Friday, January 9, 2009

kelebihan jamaah tabligh.

Hari tu aku cerita sebuah jamaah yang dikenali dengan nama jamaah tabligh dan dakwah.Jamaah ini terbina atas 2 dasar:

1)Menyampaikan dakwah Islam kepada seluruh umat berdadarkan sirah sahabat.

2.mengajak orang islam mendirikan solat kerana ia dapat mencegah daripada perbuatan mungkar.

jamaah ini memmpunyai 40 usul yang tidak tertulis dalam kitab.tiap2 usul mempunyai adab dan fadilat yang tak terbilang.semuanya berdasarkan kitab allah dan sunnah khulafa rasyidin.

aku kenal depa ni dan pernah keluar dengan depa.dan aku tak dapati daripada mereka apa yang bercanggah dengan kitab dan sunnah.bahkan aku belajar banyak daripada depa.bahkah ada di kalangan ulama al-azhar yang pernah keluar dengan depa.antaranya ialah dr. muhd bakar ismail, ustaz tafsir dan ulum quran universiti al-azhar.

depa ni banyak baca quran,zikir,solat jemaah di masjid,tak cerita keaiban orang dan tak bincang perkara khilaf.bab ni aku setuju sebab bincang perkara khilaf bagi orang awam boleh membawa kepada perpecahan di kalangan orang islam seperti puak wahabi dok buat.ahli tabligh juga tak minta upah atas usaha dakwah mereka.rumah mereka adalah masjid.setiap daripada mereka menginfaqkan harta dan jiwa mereka di jalan allah dan tak minta kat orang lain.

mereka tidak mempunyai amir yang tetap.bila depa keluar dakwah depa lantik salah sorang jadi amir.Mereka berkhidmat sesama mereka.orang yang lebih tua dan lebih banyak ilmu di kalangan mereka dan lebih kaya dan lebih tinggi pangkat menyediakan makanan dengan penuh tawaduk.

aku tengok depa sangat mencintai dan memuliakan ulama.aku tak pernah tengok satu kaum yang lebih taat kepada ulama amilin selain mereka.

Mereka tak bercakap tentang politik dan masalah masyarakat.INILAH PERKARA UTAMA YANG AKU TAK SETUJU DENGAN MEREKA NI.tapi takpalah ijtihad masing2.cuma kalau boleh aku nak mintak depa pangkah pas yang sama matalamat dengan depa cuma pendekatan berbeza.

ibadat dan muamalat mereka adalah seperti berikut;

1;yakin yang sunguh-sungguh.mereka bergantung hanya kepada allah dan tawakkal kepadanya.

2;perbetulkan niat dengan muraqabah dan muhasabah setiap kali lalai daripada zikrullah.

3;ikut cara nabi saw dalam setiap perkara.

4;menuntut ilmu yang menyampaikan kepada allah.

5;memuliakan seluh muslim

6;amar makruf nahi mungkar.

7;mendirikan solat di masjid dengan khusyuk,khudhuk,tenang dan tawaduk.

8;keluar di jalan aLlah untuk berdakwah .

5 comments:

saya said...

Sunnah ada dua. Sunnah adat n sunnah syariat. Sunnah syariat ialah sunnah yg disyariatkn spt solat, puasa, n amal2 lain yg disyariatkn. Manakala sunnah adat pula ialah sunnah yg menjadi kbiasaan suatu bangsa itu, namun setelah rasulullah tiba, rasulullah melakukannya jua, kerana ianya masih berada dlm batas syariat, contohnya pemakaian jubah, serban, naik kuda, memanah, makan kurma n adat2 lain yg tidak bercanggah dg syariat. Spt biasa, bila islam tiba kpd suatu kaum atau bangsa itu, islam tidak pernah memusnahkan adat ssuatu bangsa itu yg msih berada dlm batas syariat, mlainkan adat yg bukan2 n mencemar maruah manusia, sbg contoh, tarian wanita yg berbaju jarang serta menggairahkan yg mnjadi tontonan kebiasaan bangsa arab zaman jahiliyyah, menanam n membunuh bayi perempuan hidup2 dll. Sunnah syariat lebih penting berbanding sunnah adat. Ana yakin, seandainya rasulullah bukan bangsa arab n lahir, membesar n ditabalkan mnjadi rasul dlm masyarakat melayu, nescaya sudah tentu pakaian rasulullah pd masa itu yg mnjadi sunnah adat ialah: tengkolok, keris, sampin, 'seluar alang', tinggal dlm rumah kayu, tidak kenal unta kerana unta tiada dlm alam melayu, serta adat budaya melayu yg lain yg tidak bercanggah dg syariat. Malangnya, hampir kbykn masyarakat tidak fahm hal ini, lalu 'dipaksa2kan' org melayu memakai jubah(adat org arab), serban, membahasakan diri sbg ana n kamu sbg enta, mula pandai mkn buah kurma(wlaupn buah yg terkenal di alam melayu ialah pisang, tembikai dll). Ana(saya) bukanlah menentang hal2 ini. Ana jgk bukan pejuang bangsa(nasionalis) n taksub bangsa. cumanya ada segolongan manusia yg agak berkeras dlm mengamalkan sunnah adat ini, sedangkn dia lupa dia adalah bangsa melayu, n dia jgk terlupa bahwa hampir kbykn sunnah syariatnya agak lemah berbanding pengamalan sunnah adatnya. Maka, org2 yg tidak mahu berjubah, berserban, dikatakannya tidak sunnah. Mereka terlupa, bahawa sunnah adat yg sebenar2nya ialah dg "memakai pakaian bangsa sendiri mengikut perkembangan masa" kerana Rasulullah adalah org arab, maka rasul pn berjubah lah. Tak pernah ditemui rasul memakai pakaian rasmi org cina, atau pakaian vietnam dll, wlaupn kbykn pakaian itu menutup aurat. Maka sunnahnya ialah memakai pakaian bangsa sendiri, sbb rasul memakai pakaian bangsanya sndiri. Maka, org melayu yg ingin mengikut sunnah pakaian rasul, maka pakailah pakaian bangsa sendiri yg sesuai dg zaman skg, contohnya, seluar, t-shirt dll. Klu dulu, zaman hang tuah, pakailah tengkolok, sampin dll. Jgn pakai pakaian portugis n belanda dll.. wallahualam.

Muhammad Izzuddin Syakir Hj Ishak said...

Mudah-mudahan ummat hari ini akan lebih menghormati dan menghargai peranan ulama dalam kehidupan. Ana pernah juga terbaca tentang kisah Sultan Muhammad Al Fateh, antara faktor kejayaan beliau membuka kota konstantinople ialah beliau amat memuliakan ulama' dalam institusi pemerintahan beliau.

muhd_abduhu said...

salam,

ambik yang baik dlm setiap jamaah.

Jika sudi, sila lawat entri di blog ana berkenaan tabligh

muhd_abduhu said...

http://abduhu.blogspot.com/2008/05/kekagumanku-terhadap-orang-tabligh.html

ahmad muhammad said...

Macam orang bodohlah anta ni..allah yg turunkan kenabian kpd org arab.dan sunnah adalah mengikut cara nabi tersebut.allah yg telah tetapkan.
Ada baik anta mengucap semula sebelum terlambat !
Ada beza antara bodoh dan jahil...tenung tenung kan lah !