Kisah Nabi SAW Disihir Oleh Yahudi


Nabi SAW pernah menjampi dirinya sendiri dengan beberapa Mu’awwizat@Ruqyah kerana disihir oleh Laib bin al-A’som sebagaimana yang disebut dalam hadis riwayat asy-Syaikhan.

Jumhur ulamak telah mengitsbatkan sihir.Sihir mempunyai hakikatnya sepertimana perkara2 yang stabit lain mempunyai hakikat.Antara dalilnya hadis Syaikhan serta difirman Allah Taala di dalam kitabNya.Sihir juga boleh dipelajari, dan ini juga menunjukkan ia mempunyai hakikat.Firman Allah:

فيتعلمون منهما ما يفرقون به بين المرء وزوجه – البقرة: 102


Berkata al-Qadhi ‘Iyadh: Adapun apa yang datang dalam hadis bahawasanya Baginda SAW merasakan Dia seolah2 melakukan sesuatu padahal Baginda SAW tidak melakukannya, maka ini tidak dikira sebagai kekurangan atau keaiban pada usaha tablighnya dan syariatnya kerana terdapatnya dalil dan ijmak menunjukkan kesempurnaan Baginda daripada perkara tersebut.Sesungguhnya ini adalah perkara keduniaan yang Nabi SAW tidak diutuskan dengan sebabnya dan tidak ada kelebihan padanya.Dalam hal ini Baginda boleh terdedah kepada kesakitan seperti manusia yang lain.

Sumber rujukan: Fiqhus Sirah karya al-Marhum Dr Muhammad Said Ramadhan al-Buthi


Comments

Popular posts from this blog

Biografi Ringkas Imam an-Nawawi رحمه الله

Makrifah Tauhid Bagi Jazam

Aurat Lelaki Ketika Solat