Kisah Kecintaan & Kerinduan Para Kekasih Nabi SAW
Rasulullah sallallahu 'alaihi
wassallam dalam sabdanya:
مِنْ أَشَدِّ أُمَّتِي لِي حُبًّا نَاسٌ يَكُونُونَ بَعْدِي يَوَدُّ أَحَدُهُمْ لَوْرَآنِي بِأَهْلِهِ وَمَالِه
مِنْ أَشَدِّ أُمَّتِي لِي حُبًّا نَاسٌ يَكُونُونَ بَعْدِي يَوَدُّ أَحَدُهُمْ لَوْرَآنِي بِأَهْلِهِ وَمَالِه
“Antara umatku yang paling mencintaiku adalah orang-orang yang hidup selepasku,
salah seorang dari mereka sangat ingin melihatku walaupun terpaksa menebus
dengan keluarga dan harta.”[HR Muslim].
Hadith seperti ini juga diriwayatkan
oleh Abu Zar r.a.
Hadith Umar r.a seperti yang telah
lepas(dalam bab sebelum ini) juga menyebut perkataan Umar r.a kepada Nabi SAW:
لأنت أحب إلي من نفسي
“Sesungguhnya
kamu lebih aku kasihi daripada diriku.”
Daripada Amru ibn al-‘As r.a berkata:
ما كان أحد أحب إلي من رسول الله (ص)
“Tiada
seorang pun yang lebih aku kasihi daripada Rasulullah SAW.”
Daripada ‘Abdah bt Khalid b Ma’dan
berkata: Tidaklah Khalid r.a berbaring di atas tempat tidurnya, melainkan dia
menyebut2 kerinduannya terhadap Rasulullah SAW dan sahabat2 Baginda SAW dari
kalangan Muhajirin dan Ansar dengan menyebut nama mereka satu persatu.Kemudian
dia berkata:
هم أصلي وفضلي, وإليهم يحن قلبي, طال شوقي إليهم فعجل ربي قبضي إليك
“Mereka
adalah sandaranku di dalam perkara asas(aqidah) dan cabang agama(feqah); kepada
mereka hatiku berasa rindu, telah berpanjangan/lama rinduku terhadap
mereka.Maka percepatkanlah, wahai Tuhanku kembalikan rohku kepada rahmatMu(supaya
dapat bertemu dengan mereka)”, dia berkata hinggalah dia terlena.
Diriwayatkan daripada Sayyidina Abu
Bakar as-Siddiq r.a bahawa beliau berkata kepada Rasulullah SAW:
والذي بعثك بالحق لإسلام أبي طالب كان أقر لعيني من إسلامه يعني أباه
أبا قحافة, وذلك أن إسلام أبي طالب كان أقر لعينك
"Dan demi Zat Yang Mengutusmu dengan
kebenaran!Sesungguhnya pengislaman Abu Talib lebih menggembirakan hatiku
daripada pengislamannya(bapanya, Abu Quhafah).Yang demikian itu adalah kerana
keislaman Abu Talib lebih menggembirakan hatimu.”
Demikian juga hadith yang
diriwayatkan daripada Sayyidina Umar al-Khattab r.a, beliau berkata kepada
Sayyidina al-Abbas r.a:
أن تسلم أحب إلي من أن يسلم الخطاب, لأن ذلك أحب إلى رسول الله (ص)
“Pengislamanmu
lebih aku sukai daripada keislaman al-Khattab(bapanya) kerana yang demikian itu
lebih disukai oleh Rasulullah SAW.”
Daripada Ibnu Ishaq r.a: Bahawa
seorang wanita Ansar telah terbunuh bapa, saudara dan suaminya dalam peperangan
Uhud bersama Rasulullah SAW.Maka dia berkata, Bagaimanakah keadaan Rasulullah
SAW?Mereka menjawab, “Keadaan Baginda SAW, Alhamdulillah sebagaimana yang kamu
sukai.” Kata wanita itu, “Perlihatkanlah Baginda SAW kepadaku sehingga aku
boleh melihatnya.” Maka tatkala dia melihatnya, dia berkata:
كل مصيبة بعدك جلل
“Setiap
musibah yang menimpaku, selepas melihat kamu berada dalam keadaan sihat dan
selamat, menjadi kecil bagiku.”
Sayyidina Ali r.a ditanya, “Bagaimanakah
kasihmu terhadap Rasulullah SAW?” Maka beliau menjawab:
كان والله أحب إلينا من أموالنا وأولادنا وآبائنا وأمهاتنا ومن الماء
البارد على الظمإ
“Demi
Allah!Dia lebih aku kasihi daripada harta bendaku, anak-pinakku, bapa2ku dan
ibu2ku serta air sejuk bagi orang yang sedang kehausan.”
Daripada Zaid b Aslam r.a berkata:
Pada suatu malam, Sayyidina Umar r.a keluar untuk mengawasi rakyat jelata dan
meninjau keadaan mereka.Lalu beliau ternampak cahaya pelita di dalam sebuah
rumah dan di dalamnya terdapat seorang perempuan tua yang sedang mengait baju
sambil bernasyid:
على محمد صلاة الأبرار***صلى عليه اليبون الأخيار
قد كنت قواما بكا بالأسحار***يا ليت شعري والمنايا أطوار
هل تجمعني وحبيبي الدار
“Ke
atas Nabi Muhammad selawat orang yang baik2***Berselawat ke atasnya orang2 yang
mulia lagi terpilih***Sesungguhnya engkau banyak melakukan ibadah dan menangis
pada waktu sahur***Alangkah baiknya, kiranya kutahu keadaan kematianku, namun
kematian itu bermacam2 keadaannya***Adakah Engkau akan menghimpunkan aku
bersama kekasihku(Nabi Muhammad SAW) di dalam syurga?”
Mendengarnya Umar r.a pun duduk dan
menangis.
Diriwayatkan bahawa Abdullah b Umar
r.a kebas kakinya.Maka dikatakan kepadanya, “Sebutlah nama orang yang paling
kamu kasihi, nescaya kesakitanmu itu akan hilang.” Lalu dia pun berteriak, “Wahai
Muhammad!Kesakitan yang dirasainya pun hilang.
Sumber: Kewajipan Mencintai &
Memuliakan Rasulullah SAW yang dikeluarkan oleh Syeikh Fuad al-Maliki.Kitab
asal adalah asy-Syifa’ karya al-Imam al-Qadhi ‘Iyadh.
Comments