Anti Hadis

Oleh : BAHEIS

PENJELASAN TERHADAP FAHAMAN ANTI HADITH

TUJUAN

Buku ini bertujuan untuk memberi maklumat dan penjelasan kepada orang ramai mengenai fahaman Anti Hadith supaya orang-orang Islam dan masyarakat menjauhi dan tidak terpengaruh dengan fahaman ini dan menyedarkan kumpulan tersebut bahawa fahaman mereka adalah bercanggah dan terkeluar dari ajaran Islam.

LATARBELAKANG

Isu mengenai Anti Hadith di Malaysia bermula pada tahun 1986 ekoran daripada penulisan sebuah buku bertajuk "Hadis Satu Penilaian Semula" tulisan Kassim Ahmad. Di dalam buku tersebut, beliau cuba mengupas masalah perpecahan ummah dan menurutnya keimanan kepada Hadith sebagai sumber rujukan selepas Al-Quran adalah meniadi punca utama perpecahan ummah. Dengan demikian, beliau menggesa umat Islam supaya meninggalkan Hadith kerana menurut beliau Hadith adalah “ palsu " dan " omong-omong " yang menyesatkan manusia dari jalan Tuhan. Beliau sebaliknya menyarankan supaya umat Islam merujuk kepada Al-Quran sahaja sebagai panduan hidup.

Pengarang buku tersebut telah mempersoalkan autoriti hadith dan memberikan beberapa gambaran yang mengelirukan mengenainya. Beliau juga telah menuduh bahawa hadith adalah rekaan semata-mata dan beliau menolak kewibawaan ulama'- ulama' hadith.

Berikutan daripada itu, pada 19 Jun 1986 Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan telah meneliti secara khusus terhadap buku berkenaan dan seterusnya menyimpulkan bahawa buku tersebut bercanggah dengan ajaran Islam dan orang yang menolak Hadith sebagai sumber hukum adalah terkeluar dari ajaran Islam.

Jawatankuasa Fatwa juga telah mengesyorkan kepada Kementerian Dalam Negeri supaya buku tersebut diharamkan. Pada 10 Julai 1986, Kementerian Dalam Negeri secara rasminya telah mewartakan pengharaman buku tersebut.

KESESATAN FAHAMAN ANTI HADITH

Kesesatan kumpulan yang berpegang kepada fahaman Anti Hadith dapat dilihat penyelewengan mereka dalam bidang- bidang seperti berikut:

1. Aqidah
2. Syariah
3. Akhlak

1. PENYELEWENGAN DARI SUDUT AQIDAH

(a) Menolak Hadith Secara Total Sebagai Sumber Aqidah dan Perundangan Islam

Antara bahan-bahan penulisan mereka yang memuatkan fahaman ini ialah:

(i) Buku "Hadis Satu Penilaian Semula" tulisan Kassim Ahmad:

"Hadis atau Sunnah Nabi suatu ajaran palsu yang muncul antara 200-250 tahun kemudian dan yang dikaitkan dengan Nabi Muhammad" (Hal. 1

"Satu daripada kuasa-kuasa palsu yang dipegang oleh umat Islam lebih seribu tahun ialah Hadis/ Sunnah" (hal. 20)

"Kebanyakan hadis merupakan 'omong kosong' yang menyesatkan manusia dari jalan Tuhan tanpa pengetahuan" (hal. 91).

"Hadis merupakan pandangan dan pendapat manusia yang tidak terjamin kebenaranya. Ia tidak lebih daripada tekaan dan agakkan" (hal. 112).

(ii) Buku "Hadis Jawapan Kepada Pengkritik" tulisan Kassim Ahmad

"Tesis-tesis saya dalam buku ini ialah bahawa umat Islam telah membelakangkan Quran selama kira-kira 1,000 tahun dan ini telah menyebabkan kejatuhan mereka. Dan bahawa ajaran Hadis/Sunnah sebagai sumber hukum merupakan suatu perkembangan dan ajaran baru yang muncul kira-kira tiga ratus tahun setelah Nabi Muhammad wafat, tanpa izin Nabi, dan tidak mempunyai autoriti dalam Quran dan sejarah". (hal. 12)

(iii) Buku "The Computer Speaks: God's Message to The world" tulisan Dr. Rashad Khalifa

"Hadith and Sunnah are false doctrines, and that we shall uphold Quran, the whole Quran and nothing but the Quran".

