Dalil demontrasi aman


PANDANGAN ULAMA’ YANG MEMBENARKAN DEMONTRASI

Shaikh Yusuf Qaradawi, Khalid bin Mun’im ar-Rifa’ie DALIL

Dalil 1

الأصل في الأشياء الإباحة حتى يدل الدليل على التحريم

“Asal bagi setiap sesuatu itu adalah harus sehinggalah ada dalil menunjukan pengharamannya”
Harus diperhatikan, demonstrasi ini adakah amalan ibadah khususiah atau adat @ muamalat. Jelas, demonstrasi bukanlah daripada amalan ibadah khususiah yang sudah ada dalil yang menentukan keharusan dan keharamannya. Ia terbuka hukumnya mengikut keperluan semasa. Oleh kerana tidak ada dalil yang secara jelas dan terang mengharamkan demonstrasi, maka ia bergantung kepada faktor-faktor luaran untuk menentukan hukumnya. Antara faktor yang menentukannya ialah TUJUAN DEMONSTRASI. Sekiranya tujuannya tidak bercanggah dengan syara’, maka ia adalah diharuskan. Mari kita melihat apakah tuntutan BERSIH 2.0 ini:
i. Membersihkan senarai undi
ii. Reformasi kepada undi pos
iii. Guna dakwat kekal
iv. Tempoh kempen minimum 21 hari
v. Akses media yang bebas dan adil
vi. Kukuhkan institusi awam
vii. Hentikan rasuah

Adakah mana-mana tuntutan dan tujuan tersebut yang bercanggah dengan syara’? Sekiranya tidak ada, maka kekal BERSIH 2.0 ini dengan hukumnya harus sehinggalah para pengkritik mendatangkan bukti-bukti yang lain yang boleh membawa kepada pengharamannya.
Agama memberikan keanjalan terhadap amalan yang boleh membawa kepada kemaslahatan kepada manusia. Jangan disempitkan dan diberatkan pada perkara yang tidak diharamkan dalam agama secara jelas dan tidak larang. Sabda Baginda SAW

عن أبي الدرداء رضي الله عنه قال : قال رسول الله صلى الله عليه وسلم : ” ما أحل الله في كتابه فهو حلال وما حرم فهو حرام وما سكت عنه عفو فاقبلوا من الله عافيته فإن الله لم يكن لينسى شيئا ثم تلا هذه الآية : ( وما كان ربك نسيا

Abu Darda’ meriwayatkan bahwasanya Baginda SAW bersabda “Apa yang Allah halalkan di dalam kitabnya sudahpun jelas, apa yang diharamkan, maka ia adalah haram. Apa-apa yang tidak diputuskan oleh Allah maka ia adalah kemaaafan bagi kamu, dari itu, terimalah. Allah sama sekali tidak lupa, lalu baginda SAW membawa ayat “…dan tiadalah Tuhanmu itu lupa, “

Dari itu, oleh kerana tiada dalil yang jelas yang mengharamkan perbuatan demonstrasi,maka ia kekal dengan keharusannya sebelum ada faktor-faktor lain yang mengharamkannya. Bagi golonganyang mengatakan ianya haram, seharusnya mendatangkan hujah atas pengharamannya.

DALIL 2

عن ابن عباس قال سألت عمر رضي الله تعالى عنه لأي شيء سميت الفاروق قال أسلم حمزة قبلي بثلاثة أيام ثم شرح الله صدري للاسلام…… قلت أشهد أن لا إله إلا الله وحده لا شريك له وأشهد أن محمدا عبده ورسوله قال فكبر أهل الدار تكبيرة سمعها أهل المسجد قال فقلت يا رسول الله ألسنا على الحق إن متنا وإن حيينا قال بلى والذي نفسي بيده إنكم على الحق إن متم وإن حييتم قال فقلت ففيم الاختفاء والذي بعثك بالحق لتخرجن فأخرجناه في صفين حمزة في أحدهما وأنا في الآخر له كديد ككديد الطحين حتى دخلنا المسجد قال فنظرت إلى قريش وإلى حمزة فأصابتهم كآبة لم يصبهم مثلها فسماني رسول الله صلى الله عليه و سلم يومئذ الفاروق وفرق الله به بين الحق والباطل

Komentar
Hadis ini tidak kuat untuk dijadikannya sebagai hujjah. Ini kerana status hadis ini dhaif jiddan.Para pembaca boleh melihat hadis ini dalam kitab Hilyatu al-Auliya’ oleh Abu Nu’aim al-Asbahani 1/40. Sheikh Albani ketika membuat komentar terhadap hadis ini mengatakan “sanad hadis ini terlalu dhaif kerana adanya perawi bernama Ishak bin Abdullah”, pembaca boleh melihat komen ini dalam kitab Silsilatu Ahadith adh-Dha’ifah wa al-Maudhu’ah 14/73 nombor 6531.

