Pelantikan Imam@Pemerintah

Berkata Imam al-Laqqani r.a:
وواجب نصب إمام عدل***بالشرع فاعلم لا بحكم العقل
فليس ركنا يعتقد في الدين***فلا تزغ عن أمره المبين
إلا بكفر فنبذن عهده***فالله يكفينا أذاه وحده
بغير هذا لا يباح صرفه***وليس يعزل إن أزيل وصفه
Yakni wajib atas tiap2 orang yang mukallaf atas kifayah(fardhu kifayah) mendirikan ia akan imam yang adil dengan syarak(yakni wajibnya melantik Imam dengan dalil syarak).Maka engkau ketahuilah tiada dengan hukum akal halnya khilaf dengan iktiqad orang Muktazilah bahawasanya kepadanya(Muktazilah) wajib mendirikan Imam atas hukum akal.Maka tiada ia menjadi rukun yang wajib ia dalam ugama Islam seperti solat dan zakat dan puasa.Dan jangan engkau berpaling daripada perintahnya(Imam) yang benar ia dalam syarak melainkan dengan perbuatan yang menjadi kufur, maka engkau keluarlah daripada perintahnya halnya zohir.Maka Allah Taala jua yang memeliharakan akan kita jahatnya kerana bahawasanya Allah Taala jua yang bersifat wahdaniyah.Dan lainnya inilah(selain kufur) tiada harus bagimu keluar daripada perintahnya halnya zohir.Dan tiada hilang ia kepada Allah Taala(tidak dipecat) sebab hilang adilnya .


Dan setengah syarat Imam itu Islam, baligh, ‘aqil, adil, syuja’(berani), dan kamil(sempurna) akalnya.Dan sebabnya Imam menjadi itu hasil ia dengan tiga sebab.

Pertama:- Dengan aqad daripada Ahlu aqdi seperti ulama dan barang sebagainya dan daripada ahlul hilli: yakni orang yang kuat dalam pekerjaan menjadikan imam seperti dahulu baligh dibilang(sifat2 yang disebut) yang ditakut oleh orang yang banyak dan barang sebagainya.

Dan kedua:- Sebab wasiat Imam kepada khalifahnya.Sebagaimana Sayyidina Abu Bakar r.a mewasiatkan Sayyidina Umar r.a menjadi khalifah selepasnya.

Dan ketiga:- Sebab mengalih setengahnya akan setengahnya dan jikalau fasiq sekalipun dan jikalau kafir sekalipun atas kata setengah ulama yang rajih.Dan jikalau permpuan atau kanak2 sekalipun atas kata setengah ulama yang rajih.Maka inilah yang telah zahir dalam zaman ini.Wallahu a’lam.

Dan wajib pula atas Imam menyuruh akan rakyatnya daripada mengerjakan barang yang disuruhkan oleh Allah Taala akan hambaNya dan menegahkan barang yang ditegahkan oleh Allah Taala atas hambaNya.Dan wajib pula atasnya menolakkan seorang yang zalim ia akan rakyatnya dan mengerjakan ia akan sekelian perbuatan yang maslahat akan rakyatnya dan barangsebagainya kerana diceritakan dalam khabar bahawasanya duduk Imam dalam suatu saat halnya atas insaf atas rakyatnya atau menolakkan ia akan rakyatnya daripada orang yang zalim atas rakyatnya itu terlebih baik daripada mengerjakan ibadat setahun.

Dan kerana di dalam khabar pula bahawasanya orang yang menyuruh akan mengerjakan kebajikan itu seperti orang yang mengerjakan dalam pahalanya dan banyaklah khabar dalam tahzirkan(mengancam) atas pekerjaan Imam dan targhib(menyukakan) atasnya.
Berkata Imam al-Baijuri dalam Tuhfatul Murid:
                                                                                                                                                                                                                بغير هذا الكفر من جميع المعاصي لا يجوز خلعه عن الإمامة لا جهرا ولا سرا.
Maksudnya: “Selain daripada kufur daripada segala maksiat, maka tidak harus untuk mencabut jawatan Imam tersebut sama ada gerakan secara terang2an mahupun rahsia.”

Rujukan:
1)Tuhfatul Murid karya Imam al-Baijuri, ditahqiq Dr Ali Jumuah.
2)Syarah Matan Jauharatut Tauhid - Jawi

Comments

Popular posts from this blog

Biografi Ringkas Imam an-Nawawi رحمه الله

Makrifah Tauhid Bagi Jazam

Aurat Lelaki Ketika Solat