Kesesatan Doktrin Syiah Imamiah (Bahagian 1)

Artikel ini menghimpunkan beberapa fikrah puak Syiah Imamiah Rafidhah untuk mengingatkan kaum Muslimin agar tidak terpedaya dengan kejahatan dan kefasiqan mereka.Jika ada jawapan daipada ulama Ahli Sunnah Wal Jamaah (ASWJ) akan ditulis ULASAN ASWJ.Tetapi sebelum itu elok ditulis sejarah ringkas tentang Syiah.

Menurut sumber yang mutawatir dari para ulama ASWJ bahawa aliran Syiah ini berpunca dari Abdullah b Saba’, seorang Yahudi dari Yaman.Ibunya bernama Sauda’.Ia memeluk Islam ketika pemerintahan Sayyidina Uthman b Affan.Namun ia memendam dendam kesumat terhadap Islam disebabkan kedudukan bangsanya (Yahudi) yang terhina di muka bumi Allah selepas datangnya Islam.Oleh itu dia sentiasa berpindah-randah dari bumi Hijaz, Basrah, Kufah dan Syam untuk menghasut orang Islam.Usahanya selalu menemui kegagalan di negeri2 tersebut.Akhirnya dia berpindah ke Mesir dan mendapati bahawa bumi Mesir sangat subur untuk ditanam pokok2 fitnah dan adu domba.

Imam Abd Qahir al-Baghdadi menjelaskan di dalam kitab beliau yang sangat masyhur iaitu al-Farqu baina al-Firaq bahawa Syiah (Rafidhah) berpecah kepada 20 puak.3 puak bernama Zaidiyyah, 2 puak bernama Kisaniyyah dan 15 puak bernama Imamiyyah.

Puak2 Kisaniyyah sangat banyak pecahannya tetapi boleh dikategorikan kepada dua puak:
1.Meyakini Muhammad b al-Hanafiyyah masih hidup dan tidak mati dan dialah Imam Mahdi yang ditunggu2.
2.Meyakini keimamannya, tetapi beliau mati.

Puak2 Zaidiyyah:
3.Jarudiyyah
4.Sulaimaniyyah (Haririyyah)
5.Batriyyah

Puak2 Imamiyyah:
6.Kamiliyyah               7.Muhammadiyyah                 8.Baqiriyyah               
9.Nawusiyyah             10.Syumaitiyyah                     11.Ammariyyah
12.Ismailiyyah             13.Mubarakiyyah                    14.Musawiyyah          
15.Qat’iyyah               16.Ithna Asyariyyah (12 imam Ma’sum) 17.Hisyamiyyah
18.Zurariyyah              19.Yunusiyyah                        20.Syataniyyah

Puak2 syiah ini rata2nya sudah pupus tenggelam zaman.Namun yang masih subur berkembang ialah Syiah IMAMIYYAH ITHNA ASYARIYYAH (12 imam) lebih2 lagi sekarang sudah ada negara dan mempromosikan pesta seks MUT’AH yang sangat digemari remaja kini. 

A.    Doktrin Syiah Imamiah berkaitan al-Quran

Al-Kulaini (Syiah) berkata dalam kitab Usul al-Kafi: “Daripada Abi Ja’afar, bahawa beliau berkata: “Tiada seorang pun yang mampu mendakwa bahawa dia mempunyai keseluruhan al-Quran sama ada zahir atau batinnya kecuali Awsiya’ (para Imam Syiah Imamiah).”

ULASAN ASWJ: “Ibnu Qudamah r.a berkata: “Tiada perselisihan antara kaum Muslimin bahawa orang yang mengingkari satu surah, satu ayat, satu kalimah atau satu huruf dari al-Quran, disepakati bahawa dia adalah kafir.”

Dalam kitab al-Quran fi Kalam al-Imam al-Khomeini m/s 84: “Khomeini menyeru kepada seluruh Halaqah Ilmu dan para cendekiawan SYIAH supaya bangkit menyelamatkan al-Quran dari kejahatan orang2 jahil dan serangan para ulama yang brutal lagi sembrono (al-mutahtakin)”.

ULASAN ASWJ: “Kita dianggap menyembah Allah dengan cara bodoh dan para ulama ASWJ dituduh manusia zalim brutal menyerang kesucian al-Quran dengan sengaja dan dalam pengetahuan mereka.ASWJ menegaskan sesiapa yang mempercayai bahawa al-Quran telah diselewengkan sama ada dengan berlaku penambahan atau pengurangan di dalamnya, maka dia adalah kafir kerana mendustakan Allah dan Rasul.” 

