Perkara Wajib Kita Tahu Tentang Penghulu Kita (Part 2)




Nabi صلى الله عليه وسلم pun meningkat remaja. Ketika Baginda berumur 25 tahun 2 bulan 10 hari Baginda meminang Siti Khadijah رضي الله عنها untuk dirinya. Hadir bersama Abu Talib dan Bani Hasyim dan pembesar2 kaum Mudhor. Abu Talib berkhutbah yang bermaksud: “Segala puji tertentu bagi Allah Taala yang telah menjadikan kami daripada zuriat Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail, asal daripada Ma’add, unsur Mudhor. Dan Allah menjadikan kami penjaga rumahNya dan menguruskan tanah haramNya, dan menjadikan bagi kami rumah untuk buat ibadat haji dan menjadikan tanah haram ini aman dan menjadikan kami pemimpin2 terhadap manusia.

Kemudian anak saudaraku ini Muhammad b. Abdullah tidak dapat dinilai dengan mana2 lelaki melainkan beliau yang terlebih baik. Walaupun beliau kurang dari sudut harta. Muhammad ini kamu telah kenal kaum kerabatnya. Dan beliau telah meminang Khadijah bt. Khuwailid. Segala mas kahwin diambil daripada hartaku. Beliau demi Allah selepas ini akan dating berita yang besar dan kadar yang mulia.”

Nabi صلى الله عليه وسلم pun berkahwin dengan Khadijah dan perkahwinan mereka kekal sebelum turun wahyu hingga 15 tahun. Khadijah رحمة الله عليها wafat ketika Rasulullah صلى الله عليه وسلم berusia 49 tahun 8 bulan.

Sumber terjemahan:

“Awjazus Siyari li Khairil Basyar صلى الله عليه وسلم karya al-Imam Abul Husain Ahmad b. Faris b. Zakaria ar-Razi ( wafat 395H )
Diterjemah pada 3/1/2020 pada jam 8.13 pagi Jumaat di Sg Lalang, Qadah.

Comments

Popular posts from this blog

Biografi Ringkas Imam an-Nawawi رحمه الله

Makrifah Tauhid Bagi Jazam

Aurat Lelaki Ketika Solat