Posts

Showing posts from December, 2019

Perkara Wajib Kita Tahu Tentang Penghulu Kita

Image
Bismillahir Rahmanir Rahim. Selawat dan salam ke atas penghulu kami dan tuan kami Sayyidina Muhammad, dan ahli keluarganya serta para sahabat Baginda. Ini adalah peringatan apa yang patut ke atas individu Muslim menghafaznya, dan yang wajib ke atas orang yang mempunyai agama mengetahuinya, daripada nasab Rasulillah صلى الله عليه وسلم , dan kelahirannya, kehidupannya, pengutusanya sebagai Rasul, dan peringatan tentang hal ehwal peperangannya, dan mengetahui nama2 anaknya, bapa dan ibu saudaranya, isteri2 Baginda. Maka sesungguhnya orang yang mengetahui perkara2 tersebut mempunyai martabat mengatasi martabat mereka yang jahil tentangnya, sebagaimana bahawasanya mengetahui perkara tersebut mendapat kemanisan iman di dalam jiwa. Dan tidaklah diimarahkan majlis2 yang baik selepas majlis Kitab Allah Azza wa Jalla daripada khabar2 Rasulillah صلى الله عليه وسلم , dan kami telah mengitsbatkan dalam ringkasan kami ini daripada perkara tersebut. Dan kepada Alah Taala jual