Posts

Showing posts from August, 2009

Perkara2 Yang Membatalkan Puasa

Perkara2 yag membatalkan puasa itu 10 perkara:- 1-Memasukkan sesuatu benda ke dalam rongga dengan sengajajika sedikit sekalipun.Di antaranya menelan kahak selepas ia keluar kepada had yang zahir iaitu makhraj ha’.Dan seperti tahi sembelit(tahi yang keras) yang telah keluar sebahagiannya maka tiba2 yang keluar itu masuk semula.Tetapi tidak batal puasa menelan air liur yang keluar daripada tempatnya jika suci dan tidak bercampur dengan benda lain.Bersalahan jika dikeluarkan air liur itu atas zahir bibir mulutnya atau bercampur dengan benda2 lain(samaada suci atau najis) seperti makanan yang lekat di celah2 gigi kemudian ditelannya maka batal puasanya.Dan jika dihimpunkan air liurnya atas lidahnya kemudian dikeluarkan (dijelirkan) lidahnya dan ditelannya tidaklah batal puasanya. Dan dimaafkan pada orang yang dibalakan(mengidap) dengan penyakit berdarah gusinya dalam puasa jika menelan ia air liurnya yang bercampur dengan dengan darah daripada gusinya.Dan tidak batal puasa jika termasuk um

Hukum Beramal dengan Hadis Dhaif

Para ulama berkhilaf pendapat dalam penggunaan hadis dhaif. Ringkasnya ada tiga golongan: GOLONGAN PERTAMA Hadis dhaif TIDAK BOLEH DIGUNAKAN walaupun untuk tarqib (galakan),tarhib (menakut-nakutkan),fadhail amal (kelebihan beramal) ataupun untuk langkah berjaga-jaga. Ini merupakan pendapat IMAM BUKHARI dan MUSLIM yang disokong oleh Abu Bakar al-Arabi (Mazhab Maliki), Abu Syamah al-Maqdisi (Syafie), Ibnu Hazmin (Zahiri) dan lain-lain. GOLONGAN KEDUA Harus (boleh) menggunakan hadis dhaif jika tidak ada sandaran-sandaran lain tentang sesuatu perkara sama ada daripada al-Quran, hadis, qias, ijma, istihsan dan lain-lain. Ini adalah pendapat IMAM AHMAD, IBNU TAIMIYYAH dan IBNU QAYYIM. Kata Imam Ahmad: " Hadis dahif lebih kami sukai daripada fikiran seseorang." GOLONGAN KETIGA Hadis dhaif boleh digunakan sebagai hujah dalam fadhail amal, peringatan, kisah-kisah, galakan dan sebagainya. Namun begitu secara umumnya tidak boleh digunakan dalam soal akidah dan hukum-hakam. Ini ada