Ciri-Ciri Golongan Salafiyah Wahhabiyyah.

Golongan yang menamakan diri mereka sebagai golongan Salafi sering bersikap berlawanan dengan pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah.Di antara sikap-sikap mereka ialah:
1) Sering membida'ahkan amalan umat Islam bahkan sampai mengkafirkan mereka.
2) Menganggap diri sebagai Mujtahid atau berlagak sepertinya (Walaupun tidak layak).
3) Sering mengambil hukum secara langsung dari Al-Quran dan Hadith. (Walaupun tak layak).
4) Sering memperlekehkan ulama' pondok dan golongan agama yang lain.
5) Ayat-ayat Al-Quran dan Hadith yang ditujukan kepada orang kafir sering ditafsirkan kepada orang Islam.
6) Memaksa orang lain berpegang dengan pendapat mereka walaupun pendapat itu shazz (janggal).
7) Menolak dengan beramal dengan Hadith dhaif.
8) Penilaian hadith yang tidak sama dengan ulama hadith yang lain.
9) Mengagung-agungkan Nasiruddin Al-Bani di dalam bidang hadith sedangkan beliau tidak mempunyai sanad bagi menyatakan siapakah guru-gurunya dalam bidang hadith.Umum mengetahui Nasiruddin al-Albani tidak mempunyai guru dalam bidang hadith tetapi belajar secara sendiri dan ilmu jarh dan ta'dil adalah mengikut Imam al-Dhahabi.
10) Sering menganggap hadith dhaif sebagai hadith mawdhu'.(palsu).
11) Perbahasan hanyalah kepada sanad dan matan hadith dan bukan pada maknanya.Maka itu perbincangan syawahid tidak diambil berat.
12) Perbincangan hanya terhad kepada riwayah dan bukannya dirayah.
13) Menganggap tajwid menyusahkan dan tidak perlu.
14) Mempertikaikan kedudukan babi sebagai najis mughallazah.
15) Mengatakan syirik terhadap amalan berzanji.
16) Mengharamkan wanita menziarahi kubur.
17) Sering mengkritik amalan kelebihan Nisfu Sya'aban.
18) Manganggap talqin sebagai bida'ah.
19) Menolak amalan ruqiyyah shar'iyyah dalam perubatan Islam seperti Selawat Syifa dan lain-lain.
20) Menganggap penggunaan tasbih sebagai bida'ah.Banyak lagi sikap-sikap melampau yang dipromosikan oleh golongan ini.
Ulama yang sering menjadi rujukan mereka ialah:
1) Ibnu Taimiyyah.
2) Ibnu al-Qayyim.
3) Muhammad Ibn Wahab.
4) Sheikh Abdul Aziz Bin Baz.
5) Nasiruddin al-Albani.
6) Syeikh Soleh Ibn Uthaimin.
7) Syekh Soleh Fawzan al-Fawzan.
Jauhilah golongan seperti ini dan berpeganglah kepada Ijma' Ulama dengan bersandarkan kepada pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah yang sebenar.

Comments

Cheguman said…
Assalamualaikum,
Berapa banyak perpecahan lagi yang nak kita promosikan? Bilakah orang Islam nak berhenti dari menuduh orang lain salah dan puak mereka sahaja yang betul? Patutlah puak kafir begitu mudah mengalahkan orang Islam.

Popular posts from this blog

Biografi Ringkas Imam an-Nawawi رحمه الله

Makrifah Tauhid Bagi Jazam

Aurat Lelaki Ketika Solat