Tuesday, October 4, 2011

Adakah Bila Kita Bertaqlid satu mazhab bermakna kita Pertikai Ulama Mazhab Lain?

Ada sorang rakan saya kata: "Secara logik bila hang kata taqlid 1 mazhab ni wajib, otomatik hang memperlekeh dan mempertikai kewibawaan mazhab yg hang tak pilih utk taqlid.."

La haula wa la quwwata illa BILLAH.Khilafiyah (perselisihan) pendapat dalam institusi fiqh Islam memang merupakan suatu yang realistik. Ianya wujud sejak dari zaman Rasulullah s.a.w. lagi, seperti yang dinukilkan dalam hadis: “Solat Asar di Bani Quraizhah”.

Kalau kita lihat secara jelas, apabila timbul perbezaan pendapat antara ulama’-ulama’ mazhab tertentu, maka tidak timbul pula golongan ulama’ yang menuduh golongan ulama’ yang lain sebagai pembuat bid’ah kerana perbezaan pendapat tersebut.

Contohnya, mazhab As-Syafi’e yang menjelaskan bahawa, sentuh lingkaran dubur membatalkan wuduk, berdasarkan kaedah qiyas terhadap hukum batal wuduk apabila seseorang menyentuh kemaluan. (Al-Mughni Al-Muhtaj: 1/36)

Para ulama’ mazhab lain tidak pernah menuduh ijtihad ulama’ mazhab As-Syafi’e tersebut sebagai bid’ah, walaupun sememangnya tiada nas yang dapat disandarkan tentang hukum batal wuduk apabila menyentuh lingkaran dubur tersebut.

Begitu juga pendapat mazhab Imam Hanafi yang membolehkan seseorang membayar zakat fitrah dengan selain dari beras dan gandum (seperti dibayar dengan duit), sedangkan ianya tidak terdapat dalam mana-mana nas Sahih. Namun, tidak ada pun ulama’-ulama’ muktabar mazhab yang lain menuduh ijtihad Imam Abu Hanifah tersebut sebagai sesuatu yang bid’ah, bahkan di Malaysia umumnya, ijtihad beliaulah yang diamalkan dalam amalan membayar zakat fitrah(namun setengah ulama Syafiiyah menyarankan niat taqlid mazhab Hanafi)

Alim besar Syria yang tidak perlu diperkenalkan lagi, al-Sheikh Prof. Dr. Muhammad Said Ramadhan al-Bouthi menerangkan dengan panjang lebar sebuah ajaran baru yang dinamakan “al-Salafiyyah” selepas ditukar jenama daripada “al-Wahhabiyyah” kerana pengamal ajaran ini tidak mahu ajaran ini dinisbahkan kepada Muhammad Ibn Abdul Wahhab semata-mata. [Rujuk m/s 235 & 236 daripada kitab dibawah]

Beliau menyatakan bahawa MENGIKUT GENERASI SALAF adalah satu perkara yang sangat-sangat berbeza berbanding BERMAZHAB DENGAN MAZHAB AL-SALAFIYYAH yang digembar-gemburkan oleh pengamal Wahhabi pada hari ini.[Rujuk m/s 221 sehingga 242 daripada kitab di bawah].

Beliau berkata bahawa istilah yang digunakan oleh para ulama’ untuk menamakan kedudukan para ulama’ yang benar adalah Ahli Sunnah dan Jama’ah. Istilah Ahli Sunnah dan Jama’ah adalah istilah yang telah diijmak oleh para ulama’ generasi Salaf untuk menamakan golongan yang benar. Manakala istilah al-Salafiyyah yang digunakan oleh golongan Wahhabi pada hari ini untuk melambangkan dan menamakan golongan yang benar [menurut sangkaan mereka] adalah satu bid’ah yang tercela bahkan tidak pernah digunakan oleh generasi Salafus Soleh untuk menamakan golongan yang benar. Sila lihat petikan dan terjemahan kata-kata beliau di bawah [Semoga anda diberi hidayah oleh Allah SWT]. Kitab ini bertajuk:

[السلفية: مرحلة زمنية مباركة لا مذهب إسلامي]

“Al-Salafiyyah: Satu Tempoh Masa Yang Diberkati dan bukanlah Sebuah Mazhab Islam.”

Siapakah yang dimaksudkan Ahli Sunnah Wal Jamaah?Menurut al-Allamah as-Sayyid Muhammad bin Muhammad al-Husaini az-Zabidi yang masyhur dengan gelaran Imam al-Murtadha dalam kitab Ittihaf as-Sadatul Muttaqin:

"اذا أطلق أهل السنة والجماعة فالمراد بهم الأشاعرة والماتريدية

Maksudnya: "Apabila diitlaqkan Ahlus Sunnah wal Jamaah maka yang dikehendaki ialah golongan al-Asyairah dan al-Maturidiah"

Manakala dalam bidang fiqh, ASWJ adalah mazhab yang empat iaitu Hanafi, Maliki, Syafii dan Hanbali.

اللهم اجعلنا من الأبرار والمقربين والصديقين والربانيين

Ibnu Azmi asy-Syafii,
5/10/2011 pukul 2.16 pm



3 comments:

Arai Zdin said...

jadi tang mana yg taqlid 1 mazhab tu jadi wajib kalau semua pandangan mazhab lain pun benar?

mskmao said...

Kita hanya menggunakan pendapat dan pandangan satu2 mazhab dalam satu2 perkara. Yg kita patut taqlid ialah Islam. Ia telah sempurna. Tetapi dalam beberapa perkara fiqh, terdpt perbezaan pendapat. Itu yg wujud mazhab2. Jangan samakan dgn Kristian. Mazhab pertama tak menggunakan/menerima pakai mazhab kedua.

Penerimaan / pelaksanaan pendapat dlm satu2 pendapat adalah utk mengelakkan kita menjadi susah krn perselisihan pendapat tersebut. Utk langkah selamat, wajarlah kita memilih pendpt satu mazhab kita sbg pegangan DAN tidak bermaksud pendpt mazhab yg lain tak tepat.

Pada pandangan saya, Jika kita tahu dlm ulasan/pendpt ulama dlm satu2 perkara, kita boleh terima pakai mana2 pendpt yg lebih "أصح" (tepat).

refah00 said...

kena ngaji usul Fiqh dulu la Tn HJ Arai Zdin