Siratol Mustaqim

Jalan lurus yang Allah perintahkan kita untuk menuntutnya adalah jalan yang menyampaikan kita ke hadratNya; yakni al-Ilmu Billah iaitu maqam Tauhid khusus.Ia adalah darjat ahli tauhid yang tertinggi setelah tauhid para Nabi dan Rasul.Untuk mencapainya, tidak dapat tidak mestilah menempuh jalan tarbiyah di bawah bimbingan Syeikh Mursyid yang Arif tentang perjalanan tasauf.Syeikh tersebut telah melalui maqam2 tasauf dengan zauq dan kasyaf, mengetahui maqam Fana’ dan Baqa’(jauhnya aku;he he), dan terhimpun padanya jazbah dan suluk.Ini kerana jalan ini begitu rumit. Syaitan yang mengganggu ahli jalan ini pakar tentang maqam2 tasauf dan juga tentang bencananya.Oleh itu mesti ada guru mursyid.Jika tidak sesatlah mereka yang melalui jalan ini daripada jalan sebenar.
 
Di dalam Lataiful Mina nada disebut yang bermaksud: “Sesiapa yang tidak ada baginya guru mursyid yang bersanad dan menunjuki tentang hatinya yang berpenyakit, maka ia adalah seorang anak buangan yang tidak mempunyai bapa(dalam ilmu tasauf).Sekiranya dia mendapat Nur (cahaya) maka kebiasaanya dia tidak mendapat ta’dib dan tahzib(tatatertib dan penghalusan jiwa) dan dia tidak mendapat tarbiah dan latihan kerohanian yang sewajarnya.”

Jalan tasauf ini dapat dirasai oleh ahlinya ketika membaca Ihdinas Siratol Mustaqim dalam surah al-Fatihah.Apabila ia membaca Siratollazina An’amta Alaihim, dia merasaskan maksudnya iaitu “mereka yang telah Engkau berikan nikmat dengan sampai kepadaMu dan pengupayaan dalam makrifatMu.”

Comments

Popular posts from this blog

Biografi Ringkas Imam an-Nawawi رحمه الله

Makrifah Tauhid Bagi Jazam

Aurat Lelaki Ketika Solat