Perkara2 Yang Membatalkan Puasa
Perkara2 yag membatalkan puasa itu 10 perkara:-
1-Memasukkan sesuatu benda ke dalam rongga dengan sengajajika sedikit sekalipun.Di antaranya menelan kahak selepas ia keluar kepada had yang zahir iaitu makhraj ha’.Dan seperti tahi sembelit(tahi yang keras) yang telah keluar sebahagiannya maka tiba2 yang keluar itu masuk semula.Tetapi tidak batal puasa menelan air liur yang keluar daripada tempatnya jika suci dan tidak bercampur dengan benda lain.Bersalahan jika dikeluarkan air liur itu atas zahir bibir mulutnya atau bercampur dengan benda2 lain(samaada suci atau najis) seperti makanan yang lekat di celah2 gigi kemudian ditelannya maka batal puasanya.Dan jika dihimpunkan air liurnya atas lidahnya kemudian dikeluarkan (dijelirkan) lidahnya dan ditelannya tidaklah batal puasanya.
Dan dimaafkan pada orang yang dibalakan(mengidap) dengan penyakit berdarah gusinya dalam puasa jika menelan ia air liurnya yang bercampur dengan dengan darah daripada gusinya.Dan tidak batal puasa jika termasuk umpama lalat atau debu jalan raya atau debu tepung yang diayakkannya ke dalam rongganya jika dengan sengaja ia membuka mulutnya sekalipun.
Demikian juga tidak batal puasa jika termasuk air berkumur2 atau air sedut ke hidung dalam keadaan yang tidak melampau dan air itu disuruh oleh ugama dan air mandi yang disuruh olehnya sekalipun mandi sunat seperti mandi sunat Jumaat kerana hendak solat Jumaat.Adapun melampau2 pada membasuh najis dan termasuk air ke dalam rongga pada perkara di atas tidaklah batal puasa.
Dan batallah puasa dengan sebab termasuk air mandi yang tidak dituntut oleh ugama seperti mandi kerana bersejuk2 dan air yang keempat kali pada wuduk.Dan tidak mengapa(tidak batal puasa) jika termasuk air yang ditaruhkan dalam mulut tujuan supaya sejuk atau menghilangkan dahaga disebabkan hari terlalu panas tiba2 termasuk sedikit air ke dalam rongga kerana bersangatan hajat kepada perkara tersebut.
2-Muntah dengan sengaja.Demikian sedu dengan sengaja apabila keluar sesuatu daripada ma’idahnya(dari dalam perutnya) sampai kepada had yang zahir(iaitu makhraj huruf ha’).
3-Bersetubuh(jimak) dengan sengaja pada siang hari dengan memasukkan sekelian hasyafah atau kadarnya bagi orang yang ketiadaannya pada qubul atau dubur sama ada manusia atau binatang.Dan tidak batal puasa lelaki yang memasukkan setengah hasyafahnya atau sebahagian daripadanya tetapi orang yang kena masuk(orang yang kena setubuhi) itu batal puasanya kerana masuk(sampai) sesuatu kepada rongganya.
4-Mengeluarkan mani dengan sengaja sama ada dengan menggunakan tangan atau dengan sebab menyentuh atau dengan sebab berpeluk2 atau dengan bercium dengan perempuan dengan tidak berlapik.Dan tidak batal puasa dengan keluar mazi sahaja walau dengan sebab2 yang tersebut sekalipun.Dan tidak batal juga keluar mani dengan mimpi bersetubuh.Demikian juga tidak batal keluar mani dengan menilik dan berfikir dengan syahwat jika tidak berlaku adat keluar mani dengan keduanya.Dan jika berlaku adapt keluar mani apabila menilik perempuan atau memikir atau berkhayal maka batal puasanya mengikut qaul yang muktamad.
5-Gila, jika satu lahzoh sekalipun daripada harinya.
6-Pitam sepanjang2 hari daripada fajar hingga jatuh matahari.
7-Berbuka dahulu daripada yakin atau zon yang kuat akan jatuh matahari.
8-Murtad wal-iyazu billah sama ada dengan hati atau perkataan atau perbuatan.
9-Kedatangan haidh atau nifas walaupun datangnya selepas gugur ‘alaqah(ertinya segumpal darah) atau mudhghah(ertinya seketul daging) sekalipun kerana darah nifas itu sebahagian daripada darah haidh yang berhimpun di dalam rahim.
10-Beranak yang berserta dengan basah.
Selamat beribadah di bulan yan mulia ini.Ramadhan Karim.

Comments