Perkara Wajib Kita Tahu Tentang Penghulu Kita


Bismillahir Rahmanir Rahim.


Selawat dan salam ke atas penghulu kami dan tuan kami Sayyidina Muhammad, dan ahli keluarganya serta para sahabat Baginda.

Ini adalah peringatan apa yang patut ke atas individu Muslim menghafaznya, dan yang wajib ke atas orang yang mempunyai agama mengetahuinya, daripada nasab Rasulillah صلى الله عليه وسلم, dan kelahirannya, kehidupannya, pengutusanya sebagai Rasul, dan peringatan tentang hal ehwal peperangannya, dan mengetahui nama2 anaknya, bapa dan ibu saudaranya, isteri2 Baginda. Maka sesungguhnya orang yang mengetahui perkara2 tersebut mempunyai martabat mengatasi martabat mereka yang jahil tentangnya, sebagaimana bahawasanya mengetahui perkara tersebut mendapat kemanisan iman di dalam jiwa.

Dan tidaklah diimarahkan majlis2 yang baik selepas majlis Kitab Allah Azza wa Jalla daripada khabar2 Rasulillah صلى الله عليه وسلم, dan kami telah mengitsbatkan dalam ringkasan kami ini daripada perkara tersebut.

Dan kepada Alah Taala jualah kami memohon hidayah taufiq, dan hanya kepadaNya sahaja kami memohon dilimpahkan selawat ke atas perhiasan para Mursalin, dan penghulu segala alam, dan penutup segala Nabi, dan pemimpin para Muttaqin, iaitu Abul Qasim Muhammad b. Abdullah[1] b. Abd Muttalib b. Hasyim b. Abd Manaf b. Qusoi b. Kilab b. Murroh b. Ka’bin b. Lu’ayy b. Ghalib b. Fihrin b. Malik b. an-Nadhri b. Kinanah b. Khuzaimah b. Mudrikah b. Ilyas b. Mudhor b. Nizar b. Ma’add b. Adnan. Sampai di sini sahaja berlaku ijmak ummat.

Dan Rasulullah صلى الله عليه وسلم dilahirkan pada tahun gajah, hari Isnin, 8 Rabiul Awwal.

Ibu Baginda bernama Aminah bt. Wahab b. Abd Manaf b. Zuhrah.

Siti Aminah berkahwin dengan Abdullah b. Abd Muttalib, lalu menghamilkan Rasulillah صلى الله عليه وسلم.

Kemudian Abd Muttalib mengutuskan Abdullah, ayahanda Baginda untuk mendapatkan tamar (kurma) daripada Yatsrib (Madinah), namun beliau wafat di sana.

Siti Aminah melahirkan Rasulallah صلى الله عليه وسلم pada hari Isnin di rumah datuknya Abd Muttalib. Kemudian Baginda disusui oleh seorang wanita daripada Bani Saad b. Bakar yang bernama Halimah bt. Abu Zu’aib as-Sa’di. Ketika Baginda membesar umurnya Halimah Saadiyah menyerahkan kembali Baginda kepada bondanya.

Ketika usia Baginda enam tahun wafat pula bondanya sewaktu perjalanan pulangnya daripada Madinah, yakni di al-Abwa’. Maka jadilah Baginda anak yatim di bawah jagaan datuknya Abd Muttalib.

Ketika umur Baginda lapan tahun dua bulan sepuluh hari, wafat pula datuknya Abd Muttalib. Maka Abu Talib b. Abd Muttalib pula menjaganya. Beliau merupakan saudara seibu sebapa bagi Abdullah, ayahanda Baginda.

Ketika umur Baginda 12 tahun dua bulan 10 hari, Baginda mengembara bersama Abu Talib untuk berniaga menuju Syam. Ketika rombongan tiba di Taima’, maka seorang pendeta Yahudi Taima’ yang bernama Rahib Buhaira melihat Baginda. Maka beliau bertanyakan Abu Talib: “Siapakah budak yang bersamamu ini?” Jawabnya: “Beliau adalah anak saudaraku.” Kata Rahib: “Demi Allah, jika kamu teruskan perjalanan ke Syam, beliau akan dibunuh oleh Yahudi. Sesungguhnya beliau adalah musuh mereka.” Maka Abu Talib pun kembali membawa Baginda pulang ke Mekah.

…….to be continue

Sumber terjemahan:

“Awjazus Siyari li Khairil Basyar صلى الله عليه وسلم” karya al-Imam Abul Husain Ahmad b. Faris b. Zakaria ar-Razi ( wafat 395H )
11/12/2019 6.37 PM, Sungai Lalang, Qadah.


[1]  ) Digelar Abu Qutsam ( أبو قثم ), dan Qutsam juga antara nama Nabi صلى الله عليه وسلم, maksudnya ialah yang banyak pemberian lagi yang menghimpunkan kebaikan.

Comments

Popular posts from this blog

Biografi Ringkas Imam an-Nawawi رحمه الله

Makrifah Tauhid Bagi Jazam

Aurat Lelaki Ketika Solat