DALIL 3

عَنْ أَبِى هُرَيْرَةَ قَالَ جَاءَ رَجُلٌ إِلَى النَّبِىِّ -صلى الله عليه وسلم- يَشْكُو جَارَهُ فَقَالَ « اذْهَبْ فَاصْبِرْ ». فَأَتَاهُ مَرَّتَيْنِ أَوْ ثَلاَثًا فَقَالَ « اذْهَبْ فَاطْرَحْ مَتَاعَكَ فِى الطَّرِيقِ ». فَطَرَحَ مَتَاعَهُ فِى الطَّرِيقِ فَجَعَلَ النَّاسُ يَسْأَلُونَهُ فَيُخْبِرُهُمْ خَبَرَهُ فَجَعَلَ النَّاسُ يَلْعَنُونَهُ فَعَلَ اللَّهُ بِهِ وَفَعَلَ وَفَعَلَ فَجَاءَ إِلَيْهِ جَارُهُ فَقَالَ لَهُ ارْجِعْ لاَ تَرَى مِنِّى شَيْئًا تَكْرَهُهُ.

Abu Hurairah meriwayatkan ada seorang lelaki mengadu kepada rasulullah tentang jirannya, lalu Baginda SAW berkata “Pulanglah dan bersabarlah”. Situasi itu berlaku 2 ataupun 3 kali lalu kata Baginda SAW “Pulanglah dan buang barangmu di atas jalan”. Lalu setelah lelaki tersebut melakukan sebagaimana yang disarankan, ramai orang bertanya puncanya, lalu lelaki ini menceritakan situasinya. Ini membuatkan semua orang yang lalu di situ mencerca jiran lelaki tersebut. Tidak dalam selepas itu, jirannya itu datang dan memohon maaf padanya dan berjanji peristiwa lama tidak berulang lagi.

Al-Imam Ibn Qayyim al-Jauziyyah dalam kitabnya I’lam al-Muwaqqi’in menyebutkan seperti berikut berkenaan hadis ini:

لأبأس للمظلوم أن يتحيل على مسبة الناس لظالمه والدعاء عليه والأخذ من عرضه وإن لم يفعل ذلك بنفسه إذ لعل ذلك يردعه ويمنعه من الإقامة على ظلمه وهذا كما لو أخذ ماله فلبس أرث الثياب بعد أحسنها وأظهر البكاء والنحيب والتأوه أو آذاه في جواره فخرج من داره وطرح متاعه على الطريق أو أخذ دابته فطرح حمله على الطريق وجلس يبكي ونحو ذلك فكل هذا مما يدعو الناس إلى لعن الظالم له وسبه والدعاء عليه…

DALIL 4
عن ابن عائشة يقول: لما قدم رسول الله صلى الله عليه وسلم المدينة جعل النساء والصبيان يقلن: طلع البدر علينا * من ثنيات الوداع

Sheikh Islam Ibn taimiah menyebutkan:

عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ { لَمَّا قَدِمَ إلَى الْمَدِينَةِ خَرَجْنَ بَنَاتُ النَّجَّارِ بِالدُّفُوفِ وَهُنَّ يَقُلْنَ : طَلَعَ الْبَدْرُ عَلَيْنَا مِنْ ثَنِيَّاتٍ الْوَدَاعِ إلَى آخِرِ الشِّعْرِ….} حَدِيثُ النِّسْوَةِ وَضَرْبِ الدُّفِّ فِي الْأَفْرَاحِ صَحِيحٌ ؛ فَقَدْ كَانَ عَلَى عَهْدِ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ

DALIL 5

عَنْ أَنَسٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ انْصُرْ أَخَاكَ ظَالِمًا أَوْ مَظْلُومًا فَقَالَ رَجُلٌ يَا رَسُولَ اللَّهِ أَنْصُرُهُ إِذَا كَانَ مَظْلُومًا أَفَرَأَيْتَ إِذَا كَانَ ظَالِمًا كَيْفَ أَنْصُرُهُ قَالَ تَحْجُزُهُ أَوْ تَمْنَعُهُ مِنْ الظُّلْمِ فَإِنَّ ذَلِكَ نَصْرُهُ

DALIL 6

Kisah Bai’ah Ridhwan. Ia apabila Nabi SAW mneghantar utusan untuk berjumpa dengan pembesar Mekah, namun dikhabarkan bahawasanya mereka telah membunuh Saidina ‘Uthman, maka Nabi SAW dan para sahabat telah membuat persepakatan untuk berjuang menuntut bela terhadap ketidakadilan yang berlaku kepada Saidina ‘Uthman.

Disediakan oleh
Mohamad Ridhauddin
Lajnah Keahlian dan Ulama Pelapis
Negeri Selangor.
21 Jun 2011

Comments

Popular posts from this blog

Biografi Ringkas Imam an-Nawawi رحمه الله

Makrifah Tauhid Bagi Jazam

Aurat Lelaki Ketika Solat