Kajian Dr Asmadi Mengenai Wahabi(Part Akhir)


6.0 KESIMPULAN

Sukar untuk penulis membuat kesimpulan terhadap Sheikh Muhammad Abd alWahhab dan gerakan yang mendokong pemikirannya. Dari satu sudut, kitab-kitabnya menunjukkan kekerasan pegangan sehingga boleh menyesatkan dan menggunakan kekerasan kuasa terhadap pihak lain. Namun, dalam masa yang sama didatangkan kata-katanya dalam 'al-maqallat' nya seolah-olah beliau menafikan beliau menyesatkan, atau mengkafir kaum Muslimin.

Demikian juga di kalangan pendokong gerakannya di tanah air kita kerap di dengar menyesatkan bahkan mengkafirkan pihak yang bertentangan, namun dalam masa yang sama mereka menafikan menyesatkan dan mengkafirkan orang lain!

Namun, kata-kata ulama-ulama aliran ini yang datang selepasnya seperti Sheikh Uthaimin dan Sheikh Fauzan, dengan jelas mengeluarkan ulama-ulama besar dari golongan Ahlussunnah wal Jamaah! Saya hanya mampu mengatakan aliran Najdiyyin ini bertambah 'ghuluw' dan bercanggah dengan beberapa perkara pegangan Ahlussunah wal Jamaah, namun saya masih 'reserve' pandangan saya pada membalas semula tuduhan 'sesat' dan sebagainya yang mungkin dilemparkan kepada kita yang tidak sependapat dengannya.

Pada masyarakat umum, saya menyeru berpeganglah kepada huraian al-Imam Abd alQahir bin Tahir al-Baghdadi (wafat 429H) mengenai siapakah Ahlussunnah wal Jamaah dan 'gigitlah ianya dengan geraham-geraham kita sekuat-kuatnya' dan jangan dicampur dengan amalan-amalan yang ganjil yang sememangnya ditolak oleh seluruh ulama yang haq dalam Ahlussunnah wal Jamaah. Imam al-Baghdadi Rahimahullah memperincikan lapan golongan yang termasuk dalam Ahlussunnah wal Jamaah (lihat bukunya dari halaman 240-243):

• Golongan pertama, mereka yang menguasai ilmu khususnya dalam bab Tauhid (meng-esa-kan Allah) dan kenabian, hukum-hukum wa'ad (khabar gembira) dan wa'id (ancaman siksa), pahala dan balasan, syarat-syarat ijtihad, pemerintahan dan kepimpinan. Mereka yang melalui jalan ini ialah ulama Kalam (Tauhid) yang bebas dari fahaman tasybih (menyerupakan sifat Allah dengan makhluk) dan bebas dari fahaman ta'til (yang menafikan sifat-sifat yang Azali bagi Allah SWT)), dan bebas dari bidaah al-Rafidhah, Khawarij, Jahmiah, Najariah dan seluruh pengikut bidaah dan hawa nafsu.

• Golongan kedua ialah imam-imam fiqh samada kumpulan yang cenderung pada rakyun (dalil aqal) atau hadith. Iaitu mereka yang beriktikad (berkeyakinan) pada perkara usuluddin dengan mazhab-mazhab sifat pada Allah dan pada sifat-sifatnya yang azali (membicarakan sifat-sifat Allah SWT sebagaimana sifat 20), dan mereka bebas dari fahaman Qadariah dan Muktazilah; mereka menetapkan melihat Allah Taala dengan mata (di akhirat kelak) dengan mata tanpa tasybih (menyerupakan Allah dengan makhluk), tanpa ta'til' (menafikan sifat-sifat Allah). Termasuk dalam golongan ini ialah murid-murid kepada Malik, al-Shafie, alAuza'i, al-Thauri, Abu hanifah, Ibn Abu Laila (wafat148H), sahabat-sahabat Abu Thaur (wafat240H), sahabat-sahabat Ahmad bin Hanbal (wafat241H), ahli al-Zahir, keseluruhan ulama fiqh yang beriktikad dalam bab-bab akal ini dengan prinsip-prinsip Sifat (tauhid yang membahaskan Sifat-sifat Allah). Dan mereka tidak mencampurkannya dengan apa-apa dari ahli bidaah dan hawa nafsu.

