PAS patut bangga dengan angkasawan

Pas Patut Berbanggalah Dengan Angkasawan Melayu Pertama Negara! Pembangkang terutama dari Pas yang mendakwa sebuah parti yang memperjuangkan Islam, sepatutnya berbangga dengan pencapaian bekas pelajar MRSM Muar, Sheikh Muszaphar yang menjadi orang Islam ketiga menjelajah kaki ke angkasa. Lebih membanggakan lagi, beliau menjadi orang pertama melakukan kewajipan ibadat puasa dan solat di angkasa lepas. Ini membuktikan bahawa ajaran Islam itu mudah serta praktikal dan tidak mempunyai halangan untuk dipratikkan walaupun di mana sahaja. Terima kasih kepada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) kerana telah menyediakan garis panduan ibadat di angkasa lepas. Nampaknya kita merupakan negara Islam yang terkedepan dalam memartabatkan ajaran Islam dalam ruang lingkup fiqh bab ini. Sesungguhnya program angkasawan pertama negara yang dimulakan oleh mantan Perdana Malaysia, Yang Amat Berbahagia Tun Dr. Mahathir Mohamad yang kemudian disambung oleh Perdana Menteri, Yang Amat Berhormat Datuk Seri Abdullah Haji Ahmad Badawi adalah suatu program yang memberi banyak manfaat dan impak positif kepada agama, bangsa dan negara. Sesuatu yang malang dan menyedihkan jika terus menerus ada lagi mereka yang dangkal dan jumud pemikirannya yang tidak dapat memahami maksud dan hasil program ini. Wang beratus-ratus juta ringgit memanglah besar nilainya, tetapi lebih besar lagi manfaat dari nilainya apabila ia ‘dilaburkan’ untuk membangunkan masa depan anak bangsa kita. Jati diri dan maruah sesebuah bangsa lebih besar harganya dari ratusan juta ringgit. Agak sukar bagi kita untuk memecahkan halangan minda dan meningkatkan keyakinan anak bangsa jika kita tidak sedia untuk mengorbankan wang, masa dan tenaga. Pelaburan jangan dilihat pada material sahaja tetapi juga kepada pembangunan minda dan jatidiri. Semangat 'Malaysia Boleh' yang terhasil daripada program ini tentunya memberi kesan mendalam dalam jiwa bangsa Malaysia khususnya orang Melayu dan Islam. Bahawa kita juga mampu meneroka angkasa lepas sepertimana bangsa-bangsa lain, kita sekarang sudah berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan mereka. Tidak ada lagi halangan minda untuk kita berjaya kerana sejarah telah membuktikan kemampuan kita itu. Bukanlah ia dinamakan pembaziran jika sesuatu itu melakukan sesuatu yang berfaedah kepada agama, bangsa dan negara dalam jangka masa panjang atau pendek. Agama Islam sangat membenci pembaziran sehingga disifatkan sesiapa yang membazir itu adalah saudara syaitan. Hakikatnya, program penerokaan angkasa lepas ini, dalam pada turut mengangkat martabat negara, ia juga mengangkat martabat dan syiar Islam di peringkat global._________________

Comments

Popular posts from this blog

Biografi Ringkas Imam an-Nawawi رحمه الله

Makrifah Tauhid Bagi Jazam

Aurat Lelaki Ketika Solat