Kewajipan Mencintai dan Memuliakan Rasulullah SAW
Allah berfirman dalam
surah at-Taubah ayat 24 yang bermaksud: “Katakanlah (wahai Muhammad): “Jika
bapa2 kamu, anak2 kamu, saudara2 kamu, isteri2 (atau suami2) kamu, kaum
keluarga kamu, harta benda yang kamu usahakan, perniagaan yang kamu bimbang
akan merosot, dan rumah2 tempat tinggal yang kamu sukai, (jika semuanya itu)
menjadi perkara2 yang kamu cintai lebih daripada Allah dan RasulNya, dan (daripada)
berjihad untuk agamaNya, maka tunggulah sehingga Allah mndatangkan keputusanNya
(azab siksaNya); kerana Allah tidak akan member petunjuk kepada orang2 yang
fasiq (derhaka).”
Di dalam ayat di atas,
Allah memberikan ancaman dan menjanjikan balasan yang dahsyat bagi orang yang
mengasihi keluarga dan harta bendanya melebihi kecintaannya terhadap Allah dan
RasulNya SAW.Cukuplah ancaman dan balasan ini menjadi motivasi, peringatan, dalil
yang jelas dan hujjah yang kuat bagi menunjukkan thabitnya kewajipan mengasihi
Nabi SAW, membesarkan kedudukan Baginda SAW, dan tuntutan melaksanakan hak
mengasihinya dengan sempurna.
Allah mencerca orang
yang mengasihi harta, keluarga dan anak pinaknya melebihi kasihnya terhadap
Allah dan RasulNya SAW.Malah, Allah juga telah memberikan ancaman kepada mereka
melalui firmanNya: “Maka tunggulah sehingga Allah mendatangkan keputusannya
(azab siksaNya).”
Allah juga telah
memfasiqkan mereka pada akhir ayat dan memberitahu bahawa mereka tergolong dari
kalangan orang yang sesat dan tidak diberikan petunjuk.
Malah, di dalam hadith
juga dijelaskan tentang tuntutan mencintai Nabi SAW.Di antaranya ialah hadith
yang dipetik dari riwayat Anas r.a, bahawa Rasulullah SAW bersabda:
لا يؤمن أحدكم حتى أكون أحب إليه من ولده ووالده والناس
أجمعين
“Tidak beriman seseorang kamu
sehingga aku lebih dikasihi daripada anaknya, ibu bapanya dan manusia
seluruhnya.”
Setengah
ulama menyatakan bahawa maksud “tidak beriman” di dalam hadith ini ialah: Tidak
sempurna keimanan seseorang yang mengasihi anak, ibu bapa dan manusia
seluruhnya melebihi kasihnya terhadap Rasulullah SAW.
Ini
bertujuan untuk meninggikan kedudukan dan kebesaran Rasulullah SAW.Allah telah
meletakkan kasih terhadap Rasulullah SAW di barisan hadapan atau teratas
daripada kasih terhadap makhluk yang lain.
Comments