"Hadith, Sunnah and regulation made up by various imams are false doctrines sponsored by satan". (hal. 507)

iv) Risalah lqra, Syaaban 1415/Januari 1995

"Imam-imam penulis hadis juga telah membawa fahaman baru, iaitu hadis qudsi: ...............kepercayaan seperti ini tidak lain daripada khurafat yang paling dahsyat". (hal. 3)

ULASAN

Al-Quran dan hadith adalah dua sumber rujukan utama umat Islam di dalam kehidupan mereka di dunia ini.
Al-Quran sendiri telah memperakui kedudukan sunnah. Allah S.W.T. sendiri telah menentukan tugas Rasulullah s.a.w. di dalam menyampaikan syariatnya. Kelahiran sunnah adalah ketetapan dan arahan wahyu Allah. Antara kedudukan sunnah yang dinyatakan oleh Al-Quran:

(i) Al-Quran memperakui bahawa Nabi Muhammad s.a.w. tidak bertutur mengenai Islam berdasarkan hawa nafsu, malah ia adalah wahyu dari Allah, sepertimana firman Allah yang bermaksud:

"Dan ia (Muhammad) tidak memperkatakan (sesuatu yang berhubung dengan agama Islam) menurut kemahuan dan pendapatnya sendiri. Segala yang diperkatakan itu (sama ada Al-Quran atau Hadith) tidak lain melainkan wahyu yang diwahikan kepadanya" (An-Najm ayat 3-4)

(ii) Al-Quran sendiri menyuruh umat Islam menerima segala apa yang dibawa oleh Rasulullah s.a.w. sebagaimana firman Allah S.W.T. yang bermaksud:

"....Dan apa jua perintah yang dibawa oleh Rasuluilah (s.a.w.) kepada kamu, maka terimalah serta amalkan dan apajua yang dilarangnya kamu melakukannya maka patuhilah larangannya ..................... (Al-Hasyr ayat 7)

(iii) Al-Quran mengarahkan supaya mentaati Rasulullah s.a.w. sesudah mentaati Allah S.W.T. dan Baginda merupakan tempat rujukan dalam menyelesaikan sesuatu masalah, sebagaimana firman Allah yang bermaksud:

"Wahai orang-orang yang beriman, taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kepada Rasulullah dan kepada Ulil Amri (orang-orang yang berkuasa) dari kalangan kamu. Kemudian jika kamu berbantah- bantah (berselisihan) dalam sesuatu perkara, maka hendaklah kamu mengembalikannya kepada (kitab) Allah, (Al-Quran) dan (Sunnah) RasuINya,jika kamu benar beriman kepada Allah dan hari akhirat. Yang demikian adalebih baik (bagi kamu) dan lebih elok pula kesudahannya" (An-Nissa' ayat 59)

(iv) Al-Quran meletakkan Rasulullah s.a.w. sebagai pemutus dan penghukum sesudah Al-Quran tanpa boleh memilih hukum yang lain, sebagaimana firman Alla yang bermaksud:

"Dan tidaklah harus bagi orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan apabila Allah dan Rasul-Nya menetapkan keputusan mengenai sesuatu perkara (tidaklah harus mereka) mempunyai hak memilih ketetapan sendiri, mengenai urusan mereka. Dan sesiapa yang tidak taat kepada hukum Allah dan Rasul-Nya maka sesungguhnya ia telah sesat dengan kesesatan yang jelas nyata" (Al-Ahzaab ayat 36)

Oleh kerana kedudukan sunnah dan Rasulullah s.a.w. itu sendiri memainkan peranan penting dalam menyempurnakan pelaksanaan syariat Allah dengan pengakuan dari Al-Quran, maka sudah tentu pengawasan terhadap Al-Quran akan melibatkan sama pengawasan kepada sunnah Rasulullah s.a.w. Ini bukanlah bererti bahawa kita tidak mengakui tentang lengkapnya Al-Quran, tetapi persoalannya bahawa manusia (umat Muhammad) tidak akan dapat memahami kandungan Al-Quran tanpa penjelasan dan huraian daripada Rasulullah s.a.w. sendiri. Maka antara tugas Rasul itu ialah menerang, menjelas dan menghuraikan segala perintah dan hukum daripada Allah, yang terkandung di dalam wahyu-Nya kepada seluruh manusia. Dengan sebab itu berdasarkan kepada Al-Quran, sunnah itu sendiri, diletakkan sebagai sumber kedua perundangan Islam.

Al-Sunnah dari segi bahasa bermaksud perjalanan, amalan, method atau cara hidup (l).

Al-Sunnah juga bermaksud membuka atau merintis jalan sama ada yang baik atau yang buruk (2)

Al-Sunnah dari segi istilah Ahli-ahli Hadith ialah apa-apa yang terbit daripada Nabi Muhamad s. a. w. daripada perkataan, perbuatan, pengakuan, sifat, kejadian, akhlak, sejarah sama ada sebelum diutuskan menjadi Rasul atau selepas diutuskan menjadi Rasul (3)

Takrif al-Sunnah di atas juga merupakan takrif Hadith pada pandangan ahli-ahli Hadith. Oleh yang demikian al-Sunnah dan Hadith pada pandangan ahli-ahli Hadith adalah membawa maksud yang sama.

Read more:http://ad-deen.proboards.com/index.cgi?board=aqidah&action=display&thread=131#ixzz1CEykX5dI

Comments

Popular posts from this blog

Biografi Ringkas Imam an-Nawawi رحمه الله

Makrifah Tauhid Bagi Jazam

Aurat Lelaki Ketika Solat