Majmu' Fatawa Ibnu Taimiyyah

Syaikh Umar Abdullah Kamil pernah ditanya berhubung Majmu' Fatawa Ibnu Taimiyyah itu. Syaikh Dr. Umar beritahu bahawa susah kalau kita nak kata majmuk tersebut 100% hasil karya Ibnu Taimiyyah kerana waktu itu Ibnu Taimiyyah dalam penjara, dan kertas serta alat tulis waktu itu tidaklah semudah dan seperti zaman kita ini. Jadi bagaimana pulak Ibnu Taimiyyah tulis. Dr. Umar juga maklumkan bahawa banyak fakta dalam majmuk tersebut yang tidak tepat, contoh dalam 108 (kalau tak salah ingat akulah) perkara yang dikatakan oleh Ibnu Taimiyyah sebagai ijmak ulama maka 99 daripadanya adalah bukan ijmak. Bagi kita mudah je, Ibnu Taimiyyah bukan ulama pegangan dalam mazhab kita, so yang kita dok bawak kalam dia mende.... carilah kalam ulama kita sendiri sudah. Tapi malangnya la ni ramai yang tak reti nak baca kalam ulama kita terdahulu sebab tak berguru, so dia carilah yang mudah difahami tanpa perlu berguru, maka hasilnya haru biru bercelaru.

Comments

Popular posts from this blog

Biografi Ringkas Imam an-Nawawi رحمه الله

Makrifah Tauhid Bagi Jazam

Aurat Lelaki Ketika Solat