Pendapat yang betul dan batil tentang ayat dan hadis sifat


Dalam masalah ayat dan hadis mutasyabihat, umat Islam terbahagi kepada 4 puak:


1)Kumpulan yang mengambil dengan zahir ayat dan hadis.Maka mereka menisbahkan kepada Allah berwajah seperti wajah makhluk, bertangan seperti tangan makhluk, gelak seperti gelak makhluk. Hinggakan ada di kalangan mereka yang mengatakan Tuhan seorang tua atau pemuda.Mereka adalah golongan Mujassimah dan Musyabbihah.


2)Kumpulan yang menafikan sifat Allah secara mutlak.Di sisi mereka Allah tidak bersifat Pekata, Pendengar dan Pelihat kerana semua itu memerlukan alat/anggota.Anggota badan mesti dinafikan daripada Tuhan dan kerana itu mereka menafikan sifat Allah.


Kedua2 pendapat di atas adalah batil.Maka tinggallah pendapat salaf dan khalaf.


3)Ulama salaf beriman dengan ayat2 dan hadis sifat dan meninggalkan serta menyerahkan maksudnya kepada Allah Taala.Mereka juga beriktiqad sucinya Allah Taala daripada serupa dengan makhlukNya.


4)Ulama khalaf mengatakan makna ayat dan hadis sifat tidak dikehendaki dengan makna zahirnya.Ia adalah majaz dan tidak salah untuk mentakwilkannya.Maka mereka mentakwilkan al-Wajhu dengan makna zat dan al-yad dengan makna al-qudrah(kekuasaan).


Dalam meneliti qaul salaf dan khalaf, perkara berikut akan ditemui:


1)Kedua2 kumpulan sepakat mensucikan Allah daripada serupa dengan makhlukNya.


2)Kedua2 kumpulan mengatakan yang dikehendaki dengan lafaz2 dalam nas2 tersebut bukan dengan zahirnya yang membawa serupa dengan makhluk.


3)Kedua2 kumpulan mengetahui bahawa lafaz2 berkaitan dengan kaedah bahasa.Maka kaedah bahasa Arab mestilah difahami oleh ahlinya.


Kesimpulannya, ulama salaf dan khalaf sepakat bahawa yang dikehendaki dalam ayat dan hadis sifat bukannya zahirnya dan ini adalah takwil.


Mereka juga sepakat bahawa setiap takwil yang bercanggah dengan usul syarak tidak harus diterima.


Apa yang lebih penting dalam diri setiap Muslim ialah menyatukan barisan muslimin dengan tidak melaga2kan antara salaf dan khalaf.Cuma dua golongan yang tersasar dalam masalah ini tidak boleh untuk toleransi lagi.

Comments

Popular posts from this blog

Biografi Ringkas Imam an-Nawawi رحمه الله

Makrifah Tauhid Bagi Jazam

Aurat Lelaki Ketika Solat