Taqdir dan Usaha

Dan mereka itu (ahli sihir) tidak memberi mudharat dengan sihirnya kepada seorangpun, kecuali dengan izin Allah.(surah al-Baqarah:102)

Dan kamu tidak mampu (menempuh jalan itu), kecuali bila dikehendaki Allah.(al-Insan:30)

Perniagaan, perkilangan, pengajian dll walau sekuat manapun usahanya tidak mampu untuk melawan taqdir Allah yang telah ditetapkan.Makna kalam hikmah ini: “Wahai anak Adam, berusahalah sebagaimana yang kamu mampu dan mahu tetapi ketahuilah ia tak akan lari daripada qada’ dan qadar Allah.Kena faham apa itu qada’ dan qadar.

Rezeki kita telah tertulis di dalam ilmu Allah.Namun ini tak bermakna kita tak perlu berusaha dan beramal.kita diajar oleh Rasulullah SAW untuk mengucapkan La Haula Wala Quwwata Illa Billah.Tidak daya upaya untuk mengelakkan maksiat dan tiada kekuatan untuk melaksanakan taat kecuali dengan izin Allah.

Kita disuruh apabila kita lapar untuk makan, apabila dahaga kita minum.Apabila sakit pula disuruh berubat.Namun begitu kita perlu yakin yang member kesan hanyalah Allah swt.Allah sahaja pencipta sgalanya.Kita disuruh dan ditegah tentang sesuatu perkara namun kita perlu yakin segala2nya tak akan berlaku kecuali dengan kehendak Allah.

Ingat wasiat Rasulullah daripada hadis Abu Hurairah:

استعن بالله ولا تعجز. وان اصابك شيء فلا تقل لو اني فعلت كذا لكان كذا, فان لو تفتح عمل الشيطان.و لكن قل قدر الله وما شاء فعل-رواه مسلم

“Mintalah pertolongan kepada Allah dan jangan mengeluh.Apabila kamu ditimpa musibah jangan mengatakan kalaulah aku melakukan begini nescaya jadi begini.Kerana kalimah lau(Kalaulah) membuka pintu bisikan syaitan.Tetapi katalah Allah telah mentaqdirkan segalanya dan apa yang dikehendakiNya pasti berlaku.(HR Imam Muslim)

Comments

Popular posts from this blog

Biografi Ringkas Imam an-Nawawi رحمه الله

Makrifah Tauhid Bagi Jazam

Aurat Lelaki Ketika Solat