B.     Contoh Penyelewengan Syiah Imamiah Terhadap Ayat al-Quran

Al-Kulaini juga dalam kitab Usul al-Kafi menambah ayat Quran seperti berikut:
 ومن يطع الله ورسوله (في ولاية علي وولاية الأئمة من بعده) فقد فاز فوزا عظيما

Ayat diseleweng ini membawa maksud: “Sesiapa yang taat kepada Allah dan RasulNya pada perkara berkaitan wilayah (kekuasaan) Ali dan wilayah imam2 selepasnya, maka dia telah berjaya dengan kejayaan yang besar.” Demikianlah menurut Syiah ayat ini diturunkan.

Dalam kitab yang sama dinyatakan: “Kemudian Abu Abdullah berkata: “Di sisi kami terdapat Mushaf Fatimah.Tahukah mereka apakah Mushaf Fatimah itu? Katanya, aku bertanya, Apakah Mushaf Fatimah itu? Jawabnya, “Ia adalah sebuah mushaf yang terdapat di dalamnya seumpama Quran kalian ini, tiga kali ganda banyaknya.Demi Allah, tidak terdapat di dalamnya walau satu huruf pun daripada Quran kalian.”

ULASAN ASWJ: Surah al-Ahzab ayat 71 sebenar yang termaktub dalam al-Quranul Karim:
ومن يطع الله ورسوله فقد فاز فوزا عظيما

Berkata Qadhi ‘Iyadh r.a dalam al-Syifa: “Sesungguhnya segala yang terkandung di dalam al-Quran adalah benar.Sesiapa yang mengurangi darinya satu huruf dengan niat, atau menukar tempatnya dengan satu huruf yang lain, atau menambah di dalamnya satu huruf yang tidak terkandung dalam mashaf yang berlaku ijma’ para sahabat ke atasnya, dan telah disepakati bahawa huruf tersebut bukannya dari al-Quran secara sengaja, bagi kesemuanya ini, dia jatuh kafir.”


C.     Doktrin Syiah Imamian Berkaitan Allah Taala

Syiah berkata dalam kitab al-Lawami’ an-Nuraniyyah m/s 489: “Daripada Abu Abdullah berkata: “Aku mendengar Allah berfirman: “Setiap sesuatu akan binasa kecuali wajahNya.” Abu Abdullah berkata: “Kami (para Imam Syiah) adalah wajah Allah Taala.”

ULASAN ASWJ: “Berkata Imam at-Tohawi r.a dalam mengungkapkan akidah Ahli Sunnah wal Jamaah: “Sesiapa yang mensifatkan Allah dengan satu sifat daripada sifat2 manusia, maka dia telah menjadi kufur.”

D.    Doktrin Syiah Imamiah Berkaitan Nabi Muhammad SAW dan Para Nabi A.S

Syiah berkata dalam kitab al-Anwar an-Nu’maniah juzu’ 1 m/s 32: “Ketahuilah, bahawa tiada khilaf antara Ashab kami tentang kemuliaan Nabi kami SAW atas sekalian para Nabi kerana terdapatnya khabar2 yang mutawatir mengenainya.Hanya, yang menjadi khilaf antara mereka ialah mengenai kelebihan Amirul Mukminin dan para Imam yang suci atas sekalian para Nabi kecuali nenda mereka, Nabi Muhammad SAW.Satu jamaah berpendapat bahawa mereka (Amirul Mukminin dan para Imam) lebih mulia daripada para Nabi kecuali Ulul Azmi.Mereka (Ulul Azmi) lebih mulia daripada para Imam.Namun sebahagian jamaah menyamakan dua golongan ini.Kebanyakan Mutaakhirin menyatakan bahawa para imam lebih mulia daripada Ulul Azmi dan selain mereka, dan ini adalah pendapat yang paling benar.”

ULASAN ASWJ: “Berkata Imam at-Tohawi r.a dalam mengungkapkan aqidah Ahli Sunnah wal Jamaah: “Kami tidak mengutamakan seorang pun daripada para wali atas seorang pun daripada para Nabi A.S.Bahkan kita mengatakan bahawa seorang Nabi itu lebih utama daripada seluruh para wali.”

