Posts

Showing posts from October, 2013

Manakah Yang Afdhal, Ilmu Atau Harta?

Image
Nabi SAW bersabda: أنا مدينة العلم وعلي بابها Ertinya: “Aku kota Ilmu dan Ali pintunya”. Apabila terdengar hadis ini, golongan Khawarij merasa dengki dengan Sayyidina Ali dan seramai 10 orang pembesarnya telah berkumpul dan berkata: Masing2 kita tanyakan padanya mengenai satu masalah yang sama, dan lihat apa jawapannya.Jika beliau menjawab kepada masing2 kita dengan jawapan yang berlainan bererti beliau seorang yang benar2 alim seperti kata Nabi.Seorang daripada mereka tampil dan bertanya: “Wahai Ali, manakah yang afdhal, ilmu atau harta?” Jawab Ali: “Ilmu lebih afdhal daripada harta.” Orang itu bertanya lagi: “Apakah dalilnya?” Ali menjawab: “Ilmu itu pusaka peninggalan para Anbiya’ dan harta itu pusaka peninggalan Qarun, Syaddad, Firaun dan orang2 seumpama mereka.” Kemudian orang yang kedua pula tampil dan bertanya seperti itu juga.Sayyidina Ali menjawab: “Ilmu lebih afdhal daripada harta kerana ilmu itu memelihara kamu, sementara harta pula kamu yang memeliharan