Kesesatan Doktrin Syiah Imamiah (Bahagian Akhir)

(Sambungan)  A. Doktrin Syiah Imamiah Berkaitan Para Sahabat
Al-Majlisi (Syiah) dalam kitab Biharul Anwar juzu’ 69 m/s 90 berkata: “Daripada hamba Ali ibn al-Husain berkata: “Aku pernah bersama dengannya dalam sebahagian khalwatnya, maka aku berkata, “Sesungguhnya aku ada hak ke atas tuan.Bolehkah tuan memberitahuku tentang dua orang lelaki ini, (iaitu) Abu Bakar dan Umar? Maka Ali ib Husain berkata: “Kedua2nya adalah kafir, dan kafir (juga) orang yang mengasihi kedua2nya.”

ULASAN ASWJ: “Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Abu Bakar r.a dan Umar r.a merupakan penghulu golongan dewasa ahli syurga dari kalangan manusia yang terawal dan terkemudian, selain para Nabi dan Rasul.”

Syiah dalam kitab al-Anwar al-Nu’maniyyah juzu’ 1 m/s 62 berkata: “Sesungguhnya telah diriwayatkan dalam hadis2 yang khusus bahawa Abu Bakar sering solat di belakang Rasulullah SAW dalam keadaan berhala tergantung di lehernya, dan sujud Abu Bakar adalah kepada berhala tersebut.”

ULASAN ASWJ: “Rasulullah SAW bersabda: “Sesungguhnya orang paling berjasa kepadaku dengan ikatan persahabatan dan dukungan hartanya adalah Abu Bakar r.a.Seandainya aku boleh memilih seorang khalil (kekasih) selain Tuhanku nescaya aku akan jadikan Abu Bakar r.a sebagai khalilku.” (Sahih Muslim)

Antara doa Syiah: “Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.Ya Allah, limpahkanlah rahmat ke atas Nabi Muhammad dan ahli keluarga Nabi Muhammad.Ya Allah, laknatilah ke atas dua BERHALA QURAISY (Abu Bakar dan Umar), dua berhala mereka, dua syaitan mereka dan dua anak mereka (Aisyah dan Hafsah) yang telah melanggar perintahMu, mengkufuri nikmatMu, mengkhianati RasulMu, menukar agamaMu, memesongkan KitabMu dan mengasihi musuh2Mu…..”

ULASAN ASWJ: “Daripada Salim ibn Abi Hafsah berkata: “Aku telah bertanya kepada Muhammad al-Baqir dan anaknya Ja’far al-Sadiq tentang Abu Bakar dan juga Umar r.a. Kedua2nya menjawab: “Wahai Salim, hendaklah engkau mentaati kedua2nya dan berlepas diri daripada orang yang memusuhi mereka, sesungguhnya kedua2nya adalah pemimpin yang diberi petunjuk.”   

Syiah Imamiah mengkafirkan majoriti sahabat seperti dalam kitab Rijal al-Kisysyi m/s 14: “Daripada Abu Ja’far berkata: “Manusia selepas kewafatan Nabi menjadi murtad kecuali 3 orang.Aku (perawi) bertanya, “Siapakah 3 orang itu?” Maka jawabnya, Al-Miqdad ibn al-Aswad, Abu Zar al-Ghifari dan Salman al-Farisi.”

ULASAN ASWJ: “Sabda Nabi SAW yang bermaksud: “Janganlah kalian mencela sahabat2ku. Demi diriku yang berada di dalam kekuasaanNya, sekiranya seseorang kamu membelanjakan emas setinggi gunung Uhud pun, tetap juga tidak akan menyamai satu cupak atau setengah cupak sedekah daripada sahabat2 Nabi SAW (kerana keikhlasan mereka).”

Syiah juga dakwa Sayyidina Umar r.a perkosa Ummu Kalthum r.anha sebagaimana disebut dalam Furu’ul Kafi m/s 774: “Daripada Abi Abdullah mengenai perkahwinan Ummu Kalthum, maka katanya: “Sesungguhnya ini adalah suatu pemerkosaan.”

ULASAN ASWJ: “Kami ingin bertanya kepada orang yang mengeluarkan kata2 tersebut: Adakah Umar r.a mengahwini Ummu Kalthum r.anha dengan pernikahan mengikut hokum syara’ ataupun melalui perkosaan?Sesungguhnya perkataan yang disandarkan kepada al-Sadiq r.a jelas maknanya.Adakah benar al-Sadiq r.a mengeluarkan kata2 batil seperti ini mengenai puteri Ali al-Murtadha r.a?

