Kajian Dr Asmadi Mengenai Wahabi(Part 3)


Selepas itu, beliau membahaskan satu persatu isu yang dikatakan bid'ah dan di bawah ini ringkasan pandangannya:

Isu-isu Pandangan Dr Wahbah al-Zuhayli

Takwil sifat Allah SWT

ﻣﺬهﺐ اﻟﺴﻠﻒ: إﺛﺒﺎت ﺻﻔﺎت اﻟﺒﺎري ﺑﻤﻌﺎن ﺗﻠﻴﻖ ﺑﺬاﺗﻪ ﺗﻌﺎﻟﻰ، ﻓﻨﺆﻣﻦ ﺑﺄﺳﻤﺎء اﷲ وﺻﻔﺎﺗﻪ اﻟﺤﺴﻨﻰ ﻋﻠﻰ ﻣﺮاد اﷲ، ﻣﻔﻮﺿﻴﻦ آﻴﻔﻴﺘﻬﺎ إﻟﻰ اﷲ تعالى ﻣﺬهﺐ اﻟﺨﻠﻒ: ﺗﺄوﻳﻞ هﺬﻩ اﻟﺼﻔﺎت ﺑﺤﺴﺐ ﻣﺎ ﻳﻠﻴﻖ ﺑﻜﻤﺎﻟﻪ ﺗﻌﺎﻟﻰ، وهﺬا أوﻓﻖ وأﺣﻜﻢ ﻋﻘﻼ واﻟﻔﺮﻳﻘﺎن ﻣﺘﻔﻘﺎن ﻋﻠﻰ ﺗﻨﺰﻳﻪ اﷲ ﺗﻌﺎﻟﻰ ﻋﻦ ﻣﺸﺎﺑﻬﺔ اﻟﺤﻮادث، أو ﻋﻦ اﻟﺘﺸﺒﻴﻪ واﻟﻜﻴﻒ واﻟﺘﺠﺠﺴﻴﻢ واﻟﻤﺬهﺐ اﻟﺤﻖ: إﻧﻤﺎ هﻮ اﻟﺘﻮﺣﻴﺪ، دون اﻟﺘﺸﺒﻴﻪ واﻟﺘﺠﺴﻴﻢ، ﻓﻼ ﻣﺒﺎﻟﻐﺔ ﻓﻲ اﻟﺘﺄوﻳﻞ، ﻷن ذﻟﻚ ﻳﺆدي إﻟﻰ اﻟﺘﻌﻄﻴﻞ، وﻻ ﻣﺒﺎﻟﻐﺔ ﻓﻲ اﻹﺛﺒﺎت اﻟﻈﺎهﺮي، ﻷن ذﻟﻚ ﻳﺆدي إﻟﻰ اﻟﺘﺠﺴﻴﻢ. واﻟﺘﻮﺳﻂ ﻓﻲ ذﻟﻚ: هﻮ إﻗﺮار اﻟﺼﻔﺔ، ﻣﻊ إﻋﺘﻘﺎدﻧﺎ أن ﻟﻬﺎ ﺗﺄوﻳﻼ اﺳﺘﺄﺛﺮ اﷲ ﺑﻌﻠﻤﻪ ﻣﻊ ﺗﻨﺰﻳﻪ اﻋﺘﻘﺎدﻧﺎ ﻋﻦ اﻟﺘﺸﺒﻴﻪ واﻟﺘﻌﻄﻴﻞ، وهﺬا هﻮ ﻣﺬهﺐ اﻟﺴﻠﻒ، ﻓﻴﺼﻴﺮ اﻟﺨﻼف ﻟﻔﻈﻴﺎ.

Mazhab al-Salaf: Mengithbatkan sifat al-Bari (Allah SWT) dengan makna yang layak dengan Zat-Nya Taala, maka kita beriman dengan nama-nama Allah dan sifat-sifat al-husna tersebut mengikut kehendak Allah SWT. Dan tafwidhkan (serahkan) bagaimana (kaifiah) kepada Allah SWT. Mazhab al-Khalaf: Mentakwilkan sifatsifat ini mengikut apa yang layak untuk kesempurnaan Allah SWT, dan ini lebih benar dan lebih tetap secara aqalnya.