• Golongan ketiga ialah mereka yang menguasai ilmu-ilmu yang berkaitan dengan periwayatan hadith dan sunnnah yang disampaikan oleh Nabi SAW, mereka berupaya membezakan antara sahih dan cacat antaranya, mengetahui sebab-sebab 'al-jarh wa al-ta'dil' (kredibiliti seorang rawi), dan mereka tidak memasukkan ilmu mereka dengan apa-apa dari ahli bidaah dan nafsu yang menyesatkan.

• Golongan ke empat ialah kaum yang menguasai kebanyakan topik-topik sastera Arab, nahu dan saraf. Mereka berada atas jalan pakar bahasa seperti alKhalil (wafat175H), Abu 'Amr bin al-'Ala` (wafat 145), Sibawaih (wafat 180H), al-Farra' (wafat 207H), al-Akhfash (wafat 215H), al-Asma'i, al-Mazini (wafat 236H), Abu Ubaid (wafat 224H) dan seluruh imam-imam Nahu samada ulama-ulama Kufah atau Basrah, yang mana mereka tidak mencampurkan ilmu mereka dengan sesuatu dari bidaah al-Qadariah, atau Rafidhah atau Khawarij. Maka sekiranya seseorang itu cenderung ke arah nafsu yang menyesatkan, maka bukanlah ia dari golongan Ahlussunnah walaupun katakatanya adalah 'hujah' dalam ilmu bahasa dan Nahu.

• Golongan ke lima, antaranya ialah mereka yang menguasai ilmu yang berkaitan dengan jenis-jenis qiraat untuk al-Quran, dan jenis-jenis tafsiran al-19Quran, penakwilannya berdasarkan mazhab-mazhab Ahlussunnah, tanpa berpegang dengan takwilan ahli nafsu yang sesat.

• Golongan ke enam ialah, antaranya ialah para ahli zuhud sufi yang mempunyai ilmu maka jauh pandangan, yang telah dinilai maka ia diiktibarkan, mereka redha dengan hidup yang ringkas, mereka mengatahui bahawa penglihatan, pendengaran dan hati dipertanggungjawabkan terhadap kebaikan dan kejahatan; menghisab dengan neraca zarah-zarah, justeru menyediakan diri mereka dengan sebaik-baik perisapan untuk hari Kiamat. Perkataan mereka berjalan di atas dua jalan iaitu secara jelas dan isyarat di atas jalan ahli hadis, tanpa mereka 'membeli' pandangan yang mempermainkan hadis. Mereka tidak melakukan kebaikan kerana riak, tidak pula meninggalkan kebaikan kerana malu kepada orang lain. Agama mereka hanya satu dan menafikan 'pentasybihan' (menyerupakan Allah dengan makhluk), mazhab mereka ialah tafwidh (menyerahkannya) kepada Allah SWT, bertawakkal kepadanya, penyerahan kepada-Nya, tenang dengan apa yang direzekikanNya.

• Golongan ke tujuh ialah, antaranya kaum yang terikat dengan barisan hadapan peperangan dengan orang-orang kafir, berjihad melawan musuh-musuh Islam, mereka menjadi benteng melindungi umat Islam, meninggalkan isteri-isteri mereka dan negara mereka, dan menzahirkan pada barisan hadapan mereka Mazhab ASWJ.

• Golongan ke lapan ialah, antaranya kebanyakan negara-negara yang secara kebiasaannya terdapat syiar ASWJ, bukannya negara yang menzahirkan syiar ahli hawa-nafsu yang sesat.

Rujukan:

-------------- (2007). Syeikh Muhammad bin Abdul Wahhab Antara Fakta dan

Palsu (Himpunan kertas kerja Seminar Antarabangsa Syeikh Muhammad bin

Abdul Wahhab). Shah Alam: Karya Bestari.

