Tenangkanlah jiwamu

ارح نفسك من التدبير فما قام به غيرك عنك لا تقم به لنفسك

“Tenangkanlah jiwamu dari urusan keperluan dunia sebab apa yang telah dijanjikan oleh Allah maka janganlah kamu ikut memikirkannya”.

Masalah atau perkara2 yang belum terjadi janganlah kita fikirkan sehingga mengakibatkan jiwa dan fikiran kita akan menjadi risau.Yang nantinya akan membuat peluang bagi syaitan menggoncangkan iman kita.Misalnya berangan2 mengenai makan besok, bulan yang dating atau keperluan ini dan itu. Sebetulnya hal itu semua ada di tangan Allah.Manusia tak perlu risau.Sebaiknya bertawakkallah kepada Allah dengan sebenar-benar tawakkal pasti janji Allah akan kamu temui.

Perhatikan hadis Rasulullah saw yang telah diriwayatkan oleh Imam Tirmizi sebagai berikut:

لو انكم تتوكلون على الله حق توكله لرزقكم كما يرزق الطير تغدوا خماصا وتروح بطانا

“Sendainya kamu semua bertawakkal kepada Allah dan berserah diri sepenuhnya, maka kamu akan mendapat rezqi seperti rezqinya burung2 di waktu pagi2 dalam keadaan lapar, dan kembali serta dengan perut kenyang.

Dan firman Allah dalam surah at-Tolaq ayat 3:

ومن يتوكل على الله فهو حسبه

“Barangsiapa yang bertawakkal(berserah) diri kepada Allah maka Dia mencukupi keperluannya”.

Kalau kita sudah meresapi Hadis dan ayat Quran tersebut maka timbullah ketenteraman dalam jiwa, yakni ketenangan di dunia hingga ketenangan di akhirat.

Dengan ketenangan jiwa itulah manusia hidup dan kelak di akhirat ia akan mendapat panggilan Allah iaitu panggilan yang penuh kasih saying.

يا ايتها النفس المطمئنة ارجعي الى ربك راضية مرضية فادخلي في عبادي وادخلي جنتي

“Wahai jiwa yang tenang.Kembalilah kepada Tuhanmu dengan hati yang puas lagi diredhoinya.Maka masuklah ke dalam jamaah hamba2Ku dan masuklah ke dalam syurgaKu”

Comments

Popular posts from this blog

Biografi Ringkas Imam an-Nawawi رحمه الله

Makrifah Tauhid Bagi Jazam

Aurat Lelaki Ketika Solat