Huraian masalah darah istihadhah

Saya ambil sikit dalam kitab al-Ihatoh fi Masailil Haidhi wan nifasi wal istihadhah m/s 92-94: "Apabila darah haidh melebihi 15 hari maka telah bercampur haidh dengan istihadhah dan bagi kes ini ada empat keadaan:1)Mubtadaah ghaira mumayya...zah, 2)Mubtadaah Mumayyazah, 3)Mu'tadah ghaira mumayyazah, 4)Mu'tadah mumayyazah.........


Hal kedua:Mubtadaah mumayyazah-iaitu tidak ada darah haidh yang maklum sebelum keluar darah istihadhah tersebut(kes baru).Seperti keluarnya haidh sehingga melebihi had maksimum haidh(15 hari). Namun demikian dia mampu untuk membezakan jenis darah dengan melihat kuat(pekat) atau lemah(merah biasa) seperti hitam(kuat) dan merah (lemah).Darah yang lemah sekalipun lama dikira istihadhah manakala yang kuat dikira haidh dengan 3 syarat:


1)Darah yang kuat tidak boleh kurang daripada tempoh minimum haidh(24 jam)

2)Janganlah darah yang kuat melebihi tempoh maksimum haidh(15 hari)

3)Darah yang lemah tidak kurang daripada tempoh minimum suci iaitu 15 hari.


Sekiranya darah yang kuat kurang daripada minimum haidh atau melebihi maksimum haidh atau darah yang lemah kurang daripada minimum suci seumpama dilihatnya darah hitam setengah hari saja atau 16 hari atau ia melihat sehari hitam dan dua hari merah.Maka dalam semua kes ini hilang syarat untuk membezakan antara haidh dan istihadhah dan akan datang hukumnya.



Dalilnya daripada Fatimah bt Abi Hubaisy r.anha katanya:


[size=18]أنها قالت لرسول الله (ص اني استحاض أفدع الصلاة؟فقال النبي(ص ان دم الحيض أسود يعرف فاذا كان ذلك فأمسكي عن الصلاة واذا كان اللآخر فتوضئ وصلي فانما هو عرق[/size]


Hadis riwayat Abu Daud dan an-Nasa'i dan disohihkan oleh Ibnu Hibban dan al-Hakim.

Comments

Popular posts from this blog

Biografi Ringkas Imam an-Nawawi رحمه الله

Makrifah Tauhid Bagi Jazam

Aurat Lelaki Ketika Solat