Syarat2 Sah Khutbah Jumaat


Bermula syarat sah baca 2 khutbah Jumaat itu 10 perkara:

1)Hendaklah orang yang baca khutbah itu suci daripada hadas kecil dan besar.

2)Hendaklah ia suci daripada najis pada badannya dan pakaiannya dan tempatnya.

3)Menutup aurat(bagi haq khatib, bukannya ahli jemaah yang mendengar).

4)Berdiri masa baca khutbah itu bagi orang yang kuasanya.

5)Hendaklah duduk antara 2 khutbah itu sekurang2 lamanya kadar Tomakninah.Dan sunat lama duduk itu sekadar baca surah al-Ikhlas serta sunat baca surah itu.Adapun orang yang uzur tiada kuasa berdiri dan orang yang tiada kuasa duduk hendaklah mencerai antara 2 khutbah dengan diam yang lebih daripada masa bernafas dan berhenti penat.

6)Mualat antara rukun2 khutbah dan antara 2 khutbah itu.

7)Mualat antara khutbah dan sembahyang dan dikehendaki dengan muwalat itu sekira2 tiada sempat sembahyang 2 rakaat yang ringan.

8)Mestilah rukun khutbah dengan Bahasa Arab sekalipun di depan kaum ajam yang tidak memahami B Arab.

9)Memperdengar akan rukun2 kedua2 khutbah itu akan makmum sekurang2nya yang jadi Jumaat dengan mereka itu.Dan tiada disyaratkan khatib yang membacanya dengar atas pendapat yang muktamad.

10)Bahawa jatuh sekelian rukun kedua2 khutbah itu dalam waktu Zohor.

Comments

Popular posts from this blog

Biografi Ringkas Imam an-Nawawi رحمه الله

Makrifah Tauhid Bagi Jazam

Aurat Lelaki Ketika Solat