Cadangan menaikkan moral petugas PAS

Apa yang pelik ialah Pak Shukur sendiri yang memandang sinis terhadap cadangan tersebut.Ia dikatakan akan memberikan implikasi negatif kepada PR yang sedang giat bersiap untuk berdepan dengan Umno-BN dalam pilihanraya akan datang.Ia dilihat akan menjejaskan sokongan pelbagai kaum yang akan memberikan undi mereka.

Atas tujuan apakah kritikan negatif ini diberikan apatah lagi datang daripada seorang ahli PAS sendiri.Kenyataan seperti ini tak patut keluar daripada mulut seorang ahli PAS.

Walaupun dinyatakan bahawa semua ahli PAS menyayangi Presidennya tapi kenyataan seumpama ini jelas menggambarkan keraguan terhadap kewibawaan Presiden.

Tak ada asas yang konkrit untuk mengaitkan sokongan rakyat terhadap PR akan berkurangan dengan cadangan untuk melantik Presiden PAS sebagai PM.Ini kerana tidak ada kenyataan rasmi daripada PR bahawa mereka telah sepakat untuk melantik mana2 pimpinan sebagai PM.

Jika ada pun, ia hanyalah pandangan peribadi, bukannya kenyataan rasmi.Dato’ Seri Anwar Ibrahim sendiri dalam reaksinya terhadap cadangan tersebut mengatakan bahawa ia boleh dibincang.

Bagi pihak PAS sendiri pula samaada J/Kuasa Kerja mahupun Majlis Syura Ulama tak pernah mengeluarkan kenyataan tentang perkara ini walaupun ada orang yang mendakwa demikian.

Ini membawa maksud bahawa calon PM selepas PRU nanti jika dimenangi oleh PR masih terbuka kepada semua.Justeru, tak salah untuk dicadangkan Presiden PAS untuk memegang jawatan tersebut.

Walaubagaimanapun, sama ada cadangan ini diterima atau tidak akan diputuskan selepas pilihanraya nanti.Sekurang2nya cadangan ini akan member mesej yang jelas kepada rakyat bahawa PAS menawarkan Presidennya sebagaimana juga parti yang lain.Adapu jika PAS tidak berjaya memenangi kerusi yang banyak dan majoriti sehingga tidak mampu melantik Presidennya, maka ia perlu diterima kerana kita menerima konsep demokrasi berparlimen di Negara ini.

Sebenarnya, cadangan ini tidak ada apa yang merugikan Pakatan Rakyat kerana ia akan menaikkan moral dan semangat petugas PAS untuk bekerja lebih keras bagi memenangkan gabungan tersebut dalam pilihanraya akan datang.Ini kerana para petugas yang sayangkan PAS mengetahui bahawa Presidennya juga adalah antara calon untuk memegang jawatan PM.Ia adalah impian ahli PAS yang sejati.Tapi jika sebaliknya, ia akan melemahkan motivasi mereka.Kemungkinan ada yang beranggapan bahawa tidak perlu bekerja kuat dalam pilihanraya kerana yang akan memegang jawatan itu nanti adalah orang lain, bukannya daripada PAS.Presiden PAS tak termasuk dalam calon untuk memegang jawatan tersebut.

Adapun media yang dikuasai Umno-BN mengeksploitasikan isu ini, ia adalah perkara yang tidak pelik.Umno-BN memang sentiasa daripada dahulu lagi berusaha untuk melagakan antara pimpinan Pakatan Rakyat.

Kalau bukan kerana isu ini, isu2 yang lain akan digunakan untuk tujuan tersebut.Mereka akan sentiasa mencari isu untuk membina persepsi yang buruk walaupun perkara itu adalah baik untuk Pakatan Rakyat.

Apa yang pelik sebenarnya ialah ahli PAS sendiri yang tidak yakin terhadap pimpinannya dan memandang negative tentang perkara yang baik ini.Ahli yang sangsi terhadap Presidennya seperti Pak Syukur tak layak untuk menulis dan menjadi kolumnis bagi lidah rasmi PAS iaitu Harakah.

Comments

Popular posts from this blog

Biografi Ringkas Imam an-Nawawi رحمه الله

Makrifah Tauhid Bagi Jazam

Aurat Lelaki Ketika Solat