Kalaulah benar Umar r.a memperkosa Ummi Kalthum r.a, bagaimana ayahandanya yang merupakan seorang yang digelar Asad Allah (Singa Allah) boleh merelakan dan membiarkannya?!

Apabila kita membaca dalam al-Raudhah al-Kafi hadith Abi Basir dengan perempuan yang menemui Abu Abdullah r.a yang bertanyakan tentang Abu Bakar dan Umar r.a, maka beliau berkata kepadanya, “Berilah ketaatan kepada mereka berdua.” Perempuan itu berkata, “Apabila aku bertemu dengan Tuhanku nanti, aku katakana bahawa kamulah yang menyuruh aku memberikan ketaatan kepada mereka.” Jawabnya, “Ya.”

Adakah orang yang menyuruh supaya diberikan ketaatan kepada Umar r.a, menuduhnya merogol atau memperkosa seorang perempuan Ahli Bait??”

  1. Ekstemisme Dalam Fahaman Syiah Imamiah Terutamanya Berkaitan IMAMAH
Berkata al-Khomeini dalam kitab al-Hukumah al-Islamiah m/s 52: “Thabitnya wilayah bagi Imam tidak semestinya bermakna imam tidak mempunyai kedudukan di sisi Allah dan menjadikannya seperti pemerintah2 yang memusuhinya.Sesungguhnya bagi imam itu maqam yang terpuji dan darjat yang tinggi serta khilafah bentukan yang tunduk seluruh isi ala mini kepada wilayah dan kekuasaanya.Antara perkara yang diketahui umum dalam mazhab kami ialah imam2 kami mempunyai kedudukan yang tidak sampai kepada kedudukan tersebut malaikat yang hampir dengan Allah ataupun Nabi yang diutuskan”

ULASAN ASWJ: “Imam Ja’far al-Sadiq r.a berkata: “Demi Allah, kami hanyalah hamba2 Allah, kami tidak berkuasa untuk mendatangkan mudharat atau manfaat.Sekiranya kami dirahmati maka rahmat itu daripada Allah, sekiranya kami diseksa itu juga daripada Allah, dan kami tidak mempunyai hujjah ke atas Allah.”

  1. Doktrin Syiah Imamiah Mengkafirkan Kumpulan Selain Mereka
Syiah dalam kitab Al-Anwar an-Nu’maniah juzu’ 2 m/s 243 berkata: “Saya katakan: Maka golongan Asya’irah (ASWJ) tidak mengenal Tuhan mereka dalam rupa yang sebenar, bahkan mereka mengenaliNya dalam rupa yang tidak benar.Maka tiada bezanya pengenalan mereka ini dengan pengenalan orang2 kafir.”

ULASAN ASWJ: “Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Tidaklah seseorang melemparkan tuduhan fasiq ataupun kafir terhadap seseorang melainkan tuduhan tersebut akan kembali kepadanya jika orang yang dilemparkan tuduhan tersebut tidak sedemikian.”

  1. Doktrin Syiah Imamiah Berkaitan Nikah Mut’ah
Syiah mendakwa Nabi SAW melakukan mut’ah seperti dalam kitab Wasail al-Syiah juzu’ 14 m/s 486: “Berkata al-Sadiq: Sesungguhnya aku benci lelaki yang mati dalam keadaan masih ada perbuatan2 Rasulullah SAW yang masih belum dilakukannya (mut’ah). Maka aku (perawi) bertanya, “Adakah Rasulullah SAW melakukan mut’ah?” Jawabnya, “Ya,” lalu dia membaca ayat 2 hingga 5 surah at-Tahrim.”

Dalam kitab Syiah Man La Yahdhurhu al-Faqih juzu’ 3 m/s 304 disebut: “Diriwayatkan: Tidak sempurna iman seorang Mukmin sehinggalah dia bermut’ah.”

  1. Doktrin Syiah Imamiah Berkaitan Imam Mahdi
Dalam kitab Biharul Anwar m/s 509 disebut: “Sesungguhnya Allah Yang Maha Mulia lagi Maha Tinggi mengutuskan Muhammad SAW sebagai pembawa rahmat, manakala al-Mahdi sebagai pembawa seksaan.”