Kedua-dua kumpulan bersepakat pada mensucikan Allah SWT dari menyerupai makhluk, atau dari tasybih, atau dari al-kaif dan dari tajsim: Mazhab yang haq ialah bertauhid tanpa tasybih dan tajsim. Tidak berlebihlebihan pada takwil, kerana ia boleh membawa kepada ta'til, dan tidak berlebih-lebihan pada menetapkan makna zahir, kerana ia boleh membawa kepada tajsim. Dan pertengahan pada perkara tersebut ialah mengiqrarkan sifat dengan berkeyakinan padanya hanya Allah sahaja yang mengetahui berserta mensucikan keyakinan kita dari tasybih dan ta'til. Maka inilah mazhab al-Salaf, maka jadilah khilaf (dengan khalaf) secara lafzi zahaja.

Penambahan dalam Tasauf

دﺧﺎﺋﻞ ﻓﻲ اﻟﺘﺼﻮف واﻟﻤﺘﺼﻮﻓﺔ اﻟﻤﺨﻠﺼﻮن ﻳﻌﻨﻮن ﺑﺬآﺮ اﷲ ﺳﺮا وﺟﻬﺮا، وﻻ ﻣﺎﻧﻊ ﻣﻦ ذﻟﻚ ﻷن ﻋﻠﻤﺎء اﻹﺳﻼم ﻗﺮروا أﻓﻀﻠﻴﺔ اﻟﺠﻬﺮ ﺑﺎﻟﺬآﺮ إذا ﺧﻼ ﻣﻦ اﻟﺮﻳﺎء، أو إﻳﺬاء ﻣﺼﻞ أو ﻗﺎرئ أو ﻧﺎﺋﻢ ﻓﺈن اﻟﺘﺰم اﻟﻤﺘﺼﻮﻓﺔ ﻣﺎ ﺟﺎء ﻓﻲ اﻟﻘﺮﺁن واﻟﺴﻨﺔ، ﻓﻼ اﻋﺘﺮاض ﻋﻠﻴﻬﻢ، وأﻣﺎ إن ﺗﻐﺎﻟﻰ ﺑﻌﻀﻬﻢ، ﻓﻘﺎل ﺑﻔﻜﺮة وﺣﺪة اﻟﻮﺟﻮد (أو اﻟﺤﻠﻮل واﻻﺗﺤﺎد ﺑﻤﻌﻨﻰ أن اﷲ ﺗﻌﺎﻟﻰ ﻗﺪ ﺣﻞ ﻓﻲ ﺟﻤﻴﻊ أﺟﺰاء اﻟﻜﻮن، أو ﺑﻤﻌﻨﻰ أن اﻟﻤﺨﻠﻮق) ﻋﻴﻦ اﻟﺨﺎﻟﻖ، أو اﺳﺘﻐﺮق ﻓﻲ ﺑﻌﺾ اﻟﺸﻄﺤﺎت اﻟﻤﻜﻔﺮة ﺑﺄﻧﻪ هﻮ اﷲ أو اﻟﺤﻖ، أو ﺷﻮﻩ ﻣﺒﺪأ اﻟﺘﻮﺣﻴﺪ، أو ﻗﺎل ﺑﺈﺳﻘﺎط اﻟﻔﺮاﺋﺾ، ﻓﻬﺬا ﻻ ﺷﻚ ﺿﻼل وآﻔﺮ ﺻﺮﻳﺢ ﻳﺨﺎﻟﻒ ﻋﻘﺎﺋﺪ اﻷﻣﺔ اﻹﺳﻼﻣﻴﺔ.

Orang-orang Tasauf yang ikhlas mementingkan zikrullah sama ada secara senyap mahupun jahar. Tidak ada halangan pada perkara tersebut kerana para ulama Islam menetapkan kelebihan zikir secara al-jahr sekiranya tiada riyak. Atau mengacau orang yang bersolat, atau orang yang tidur. Sekiranya orang tasauf itu beriltizam dengan al-Quran dan sunnah, maka tidak dibantah ke atas mereka. Namun apabila sebahagian mereka berlebihlebihan (ghuluw), dengan mengatakan wehdah al-wujud (al-hulul atau alilhad), iaitu Allah Taala telah menjelma pada setiap bahagian ala mini, atau dengan makna 'makhluk itulah alkhaliq', atau tenggelam dalam sebahagian 'kegelinciran yang menyebabkan kekufuran' seperti 'Dia adalah Allah atau al-haq', atau 'memburukkan pegangan tauhid', atau mengatakan 'diangkat perkara fardhu darinya', maka ini, tanpa ragu-ragu, adalah sesat dan kufur nyata, bertentangan dengan aqidah umat Islam.

