Memadamkan Pertelingkahan

Sejak zaman-berzaman, kebanyakan umat Islam di Semenanjung Tanah Melayu dan yang tinggal di Selatan Thailand merupakan pengikut golongan Kaum Tua(bermazhab Syafii).Mereka telah sinonim dan sebati dengan amalan2 talkin dan sepertinya.Tambahan pula,amalan2 seperti ini telah dibukukan di dalam kitab2 jawi kulit kuning yang dibacakan di pondok2 dan madrasah2 yang diasaskan oleh para Tuan Guru golongan Kaum Tua.

Ulama tersohor seperti Syeikh Daud al-Fatanitelah mengarang sendiri berpuluh2 buah kitab jawi kulit kuning.Beliau yang dianggap sebagai mujaddid di Alam Melayu juga tidak lupa membicarakan amalan2 seperti ini di dalam kitab2 karangannya.

Hakikatnya dalam masalah ini, tiada sesiapa atau tiada pihak yang boleh mendakwa bahawa pegangan merekalah yang paling betul dan paling tepat.Permasalahan bidaah amalan2 ini merupakan suatu perkara yang diperselisihkan oleh para ulama tersohor sejak lama dahulu. Contohnya Imam Syafii sendiri telah berpendapat bahawa bidaah adakalanya dipuji dan adakalanya dicela.Secara jelasnya golongan Kaum Tua ternyata lebih beruntung kerana telah mendapat tempat lebih awal di hati umat Islam di Alam Melayu.Hal ini disebabkan fahaman mereka lebih dahulu memasuki Alam Melayu berbanding fahaman Kaum Muda.

Kesimpulannya, amalan2 yang dipelopori oleh golongan Kaum Tua dan para pengikutnya ini tidak sepatutnya diganggu-gugat oleh golongan Kaum Muda.Sejarah telah membuktikan bahawa cubaan2 untuk memadamkan amalan2 ini hanya akan menimbulkan suasana huru-hara dan pecah belah dalam kalangan masyarakat.

Janganlah mana2 pihak berkata: “Puak kamulah yang sesat dan puak kamilah yang betul dalam masalah bidaah ini.”Andaikan bahawa kita terlihat ada sesuatu amalan yang dilakukan mengikut pandangan kita adalah bidaah yang menyesatkan.Mengikut pandangan satu pihak lagi,amalan tersebut adalah suatu bidaah yang baik dan terpuji.Mungkin lebih rasional jika kita mengambil jalan tengah iaitu berdiam diri sahaja.Janganlah sekali2 kita mudah menghukum dan mengkritik berlandaskan emosi semata2.Hal ini kerana jika dibiarkan berterusan sudah tentulah ia akan memecahbelahkan dan memporak-perandakan masyarakat Islam.

Bagi meredakan keadaan dan menjernihkan suasana, kita semua haruslah mengambil sikap bertolak ansur antara satu sama lain.Kita mesti beranggapan bahawa masalah bidaah ini saling tak tumpah seperti masalah2 fiqah yang lain yang masih menjadi perselisihan dalam kalangan mazhab2 fiqah.Oleh itu, adalah lebih baik jika kita mengambil jalan tengah dan menghormati pendapat masing2.

Sekiranya kita diamanahkan sebagai salah seorang daripada pemimpin masyarakat atau insan yang bergelar ulama, amalkanlah kata2 hikmat al-Syeikh Rashid Redha yang bermaksud:

“Marilah kita bekerjasama dalam perkara atau masalah yang kita sepakati hukumnya.Dalam masa yang sama, bertolak ansurlah dalam perkara atau masalah yang hukumnya menjadi perselisihan antara kita.”

Sumber:Ensiklopedia Bidaah karya Us Mohammad Subki

Comments

Popular posts from this blog

Biografi Ringkas Imam an-Nawawi رحمه الله

Makrifah Tauhid Bagi Jazam

Aurat Lelaki Ketika Solat