Faedah Taqwa

Faedah Taqwa:

1)Mendapat jalan keluar daripada tekanan hidup dengan rezeki sentiasa datang berlimpah-ruah tanpa diduga lagi.

2)Mendapat petunjuk.

3)Mendapat ilmu ladunni.

4)Mampu membezakan ketika timbul kekeliruan atau berlaku sesuatu kemusykilan.Juga sebagai penebus kesalahan dan penyuci segala dosa.

5)Mendapat pimpinan dari Allah.

6)Mendapat perlindungan dari Allah.

7)Mendapat keselamatan.

8)Mendapat jaminan masuk syurga.

9)Allah menyebut taqwa dalam lebih daripada 70 ayat dalam al-Quran.

Bisyr al-Hafi pernah bersyair yang bermaksud:

"Matinya seorang yang bertaqwa adalah hidup yang kekal abadi,
Kerap orang yang hidup dalam anggapan ramai sama seperti mati"

Imam al-Ghazali telah berkata:Taqwa yang tersebut di dalam al-Quran mempunyai 3 pengertian:

1)Takut dan gerun.
2)Taat dan ibadat.
3)Menyingkirkan hati dari segala rupa dosa.Dan pengertian inilah yang menjadi hakikat taqwa.

Kesimpulannya, bahawa taqwa itu merupakan penyingkiran diri dari perkara-perkara yang boleh menyebabkan kemurkaan Allah serta siksaanNya; iaitu ringkasnya dengan menurut segala yang diperintah oleh Allah dan menjauhi segala yang dilarangNya.Manakala hakikat taqwa pula hendaklah berhati-hati agar Allah tiada mendapati anda di tempat laranganNya dan tiada kehilangan anda di tempat suruhanNya.

Comments

Popular posts from this blog

Biografi Ringkas Imam an-Nawawi رحمه الله

Makrifah Tauhid Bagi Jazam

Aurat Lelaki Ketika Solat