Menyeru(Istighasah)

اﻻﺳﺘﻐﺎﺛﺔ ﺑﻐﻴﺮ اﷲ

Tidak boleh beristighathat dengan orang yang telah mati atau yang tiada di sisi.

Tabarruk dengan para orang-orang Soleh ketika mereka hidup

Tidak ada halangan bertabarruk dengan orang soleh dengan meminta doa atau berubat, namun ulama khilaf pada perkara 'bertabarruk' pada 'individu orang-orang soleh (sentuhan dan sebagainya), dan tidaklah ianya dari perkara 'bid'ah munkarah'

Baca 'basmalah' dengan 'jahar'.

Perkara khilaf dan bukan bid'ah munkarah.

Qunut solat subuh Tidak betul mengatakannya 'bid'ah'.

Mayat mendapat faedah dari bacaan al-Quran

Mayat mendapat faedah dari bacaan orang lain.

Bertawassul dengan Nabi SAW

Membenarkan tawassul dengan Nabi SAW secara umum (ketika hidup dan mati).

Menziarahi kubur Nabi SAW

Ini masalah khilafiah, tidak boleh digelar sebagai bid'ah. Jumhur ulama membenarkan kecuali Ibn Taymiyyah.

Berdoa secara berjemaah, dan majlis zikir.

Tidak boleh mengatakan bid'ah pada zikir berjemaah selepas solat di masjid dan selainnya. Yang haqnya meninggikan suara dengan berzikir dalam keadaan tidak mendatangkan 'kekacauan/ keraguan, maka berhalaqah untuk zikir adalah tidak salah.

5.0 ISU-ISU YANG TELAH DAN AKAN TERUS MENGUNDANG FITNAH

Pada pengamatan penulis, terdapat isu-isu yang akan berterusan menerjah pemikiran umat, sama ada pendokong mahupun penentang Gerakan Najdiyyin ini. Antara perkara-perkara tersebut.

1. Kata Sheikh Muhammad Abd al-Wahhab dalam kitabnya, Kasy al-Syubuhat:

Bermaksud: Fasal Ketiga: Menerangkan peng-esa-an ibadah ialah makna 'La Ilaha Illallah', sesungguhnya orang-orang kafir pada zaman Nabi SAW adalah lebih mengetahui akan maknanya daripada orang-orang yang mendakwa beragama Islam di zaman kita.

Tauhid ialah makna katamu: 'La Ilaha illah'. Adalah 'ilah' pada pandangan mereka (orang-orang kuffar tersebut): Semua perkara yang dimaksudkan untuk perkara-perkara berikut, sama ada malaikat, atau nabi, atau wali, atau pokok, atau kubur, atau jin. Mereka tidak bermaksud (mempertikaikan) bahasawanya Dia (Allah) maha pencipta, pemberi rezeki, pentadbir kerana mereka mengetahui bahawasanya kesemuanya itu untuk Allah semata-mata, sebagaimana aku katakan kepadamu. Hanyasanya, yang mereka (orang-orang kafir) maksudkan dengan al-ilah: Apa yang dimaksudkan oleh 'para musyrikin' di zaman kita dengan lafaz 'sayyid'. Maka telah datang Nabi SAW kepada mereka (orang-orang Kafir) menyeru kepada kalimah Tauhid.

Perhatikan beberapa pandangan Sheikh Muhammad Abd al-Wahhab"

1. Mereka tidak bermaksud (mempertikaikan) bahawasanya Dia (Allah) maha pencipta, pemberi rezeki, pentadbir kerana mereka mengetahui bahawasanya kesemuanya itu untuk Allah semata-mata, sebagaimana aku katakan kepadamu.

2. Hanyasanya, yang mereka (orang-orang kafir) maksudkan dengan al-ilah: Apa yang dimaksudkan oleh 'para musyrikin' di zaman kita dengan lafaz 'sayyid'.

