10 Perkara Pokok Mengenai Islam


Dalam kitab Min Ajli Khutwah ila al-Amam ‘Ala Tariq al-Jihad al-Mubaarak, Al-Ustaz Said Hawa menggariskan sepuluh Badihiyat(perkara pokok) mengenai Islam seperti berikut:

1) Islam adalah merupakan satu peratuan yang tunggal yang ditaklifkan kepada seluruh manusia sama ada di barat, timur, utara atau selatan.Baik mereka itu berkulit kuning, perang, putih atau hitam.Bahkan kepada seluruh jenis manusia.

2) Islam adalah merupakan satu jawapan yang tunggal, bersih dan benar kepada seluruh persoalan manusia.Ianya merangkumi segenap aspek penghidupan manusia iaitu akidah, ibadat, perundangan bahkan juga syiar2.Islam merupakan neraca dan kayu ukuran tunggal untuk semua aspek di dalam kehidupan manusia termasuklah sebagai individu dan juga kemanusiaan dalam setiap peringkat.

3) Masuknya seseorang ke dalam Islam(termasuk Islam baka) adalah bererti satu penyerahan yang mutlak kepada Allah di dalam semua persoalan.Merangkumi segenap aspek kehidupan termasuklah yang berhubung dengan jiwa, akal, hati, ruh, perasaan, emosi, perbuatan, pemikiran, akidah atau ibadat.Ia juga meliputi segala pengertian tentang prinsip2 perlembagaan, kanun2 kehakiman dalam setiap bidang kehidupan.Bahkan juga persoalan akhlak dan adab.

4) Di dalam Islam, pemikiran yang berpengalaman adalah merupakan salah satu fenomena atau cirri daripada proses pembentukan syakhsiah Islamiah(keperibadian Islam).Oleh itu, segala sesuatu yang telah dicapai oleh akal yang waras dan sihat lagi berpengalaman adalah merupakan suatu yang dapat diterima dari sudut pandangan Islam dan diberi kepercayaan terhadap kesahihannya.

5) Yang dimaksudkan dengan Islam itu satu sistem yang sempurna dan lengkap ialah Islam itu merangkumi system politik, sosial, ekonomi dan akhlak.Oleh itu, mengabaikan atau melupakan mana2 bahagian daripadanya adalah bererti mengendalakan perjalanan sistem Islam itu sendiri.Begitu juga menegakkan mana2 urusan politik yang tidak didasarkan kepada paksi Islam adalah merupakan satu halangan dan tentangan kepada sistem Islam.Malah kerja2 yang keji ini adalah bercanggah sama sekali dengan Islam dan mereka yang melakukannya sebenarnya telah memasuki satu kancah pertarungan dengan orang2 yang berpegang dengan Islam.

6) Sesungguhnya seluruh orang Islam ditaklifkan supaya menegakkan kalimah Allah supaya menjadi tinggi kepada tahap yang setingginya.Sesungguhnya kalimah Allah tidak akan tertegak ke tahapnya yang paling mulia pada setiap rantau selagi mana orang2 Islam di situ tidak memerintahnya dengan pemerintahan Islam.

7) Kaum Muslimin di sesuatu negeri, bahkan di seluruh alam mestilah merupakan satu sekutu, satu blok dan satu jamaah.Sekutu ini ialah sekutu iman dan sekutu siasah.Apa sahaja cubaan untuk memisahkan atau mengenepikan hal ini adalah merupakan satu kekufuran dan kesesatan yang amat besar.Sekutu atau blok tadi pula mestilah mempunyai imamnya yang tersendiri.

8) Dalam suasana di mana kekuasaan politik Islam dan kaum Muslimin di segenap pelusuk alam telah hancur dan lumpuh seperti sekarang maka menjadi kewajipan ke atas setiap orang Islam untuk bersegera melantik seorang Imam untuk memimpin mereka ke arah satu peperangan dalam apa jua bentuk yang bersesuaian, atau untuk mempersiapkan diri menghadapi peperangan atau untuk melakukan satu persediaan dan persiapan yang sebenar-benarnya kea rah memilih seorang amir(ketua) yang seterusnya akan memimpin mereka untuk menghadapi peperangan tadi.

9) Sesungguhnya menyertai dan mengikat diri dengan Jamaah Islam dan Imamnya adalah merupakan satu kewajipan yang besar di dalam Islam.Kewajipan ini langsung tidak member peluang kepada seseorang Muslim untuk mengelakkan diri daripadanya kecualilah di dalam satu keadaan di mana orang2 Islam tidak mempunyai Jamaah Islamiah dan tidak ada Imam.Maka di dalam keadaan ini, seseorang Muslim itu hendaklah memisahkan diri daripada sebarang bentuk kumpulan2 sesat dan ketika ini dia seorang itulah yang merupakan satu jamaah.

10) Sesungguhnya orang2 Islam adalah merupakan satu jamaah dan maju mundurnya jamaah ini sangat bergantung rapat kapada pencapaian ilmu, ciri2 khusus dan iltizam mereka terhadap Islam.Oleh yang demikian seluruh orang2 Islam tertakluk kepada satu penyusunan yang bersengaja.Meskipun begitu sifat bersengaja itu tertakluk kepada beberapa kaedah yang ketat dan sifat ini juga tidak menghalang kea rah penyusunan yang bermatlamat untuk mencapai segala tujuannya.

Comments

Popular posts from this blog

Biografi Ringkas Imam an-Nawawi رحمه الله

Makrifah Tauhid Bagi Jazam

Aurat Lelaki Ketika Solat