Posts

Showing posts from July, 2013

Pelantikan Imam@Pemerintah

Image
Berkata Imam al-Laqqani r.a: وواجب نصب إمام عدل***بالشرع فاعلم لا بحكم العقل فليس ركنا يعتقد في الدين***فلا تزغ عن أمره المبين إلا بكفر فنبذن عهده***فالله يكفينا أذاه وحده بغير هذا لا يباح صرفه***وليس يعزل إن أزيل وصفه Yakni wajib atas tiap2 orang yang mukallaf atas kifayah(fardhu kifayah) mendirikan ia akan imam yang adil dengan syarak(yakni wajibnya melantik Imam dengan dalil syarak).Maka engkau ketahuilah tiada dengan hukum akal halnya khilaf dengan iktiqad orang Muktazilah bahawasanya kepadanya(Muktazilah) wajib mendirikan Imam atas hukum akal.Maka tiada ia menjadi rukun yang wajib ia dalam ugama Islam seperti solat dan zakat dan puasa.Dan jangan engkau berpaling daripada perintahnya(Imam) yang benar ia dalam syarak melainkan dengan perbuatan yang menjadi kufur, maka engkau keluarlah daripada perintahnya halnya zohir.Maka Allah Taala jua yang memeliharakan akan kita jahatnya kerana bahawasanya Allah Taala jua yang bersifat wahdaniyah.Dan lainnya inilah(selain