Ini yang membawa fitnah iaitu 'menjadikan sesuatu sebagai tuan' itu sama darjat sahaja dengan kuffar. Dilaksanakan fahaman ini pada tawassul, tabarruk dan istighathat.

2. Kata-kata ulama yang menjadi antara rujukan utama aliran Najdiyyin ialah Dr Saleh bin Fauzan dalam kitabnya al-Irsyad Ila Sahih al-I'tiqad:

Bermaksud: Bahagian ini, telah mengingkarinya (inkari ayat-ayat sifat) firqah alJahmiyyah dan anak-anak murid mereka iaitu al-Mu'tazilah dan Asyairah.

Siapa firqah al-Jahmiyyah? Menurut al-Imam Abd al-Qahir bin Tahir al-Baghdadi (wafat429H) mengatakan:

Al-Jahmiyyah: Pengikut Jahm bin Safwan yang berpegang kepada manusia tergagah dan terpaksa dalam amaln mereka (tiada upaya) dan mengingkari usaha keseluruhannya, dan mendakwa syurga dan neraka pupus dan hancur…..dan mendakwa juga bahawasanya ilmu Allah SWT baharu, dan dia melarang dari menyifatkan Allah dengan sesuatuK atau hidup, atau berilmu, atau berkehendak…. Justeru, Dr Saleh Fauzan memasukkan Asyairah dan pengikut ke dalam golongan ini!

Lihat apa kata-kata Imam al-Baghdadi terhadap al-Jahmiyyah:

Sahabat-sahabat kami mengkafirkannya (Jahm bin Safwan) pada kesemua kesesatan mereka yang kami sebutkan- mereka mengangkat senjata ke atas Sultan- Dia menentang bersama-sama Suraij bin al-Harith terhadap Nasr bin Sayyar. Salim bin Ahwar al-Mazini membunuhnya pada akhir pemerintahan Bani Marwan. Pengikutnya sekarang (zaman al-Baghdadi) di Nahrawand. Telah pergi kepada mereka pada zaman ini, Ismail bin Ibrahim bin Kabus al-Syirazi al-Dili, dan beliau menyeru mereka kepada mazhab Sheikh kami Abu Hassan al-Asy'ari dan telah bersetuju sebahagian mereka dan telah menjadi mereka ahlussunnah dalam satu kesatuan, segala puji bagi Allah.

Jadi, apabila ulama ahlussunnah mengkafirkan al-Jahmiyyah, seolah-olah Asyairah juga termasuk yang dikafirkan oleh mereka. Walhal Imam al-Baghdadi berkata pula diempat baris terbawah nukilan tersebut: Telah pergi kepada mereka pada zaman ini, Ismail bin Ibrahim bin Kabus al-Syirazi al-Dili, dan beliau menyeru mereka kepada mazhab Sheikh kami Abu Hassan al-Asy'ari dan telah bersetuju sebahagian mereka dan telah menjadi mereka ahlussunnah dalam satu kesatuan, segala puji bagi Allah. Imam al-Baghdadi dengan jelas mengatakan Sheikhnya adalah al-Imam Abu Hassan al-Asy'ari dan mereka adalah ahlussunnah!

Bahawasanya: Hanyasanya, telah mengingkarinya para pembuat bid'ah daripada al-Jahmiyyah dan al-Mu'tazilah dan al-'Asyairah yang mana mereka berjalan atas jalan para musyrikin Quraisy Mekah yang kufur terhadap al-Rahman.

Kalau fatwa-fatwa ini dipegang secara taksub, maka terbukti mereka mengklasifikasikan ulama Ahlussunnah yang mengikut penafsiran Asyairah adalah sesat. Bukan setakat sesat, tapi setaraf dengan para musyrikin. Selain itu, apabila kita membuka kitab-kitab tabaqat, kita tidak akan berjumpa dengan penulis sejarah ulama-ulama yang menklasifikasikan seseorang sebagai al-Asy'ari alJahmi. Namun, Dr Salleh Fauzan telah membuat pengklasifisian nyata dengan mengkelompokkan Asyairah dalah firqah yang sesat dan musyrik. Semoga Allah SWT ampunkan dosanya.

Comments

Popular posts from this blog

Biografi Ringkas Imam an-Nawawi رحمه الله

Makrifah Tauhid Bagi Jazam

Aurat Lelaki Ketika Solat