Darah Istihadhah

Sempena Ramadhan yang masuk fasa kedua ni, daku bawakan khas bagi muslimat mengenai istihadhah.


Istihadhah dari segi syarak iaah darah yang keluar bukan pada waktu haidh dan nifas kerana penyakit atau kerosakan pada urat darah di hujung rahim.


Ada 5 jenis istihadhah:


1) Darah yang keluar kurang daripada tempoh minimum haidh iaitu 24 jam.

2) Darah yang melebihi tempoh maksimum haidh iaitu 15 hari.

3) Darah yang keluar sebelum umur haidh atau selepas monopous.

4) Darah yang keluar lebih daripada waktu maksimum nifas iaitu 60 hari.

5) Darah yang lebih daripada kebiasaan haidh atau nifas dan melebihi tempoh maksimum kedua-duanya.


Mengikut ilmu yang saya pelajari daripada seorang ustaz dari Kelantan, Tuan Syarifuddin cara mengira darah haidh dan istihadhah adalah seperti berikut:

1) Sekiranya darah keluar 20 hari misalnya, 10 hari yang pertama darah yang hitam adalah haidh. Manakala 10 hari seterusnya darah merah dikira istihadhah.

2) Sekiranya darah keluar selama 16 hari misalnya, 5 hari yang pertama(hitam) dikira haidh. Manakala 5 hari kedua(kuning) dan 6 hari selepasnya(merah) dikira istihadhah.

3) Sekiranya darah keluar 17 hari misalnya, 7 hari yang pertama(hitam) adalah haidh.Manakala 7 hari kedua(kuning) dan 3 hari seterusnya(hitam) adalah istihadhah.

4) Sekiranya 21 hari, hari pertama(hitam) maka ia dikira haidh.Baki 20 hari(merah) dikira istihadhah.


Namun yang lebih elok baik dirujuk kepada doctor pakar untuk membezakan mana haidh dan mana istihadhah.

Comments

Popular posts from this blog

Biografi Ringkas Imam an-Nawawi رحمه الله

Makrifah Tauhid Bagi Jazam

Aurat Lelaki Ketika Solat