Antara tanda bangga dengan amal

من علاملة الاعتماد عللى العمل نقصان الرجاء عند وجود الزلل

“Sebahagian dari tanda2 orang yang selalu membanggakan amal perbuatannya ialah kurang pengharapan terhadap rahmat Allah ketika terjadi kelalaian pada dirinya”

Dua sifat yang ada pada jiwa manusia semenjak ia lahir dari kandungan ibunya sampai menuju ke tempat terakhir iaitu sifat silap dan lupa.Kecuali Nabi Muhammad saw yang terhindar dari 2 sifat tersebut kerana beliau telah dianugerahi sifat maksum oleh Allah.Ertinya beliau terjaga dari berbagai macam sifat yang tercela.

Oleh sebab itu kita sebagai makhluk yang dhoif selalu diharuskan untuk mengharapkan kurnia dan ampunan kapada Allah meskipun kita tidak mempunyai kesalahan.Lebih2 kita menanggung dosa atau salah, maka hendaklah kita mohon ampunan kepadaNya.Allah berfirman:

يا ايها الذين ءامنوا توبوا اللى الله توبة نصوحا

“Wahai orang2 yang beriman bertaubatlah kepada Allah dengan taubat nasuha(yang betul2)”(at-Tahrim:Cool

Panggilan ayat tersebut di atas ditujukan kepada orang2 yang beriman yang mempunyai salah atau tidak maka diharuskan baginya untuk selalu memohon ampunan kepadaNya.

Kita sebagai manusia yang beriman itu jangan sekali-kali mempunyai anggapan bahawa orang yang berbuat dosa itu tidak mendapat ampunan dari Allah serta tidak akan dimasukkan ke dalam syurga kelak.Anggapan yang demikian ini tidaklah benar dalam syariat Islam.

Jika ada orang yang berbuat dosa lantas enggan mengharap rahmat Allah bererti orang tersebut kurang adanya pengharapan terhadap rahmat Allah.Dan timbullah suatu sifat membanggakan diri atas amal perbuatannya serta mengenyampingkan sifat2 Allah yang Maha Rahman dan Maha Rahim.

Allah swt menganjurkan kepada manusia yang beriman untuk tidak berputus asa dalam mengharap rahmat Allah.Firman Allah:

ولا تايئسوا من روح الله انه لا يايئس من روح الله الا القوم الكافرون

“Dan janganlah kamu berputus asa dari (mengharap) rahmat Allah.Sesungguhnya tiada berputus asa dari (mengharap) rahmat Allah itu melainkan kaum yang kafir”(Yusuf:87)

Sifat putus asa adalah sifat yang dipunyai orang2 kafir kerana ia tidak mempercayai adanya sifat2 Allah yang mulia seperti الرزاق (Yang member rezeki), الوهاب (Yang member nikmat), الغفور (Yang Maha Pengampun)

Comments

Popular posts from this blog

Biografi Ringkas Imam an-Nawawi رحمه الله

Makrifah Tauhid Bagi Jazam

Aurat Lelaki Ketika Solat