E.     Doktrin Syiah Imamiah Berkaitan Ahli Bait

Syiah menghina Rasulullah SAW dan Sayyidah Fatimah r.anha seperti disebut tokoh mereka, al-Majlisi dalam kitab Biharul Anwar juzu’ 43 m/s 46: “Daripada Huzaifah: “Rasulullah SAW tidak akan tidur sehinggalah Baginda mencium pipi Fatimah atau mencium di antara dua payu daranyaterlebih dahulu.” Daripada Ja’far ibn Muhammad: Nabi SAW ketika malamnya, tidak akan tidur sehinggalah Baginda SAW meletakkan muka Baginda di antara dua payu dara Fatimah.”

ULASAN ASWJ: “Sayyidah Fatimah adalah seorang perempuan yang telah baligh.Adakah diterima akal Rasulullah SAW meletakkan mukanya antara dua payu dara Fatimah?!Berkata Qadhi ‘Iyadh dalam al-Syifa: “Mencaci ahli keluarga Nabi SAW, isteri2 dan sahabat2 Baginda SAW serta merendah2kan mereka adalah haram dan pelakunya dilaknat.”

Sebagaimana Syiah berkata dalam kitab Uyun Akhbar al-Ridha m/s 180-181: “Berkata al-Ridha: “Bahawa (pada suatu hari) Nabi SAW pergi ke rumah Zaid b Harithahkerana suatu tujuan.Maka Nabi SAW melihat isteri Zaid sedang mandi, lantas Nabi SAW bersabda kepadanya, “Maha Suci Allah yang menciptakanmu!”

ULASAN ASWJ: “Adakah Rasulullah SAW melihat kepada isteri seorang Muslim, kemudian bersyahwat dan terpesona dengannya?Kemudian itu pula, Baginda SAW berkata kepadanya, Maha Suci Allah yang telah menciptakanmu?Tidakkah ini merupakan fitnah dan tohmahan terhadap Rasullah SAW?Berkata Muhammad ibn Sahnun r.a: “Telah ijma’ ulama bahawa orang yang mencaci Nabi SAW dan mengurangkan kedudukan Baginda SAW adalah kafir, akan dibalas dengan azab Allah, dan hukumannya di sisi umat Islam ialah bunuh.Sesiapa yang merasa syak atau ragu dengan hukuman kufur dan azab yang akan dibalas ke atasnya adalah kufur.”

  1. Pembongkaran Pembohongan dan Pengkhianatan Syiah Kufah Yang Merupakan Nenek Moyang Pengikut Syiah Imamiah Terhadap Ahli Bait
Dalam kitab al-Ihtijaj juzu’ 2 m/s 353 dinyatakan kekecewaan Imam Ali Zainal Abidin terhadap Syiah Kufah seperti berikut: “Whai sekalian manusia, aku bersumpah dengan nama Allah! Adakah kalian mengetahui bahawa kalian telah berjanji dengan ayahandaku (Sayyidina Husain r.a) namun kalian telah membohonginya dan kalian telah memberikan janji dan bai’ah yang kononnya benar2 datang daripada diri kalian?Namun, setelah itu kalian memeranginya dan meninggalkannya!Maka celakalah kalian atas apa yang telah kalian lakukan terhadapnya.Dengan mata yang manakah kalian akan memandang Rasulullah SAW ketika Baginda SAW berkata kepada kalian: “Kalian telah membunuh keluargaku, kalian telah mencabul kemuliaanku.Kalian bukanlah dari umatku!”

ULASAN ASWJ: “Petikan nas di atas menjelaskan kepada kita siapakah sebenarnya pembunuh Sayyidina Husain r.a.Mereka itu adalah penyokongnya (Syiah) dari penduduk Kufah iaitu nenek moyang Syiah Imamiah hari ini.Maka kenapakah pula mereka meletakkan tanggungjawab pembunuhan Husain r.a kepada Ahli Sunnah?Oleh kerana itulah, Sayyid Muhsin al-Amin mengatakan: “Sebanyak 20000 penduduk Iraq yang membai’ah Husain r.a.Tetapi mereka itulah yang telah mengkhianati dan memberontak ke atasnya.Mereka telah membai’ahnya dan kemudian membunuhnya.”

Comments

Popular posts from this blog

Biografi Ringkas Imam an-Nawawi رحمه الله

Makrifah Tauhid Bagi Jazam

Aurat Lelaki Ketika Solat