Aurat wanita

Kata Sayyid Ahmad ar-Rifai, berbicara kepadaku Tok guruku, tuan Syeikh teladan,Ali al-Wasiti radiallahuanhu, katanya telah berbicara kepadaku Abul Fawaris Tharrad b Muhammad az-Zabibi,katanya telah berbicara padaku Abul Hassan Muhammad b Zarquaih, katanya telah berbicara kepadaku Abu Jakfar Muhammad b Yahya ath-Tha’I daripada Sufyan b Uyainah daripada az-Zuhri daripada Abu Salamah daripada Abu Hurairah ra daripada Nabi SAW sabdanya yang bermaksud:

“Tasbih itu untuk lelaki, dan tepukan pula untuk permpuan(yakni di dalam solat)”

Diriwayatkan oleh Bukhari,Muslim,Abu Daud,at-Tirmizi dan an-Nasa’l.

Hadis ini menunjukkan tentang hukum Imam yang terlupa sesuatu di dalam solat.Maka yang mengingatkannya jika lelaki hendaklah dengan menyebut Subhanallah dan jika wanita dengan menepukkan sebelah tangan pada tapan tangan yang lain.Demikian yang ditunjukkan dalam hukum fiqh.

Tetapi pengulas hadis ini menonjolkan perkara yang lebih jauh.Iautu betapa syariat Islam mengambil berat untuk menjaga aurat wanita sehingga di dalam solatpun ditegahnya kaum wanita dari mendengarkan suaranya dalam kumpulan orang lelaki kerana suara wanita itu tetap dikira aurat.Apatah lagi tubuh badan dan rupa bentuknya.

Syeikh Muhammad Najib Khiyatah memberi komentar sebagaimana berikut:

Hendaklah orang yang berakal waras memikir dan memerhatikan betapa Islam menambil berat terhadap kaum wanita untuk memelihara mereka dari dapat dikotorkan dengan waswas orang sakit hati untuk mengelakkan keburukan sangka buruk pada hati mereka dan untum mematikan keinginan hati mereka.

Rasulullah SAW telah melarang wanita untuk mendengarkan suara mereka dalam keadaan yang boleh menimbulkan syak dan sangka buruk bahawa dia dalam ketika itu tidak menunduk diri dan mengenal suaranya dalam keadaan dia solat.Yakni dalam keadaan dia sepatutnya menundukkan diri kepada Tuhan dalam beribadat, bukan dalam mendengungkan suara atau menarik perhatian orang kepadanya.Manakala tasbih itu adalah mengingati Allah.

Meskipun demikian Islam tetap melarang mereka bertasbih dalam solat dan digantikan dengan tepukan supaya tidak terguris dalam hati siapa yang mendengar suaranya itu yang boleh menyebabkan syahwat dalam hatinya.

Islam sebenarnya berpendapat dalam percampuran wanita dengan lelaki sebagai suatu bahaya yang pasti.Sebab itu Islam menjauhkan antara kedua mereka kecuali dengan hubungan perkahwinan.Islam dalam hal ini:

1)Melarang khalwat lelaki dengan wanita yang bukan mahram.
2)Melarang keluar dari rumahnya kecuali terpaksa.Keluar mesti dengan izin suami atau mahram dan hemdaklah menjauhkan diri dari perhiasan diri yang menonjol.Lalu mestilah menutup badannya dengan kelubung yang menyeluruh dan yang dapat menutup.Tidak menampakkan bentuk badan,tidak boleh berair wangi dan berjalan dengan bergaya.
3)Melarang keluar wanita keluar bermusafir tanta mahram.(macam mana akhawat mesir-tambahan daripada ibnu Azmi asy-Syafii an-Naqsyabandi).
4)Melarang mereka menyerupai lelaki dalam apa bentuk sekalipun.

Diolah dari kitab Benteng Diri Ahli Hakikat dalam meniti Makrifat kepada Allah.
Karya:Sayyid Ahmad ar-Rifa’i
Terjemah:Syed Ahmad Semait.

Comments

Popular posts from this blog

Biografi Ringkas Imam an-Nawawi رحمه الله

Makrifah Tauhid Bagi Jazam

Aurat Lelaki Ketika Solat