Peranan Ahlul Bait di Nusantara

Sejarah Islam telah berkali-kali membuktikan bahawa ramai ahlul bait terpilih di zaman mereka sebagai pahlawan yang digeruni, penguasa yang semula jadi, ulamak yang luhur, pendita yang karamah, karyawan yang unggul dan da'i yang mukkhlisin.Hanyasanya yang membezakan di antara mereka ialah pengkhususan atau kepekatan pada sesetengah sifat sementara sifat2 unggul lain pada diri mereka terpendam pada darah daging.Sesetengah ahlul bait seperti Sayyidina Ali teristimewa pada sifat kepahlawanannya dan ilmu ladunni serta firasat yang dianugerahkan Allah Taala padanya.

Ali Zainal Abidin, Jaafar As-Sadiq, Muhammad al-Baqir dan yang terkehadapan seperti para Wali Songo serta Habib Nuh(di Singapura) merupakan para pendakwah dan pendita yang penuh karamah.Syeikh Abd Qadir al-Jailani, wali agung dan seorang lagi ahlul bait terkemuka yang cukup dikenali sebagai ketua wali2 oleh para sufi. Syeikh Nizamuddin Muhammad, Syeikh Asyraf Ali Thanwi dan Sayyid Abd Rahman al-Idrus(Tokku Paloh) pula merupakan di antara ulamak yang mendalam ilmu agamanya dan tinggi taraf kewalian mereka.Sayyid Abu Hassan Ali-an-Nadwi, Syeikh Daud bin Abdullah al-Fatani, Raja Haji Ahmad dan puteranya Raja Ali Haji (Riau) merupakan ahlul bait Rasulullah SAW yang dikurniakan kelebihan dalam bidang penulisan dan menjadi karyawan2 yang unggul dan termasyhur.

Ali al-Uraidhi, Ahmad Shah Jalal dan raja2 dari kesultanan Nusantara lama seperti Syarif Ali (pengasas kesultanan Brunei), Syarif al-Hasyim(pengasas kesultanan Sulu) dan Syarif Muhammad Kebungsuwan merupakan contoh penguasa semula jadi yang bertakhta di hati rakyat.Musa al-Ja'un, Syarif 'Ali Alawi dari Hadhramaut, Sayyid Jamaluddin al-Hussein dan 'Ali Nurul-Alam pula dikenali dalam sejarah sebagai para ahlul bait yang bertaraf 'patriach' atau pengasas keturunan, iaitu melahirkan jurai2 salasilah yang ramai.Di antara anak cucu para pengasas keturunan ini ramai yang kemudiannya menjadi raja yang memerintah dan mubaligh2 yang bertebaran di serata pelosok alam.

Maka atas kepentingan peranan serta jasa yang dicurahkan oleh golongan mubaligh dan alim ulamak ahlul bait awwalun yang datang ke Alam Nusantara di antara abad ke 14-17M, mereka sering diberi pengiktirafan, kemuliaan serta penghormatan dari pemerintah dan rakyat jelatasehingga dikurniakan kedudukan tinggi dalam hirarki masyarakat.Sesetengah dari mereka mendapat kedudukan yang tertinggi seperti menjadi wazir, mufti, kadhi dan imam negeri. Sesetengahnya pula dikurniakan daulah kesultanan oleh pemuka2 masyarakat pribumi yang didakwhkannya melalui perkahwinan dengan puteri pemerintah yang mempunyai gelaran kemuliaan atau bangsawannya sendiri.Anak yang lahir dari perkahwinan ini langsung mengambil gelaran kemuliaan dari nasab bondanya. Asimilasi menjadi sempurna apabila bukan sahaja rupa, budaya, dan pemikiran diadaptasi dan disebatikan dengan masyarakat tempatan, bahkan gelaran Syarif, Sayyid atau Habib yang memberikan identiti sebenar mereka juga turut ditinggalkan. Sebilangan ahlul bait yang lain pula terus dinaikkan takhta sebagai raja pertama dari dinasti Bani Hasyim yang mengamalkan pemerintahan berdasarkan gagasan MELAYU ISLAM BERAJA.

Comments

Popular posts from this blog

Biografi Ringkas Imam an-Nawawi رحمه الله

Makrifah Tauhid Bagi Jazam

Aurat Lelaki Ketika Solat