Posts

Showing posts from June, 2013

Kisah Nabi SAW Disihir Oleh Yahudi

Image
Nabi SAW pernah menjampi dirinya sendiri dengan beberapa Mu’awwizat@Ruqyah kerana disihir oleh Laib bin al-A’som sebagaimana yang disebut dalam hadis riwayat asy-Syaikhan. Jumhur ulamak telah mengitsbatkan sihir.Sihir mempunyai hakikatnya sepertimana perkara2 yang stabit lain mempunyai hakikat.Antara dalilnya hadis Syaikhan serta difirman Allah Taala di dalam kitabNya.Sihir juga boleh dipelajari, dan ini juga menunjukkan ia mempunyai hakikat.Firman Allah: فيتعلمون منهما ما يفرقون به بين المرء وزوجه – البقرة: 102 Berkata al-Qadhi ‘Iyadh: Adapun apa yang datang dalam hadis bahawasanya Baginda SAW merasakan Dia seolah2 melakukan sesuatu padahal Baginda SAW tidak melakukannya, maka ini tidak dikira sebagai kekurangan atau keaiban pada usaha tablighnya dan syariatnya kerana terdapatnya dalil dan ijmak menunjukkan kesempurnaan Baginda daripada perkara tersebut.Sesungguhnya ini adalah perkara keduniaan yang Nabi SAW tidak diutuskan dengan sebabnya dan tidak ada

Perihal Melihat Allah Taala

Image
Kata Syeikh Ibrahim al-Laqqani: ومنه أن ينظر بالأبصار***لكن بلا كيف ولا انحصار للمؤمنين إذ بجائز علقت***هذا وللمختار دنيا ثبتت Maksud: Dan setengah daripada Jaiz(harus) kepada Allah Taala pada h u kum akal dan wajib percaya pada syarak bahawa melihat akan Allah Taala dengan mata kepala dalam akhirat.Tetapi tiada dengan kaifiat yang baharu dan tiada inhisor(yakni dihinggakan).Bagi segala orang yang mukmin, kerana dalilnya itu barang suatu yang Jaiz lagi dita’liqkan ia dengan barang suatu yang mumkin maka Imkan ia wujudnya pada hukum dan wajib tentu adanya ia pada dalil syarak yang wajib percaya ia dengan dia.Maka yakinlah hatimu dengan perkataan itu.Dan bagi Nabi kita Muhammad SAW itu telah hasil rukyah(memandang) kepada zat Allah Taala dalam mikraj Baginda ke langit. Yakni rukyah kepada zat Allah Taala segala orang mukmin lelaki, wanita, kecil atau besar dan rukyah pula pula sekelian malaikat dan jin.Ada di kalangan ahli syurga dapat melihat Allah setiap kali J