__________, (1996). Prosiding Seminar Akidah Ahlussunnah wa al-Jama'ah.

Kajang: Badan Perkhidmatan dan Penerangan Islam (BPPI).

___________, (1994). Tokoh-Tokoh Islam (Prosiding Seminar). Kajang: Badan

Perkhidmatan dan Penerangan Islam (BPPI).

Abdul Qadeer al-Mandeely (1994). 'Syeikh Muhammad Abd. Wahhab dan

dakwahnya' dalam Tokoh-tokoh mujaddid Islam. Kajang: Badan

Perkhidmatan Penerangan Islam Selangor dan Wilayah Persekutuan (BPPI). 20

Abu Zahrah, Muhammad (1996). Tarikh al-Mazahib al-Islamiah. Kaherah: Dar alFikr al-'Arabi.

1

Al-Zuhayli, Wahbah (1999). Al-Bida' al-Munkarah,

Damsyik: Dal al-Maktabi.

Al-Baghdadi, Abd al-Qahir bin Tahir bin Muhammad. (2005) Al-Farq baina alFiraq. Beirut: Dar al-Kutub al-'Ilmiyyah.

al-Sa'di Dr. Abd al-Malik: al-Bid'ah fi al-Mafhum al-Islami al-Daqiq (2008).

Karak: Matba'ah al-Azhar.

Al-Zuhayli, Wahbah (1999). Al-Bida' al-Munkarah, Damsyik: Dal al-Maktabi

Azwira Abdul Aziz (2006) Siapakah Ahli Sunnah Yang Sebenar?. Johor Bharu:

Penerbitan Jahabersa.

Ibn Humaid al-Hanbali, Muhammad ibn Abdullah al-Najdi (t.t). al-Suhub alWabilah 'ala Daroih al-Hanabilah. (t.t): Maktabah al-Imam Ahmad.

Ismail Lutfi Fathoni (2006).Hakikat Ahli Sunnah wal Jama'ah dan Peranan

Ulamaknya. Kota Bharu: Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan.

Johari Mat et. all.(2006). Ahlussunnah wal Jamaah Arus Perdana. Kota Bharu:

Dian Darulnaim Sdn. Bhd.

Mohd Asri Zainul Abidin et.all.(2006). Al-Imam al-Syafie Kegemilangan Ilmu dan

Pemikiran (Himpunan Kertas Kerja Seminar). Shah Alam: Karya Bestari.

Mohd Yaakub bin Mohd Yunus (2006). Fahaman Wahabi Menular: Satu Analisis

Terhadap Dakwaan Yang ditimbulkan oleh Akhbar Utusan. Johor Bharu:

Penerbitan Jahabersa.

Muhammad bin Abd al-Wahhab (1979). Ma'a Aqiedatus Salaf Kitabut Tauhid

Bersihkan Tauhid Anda Dari Noda Syirik (diselenggara: Mustafa Al 'Aliem).

Surabaya: Penerbit P.T Bina Ilmu.

Muhammad Fuad Kamaluddin (2004). Wahhabisme: Dari Neraca Syara'. Rembau:

Madrasah al-Taifiqiah al- Husainiah.

Muhammad Salih Uthaimin (t.t). Liqa' al-Bab al-Maftuh. (t.t): Dar al-Watan li alNasyr

Syed Ahmad bin Syed Zaini Dahlan (2008). Permata Yang berharga: Hujah

Menolak Fahaman al-Wahhabi (terjemahan Syed Zain bin Husain alHabshi).

Zulkifli Mohamad al-Bakri (2005). Hukum Bacaan al-Quran untuk Si mati:

Adakah Sampai Pahala? Sungai Merab: Darul Fuqaha Enterprise.

Comments

Popular posts from this blog

Biografi Ringkas Imam an-Nawawi رحمه الله

Makrifah Tauhid Bagi Jazam

Aurat Lelaki Ketika Solat