Imam Jaafar as-Sodiq

 Gambar di atas adalah Syeikh Soleh al-Ja'fari yang merupakan bekas Imam Masjid al-Azhar dan berketurunan Imam Jaafar as-Sodiq

Imam Jaafar as-Sodiq ialah cicit kepada cucu Rasulullah.Namanya ialah Jaafar b Muhammad b Ali b Husain b Ali b Abi Talib.Ulama besar ini dikenali juga dengan nama Jaafar as-Sodiq.Beliau dilahirkan pada tahun 80 H.

Dari sebelah ayahnya, nasab beliau bersambung hingga Sayyidina Ali r.a sementara dari sebelah ibunya pula, nasab beliau bersambung hingga Sayyidina Abu Bakar as-Siddiq.

Selain mulia dari segi nasabnya, Jaafar as-Sodiq juga sangat alim dan memiliki ilmu yang sangat luas.Beliau diakui sebagai salah seorang ulama besar kota Madinah pada masa itu.Disebabkan itu, Syiah mendakwa Imam Jaafar sebagai imam mereka.Namun, beliau sendiri sangat membenci Syiah kerana mereka suka mencela Abu Bakar as-Siddiq, moyang beliau sendiri.

GURU-GURU

Imam Jaafar berguru dengan ramai ulama Madinah.Antaranya ialah ayahnya sendiri Muhammad al-Baqir, al-Qasim bin Muhammad(datuknya daripada sebelah ibu), Ibn Syihab az-Zuhri, Muhammad b al-Munkadir, Ubaidullah b Abi Rafi’, Urwah b az-Zubair dan Ata’ b Rabah.

Murid2 beliau sangat ramai, sebahagiannya ialah ulama2 terkenal pada saat itu.Mereka ialah anaknya sendiri Musa al-Kazim, Imam Malik b Anas, Imam Abu Hanifah, Ibn Juraij, Ibn Ishaq, Sufyan al-Thauri, Syu’bah, Sufyan b Uyainah dan ramai lagi.

JAAFAR DAN SAHABAT NABI

Syiah selalu menyebarkan berita palsu kononnya Imam Jaafar membenci para sahabat Nabi termasuk Sayyidina Abu Bakar.Berita palsu ini telah tersebar semenjak masa hidup Imam Jaafar hingga ke hari ini.Berkali2 Imam Jaafar hingga ke hari ini.Berkali2 Imam Jaafar menepis khabar angin tersebut.

Zuhair b Muawiyah berkata: “Seorang jiranku mengatakan bahawa engkau membenci Abu Bakar dan Umar.” Beliau menjawab: “Semoga Allah membenci jiranmu itu.Demi Allah, aku berharap mendapat manfaat di akhirat kerana tergolong dalam keluarga Abu Bakar.”

Pada ketika lain, Imam Jaafar berkata kepada Salim b Abi Hafsah: “Wahai Salim, adakah wajar seseorang memaki moyangnya sendiri?Abu Bakar ialah moyangku.Aku tidak akan mendapat syafaat Rasulullah SAW pada hari kiamat nanti jika tidak mencintai Abu Bakar dan Umar.”

Daripada Hannan b Sudair: “Aku mendengar Imam Jaafar ditanya tentang Sayyidina Abu Bakar dan Umar.Beliau menjawab: “Engkau bertanya tentang 2 manusia yang sekarang ini telah memakan buah2an syurga.”

Az-Zahabi berkata: “Ucapan sebegini sangat banyak dan mutawatir diriwayatkan daripada Imam Jaafar.Aku bersaksi dengan nama Allah, beliau jujur dalam ucapan ini.Beliau tidak menyimpan kemunafikan.Semoga Allah memurkai Syiah Rafidhah.”

Syiah selalu mengatakan bahawa Jaafar as-Sodiq mengucapkan kalimat2 ini hanya untuk melindungi dirinya daripada gangguan Ahli Sunnah.Padahal beliau sangat jujur dalam ucapannya dan tidak pernah melakukan taqiyah.

Abu Hanifah pernah ditanya: “Siapakah orang yang paling faqih yang pernah engkau temui?” Abu Hanifah menjawab: “Aku tidak pernah menjumpai seseorang yang lebih faqih daripada Imam Jaafar.”
Kajian lengkap tentang fiqah Imam Jaafar telah ditulis oleh Syeikh Abu Zahrah dalam kitabnya yang bertajuk “Al-Imam Jaafar as-Sadiq: Hayaatuhu wa ‘Asruh, Ara’uhu wa Fiqhuh”.Beliau menyimpulkan bahawa ulama2 ahlulbait tidak pernah putus hubungan dengan para sahabat dan tabiin.Imam Ali Zainal Abidin(datuk Imam Jaafar) selalu menghadiri majlis2 ilmu mereka.Penghargaan juga kecintaan masyarakat sangat besar kepada keluarga Nabi SAW.

Walau bagaimanapun, tidak semua pendapat yang diriwayatkan daripada beliau dapat diterima.Kita mesti selalu mengkaji setiap perawi yang meriwayatkannya.Ini kerana para perawi Syiah sering menyebutkan daripada Imam Jaafar perkara2 yang tidak pernah beliau ucapkan.Jika perawi daripadanya ialah para ulama seperti Sufyan, Syu’bah dan Imam Malik, maka riwayatnya diterima.Namun jika perawi daripadanya Zurarah b As’ad, Harith b Umair dan Ma’bad b Amr, maka riwayatnya ditolak kerana mereka ini pemalsu hadis.

Zakaria as-Saji berkata: “Imam Jaafar seseorang yang sangat jujur dan dipercayai.Jika orang yang meriwayatkan daripadanya thiqah, maka hadisnya betul.”

Comments

Popular posts from this blog

Biografi Ringkas Imam an-Nawawi رحمه الله

Makrifah Tauhid Bagi Jazam

Aurat Lelaki Ketika Solat