ULASAN ASWJ: “Di manakah kebenaran kenyataan Syiah Imamiah ini dengan hadith Rasulullah SAW ini? yang bermaksud: “Jika tidak tinggal dari dunia ini kecuali sehari sahaja, nescaya Allah memanjangkan hari itu sehingga Dia membangkitkan pada hari itu seorang lelaki dari keturunanku atau dari kalangan Ahli Baitku, yang bersamaan namanya dengan namaku, nama bapanya dengan nama bapaku.Dia akan memenuhi bumi ini dengan kebenaran dan keadilan sebagaimana bumi ini telah dipenuhi dengan kezaliman dan kejahatan sebelumnya.”

Bagaimana Imam Mahdi mampu menegakkan keadilan sekiranya beliau diutuskan untuk membawa balasan dan seksaan sepertimana yan diiktiqadkan oleh Syiah Imamiah??”

  1. Doktrin Syiah Imamiah Berkaitan Ahli Sunnah wal Jamaah dan Imam Mazhab Empat
Dalam kitab Syiah, Kazabuu ‘Ala al-Syiah m/s 279 disebut: “Sekiranya orang2 yang mendakwa Islam dan mengikut Sunnah mencintai Ahli Bait sudah pastilah mereka akan mengikut mereka dan tidak mengambil hukum-hakam agama mereka daripada golongan yang menyeleweng seperti Abu Hanifah, Syafii, Malik dan Ibnu Hanbal yang tidak seorang pun daripada mereka yang pernah melihat Rasulullah SAW dan mereka tidak menaqalkan daripada Baginda SAW sedikit pun hadis dan sunnah Baginda SAW.”

Dalam kitab yang sama m/s 88 disebut: “Imam2 Mazhab Empat mereka itu menyeleweng daripada Ahli Bait.Maka di manakah hujjah bagi kesetiaan yang dusta ini?”

ULASAN ASWJ: “Syiah Imamiah mentohmah Imam2 mazhab yang empat menyeleweng daripada Ahli Bait.Lupakah mereka bahawa Imam Abu Hanifah dan Imam Malik r.a sangat memuliakan Imam Muhammad al-Baqir dan Imam Ja’far al-Sadiq r.a?Lupakah mereka bahawa Imam Syafi’i r.a amat mengasihi dan mencintai Ahli Bait sehingga beliau sendiri dilemparkan tuduhan sebagai Syiah Rafidhah?”

  1. Doktrin Syiah Imamiah Mengenai Taqiyyah
Dalam kitab Usul al-Kafi m/s 449 disebut: “Daripada Habib b Bisyr berkata: Berkata Abu Abdullah: Aku mendengar ayahandaku berkata: “Demi Allah!Tiada suatu perkara di muka bumi ini yang lebih aku sukai daripada taqiyyah.Wahai Habib, sesungguhnya sesiapa yang bertaqiyyah, nescaya Allah mengangkat darjatnya.Wahai Habib, sesiapa yang tidak bertaqiyyah, nescaya Allah akan merendahkan darjatnya…..”

ULASAN ASWJ: “Imam Malik r.a ditanya mengenai Syiah Rafidhah, maka beliau menjawab: “Jangan kamu bercakap dengan mereka, atau membalas perbualan mereka.Sesungguhnya mereka adalah pembohong.”

Dalam Usul al-Kafi m/s 451 Syiah menyebut: “Daripada Mu’ammar b Khalad, beliau berkata: Aku bertanya Abu al-Hasan tentang kebangkitan untuk mengadakan rampasan kuasa.Maka beliau berkata: Berkata Abu Ja’far: “Taqiyyah adalah sebahagian daripada agamaku dan agama nenek moyangku, tidak beriman bagi orang yang bertaqiyyah.”

ULASAN ASWJ: “Imam Syafi’i r.a berkata: “Aku tidak pernah melihat seseorang yang lebih melazimi penyaksian palsu daripada golongan Syiah Rafidhah.”

Rujukan:
1)      Doktrin Syiah Imamiah; Dato’ Hj Muhammad Fuad b Kamaludin
2)      Apa Kata Ulama Syiah Di Dalam Kitab Mereka?; U. Farhan Mujaddidi b Hj Hasyiri




Comments

Popular posts from this blog

Biografi Ringkas Imam an-Nawawi رحمه الله

Makrifah Tauhid Bagi Jazam

Aurat Lelaki Ketika Solat