Takrif Usul Feqh



Pada post kali ini saya khususkan kepada para murid saya dalam ilmu Usul Feqh dan semua pencinta ilmu Islam secara amnya.

Skop perbahasan utama ilmu Usul Feqh kita boleh pecahkan kepada tiga:

1)      Dalil2 Feqah.
2)      Kaedah2 istinbat hukum drpd dalil2 tersebut.
3)      Hal ehwal mustafid (mujtahid dan muqallid)

1 – Dalil2 feqah ada yg disepakti iaitu empat – Quran, Sunnah, Ijmak Ulamak dan Qiyas yang nyata.
Dan ada juga dalil2 yg tidak disepakati seperti Istihsan, Masolih Mursalah, Syara’ man qablana, Uruf dan Adat, Qaulus Sohabi, Amal Ahlil Madinah dll.

2 – Kemudian kaedah2 istinbat hokum daripada dalil2 tersebut dari segi syarat2 istidlal seperti mendahuluikan nas daripada zohir, mutawatir daripada Aahad dll. Kerana maksud daripada mengetahui dalil2 feqah ialah istinbat hukum2 daripadanya.

3 – Hal ehwal mustafid (mujtahid dan muqallid) – Mujtahid mencari hukum daripada dalil2, manakala muqallid mengambil hukum daripada mujtahid.

Oleh kerana itu Imam Isnawi mentakrifkan ilmu Usul Feqah sebagai:

معرفة أدلة الفقه إجمالا وكيفية الاستفادة منها وحال المستفيد

“Mengetahui dalil2 feqah secara ijmal dan kaifiat istinbat serta hal mustafid (mujtahid dan muqallid)”

Sumber rujukan: Nihayatus Sul fi Syarhi Minhajil Wusul ila Ilmil Usul karya Imam Jamaluddin Abd Rahim b al-Hasan al-Isnawi wafat 772 Hijriyah.

Di Sg Lalang pukul 4.27 6 Januari 2020.

Comments

Popular posts from this blog

Biografi Ringkas Imam an-Nawawi رحمه الله

Makrifah Tauhid Bagi Jazam

Aurat Lelaki Ketika Solat