan dirinya terlebih dahulu, iaitu menjalankan perintah2 yang fardhu dan meninggalkan larangan2 yang haram. Kemudian dia mengajar ahli rumahtangganya. Kemudian barulah dia keluar menyebarkan dakwah kepada jiran tetangganya dan orang2 dalam sekitar kampungnya dan seterusnya ke daerah2 yang terdekat dengan kampung halamannya. Kemudian barulah ke merata ceruk rantau negerinya. Sesudah itu barulah dia keluar jauh dari rantau negerinya ke merata negeri yang lain. Hanya sesudah itulah baru boleh dia merantau ke merata alam Islami.

Bila ada orang yang terdekat melakukan yang demikian, maka gugurlah kewajipannya terhadap orang yang terjauh. Kalau tidak semua orang yang berkuasa akan menanggung dosanya, baik yang terdekat mahupun  yang terjauh. Dan dosa ini tidak akan gugur selama terdapat di atas muka bumi ini seorang yang jahil dari hal kefardhuan agamanya, dan ada orang yang boleh berusaha datang kepadanya untuk mengajarnya tentang kefardhuan itu.

Ini adalah suatu tugas yang patut dipikul oleh orang yang memandang penting tentang urusan agamanya dan tidak menyia2kan waktunya pada pemecahan perkara2 yang cabang (furu') serta mendalami persoalan ilmu2 yang halus dari fardhu kifayah, dan tidak akan mendahulukan atas semua ini ialah mana yang fardhu ain, kemudian fardhu kifayah yang terpenting.

Sekian.Moga ada manfaat penulisan ini yang saya ambil daripada kitab Dakwah Yang Sempurna Peringatan Yang Utama karya Imam Habib Abdullah Haddad.

Comments

Popular posts from this blog

Biografi Ringkas Imam an-Nawawi رحمه الله

Makrifah Tauhid Bagi Jazam

Aurat Lelaki Ketika Solat