Sayyidina Ali dan Sayyidina Muawiyah



وأول التشاجر الذي ورد + إن خضت فيه واجتنب داء الحسد

Sahabat Nabi صلى الله عليه وسلم adalah sebaik-baik kurun, maka berhajat kpd jawapan apa yg berlaku antara mereka di antara perselisihan yg membawa kesamaran tentang kecelaan terhadap hak mereka. Sedangkan mereka tidak berterusan melakukan maksiat secara sengaja sekalipun mereka bukan maksum.

Telah berlaku perselisihan antara Sayyidina Ali dan Sayyidina Muawiyah رضي الله عنهما. Para sahabat telah berpecah kpd 3 puak:

1-      Berijtihad dan zohir bahawa kebenaran bersama Ali dan berperang bersama dengannya.
2-      Berijtihad dan zohir bahawa kebenaran bersama Muawiyah dan berperang bersama dengannya.
3-      Tawaqquf.

Berkata ulamak: Siapa yg betul dapat 2 pahala dan siapa yg salah dapat 1 pahala. Allah dan Rasul telah menyaksikan bagi mereka al-Adalah (keadilan). Yang dikehendaki dgn takwil perkara tersebut ialah kita memalingkan kepada tujuan yang baik kerana husnuzzon dengan mereka. Maka kita tidak mengeluarkan walau seorang pun daripada sifat adil dengan apa yang berlaku antara mereka kerana mereka adalah para mujtahid.

Bila kita membincangkan tentang mereka, maka takwilkan dan jangan mencela seorang pun di kalangan mereka. Kita tidak disuruh untuk membincangkan apa yg berlaku di antara mereka kerana perkara ini tidak termasuk dalam aqidah agama dan tidak mendatangkan manfaat pada agama. Bahkan kadang2 membawa mudharat pada keyakinan. Maka tak harus membicarakannya kecuali nak menolak golongan yg taksub atau untuk mengajar kitab yg mengandungi atsar2 yg berkaitan dengannya. Manakala orang awam, maka tak harus untuk membicarakannya kerana bersangatan jahil mereka dan tak tahu kaedah takwil.

Dan wajib kau tinggalkan pada perbicaraan apa yang berlaku antara mereka penyakit hasad. Yang dikehendaki hasad itu ialah kecenderunngan kepada mana2 pihak dengan jalan tak diredhai syarak.

Sabda Nabi صلى الله عليه وسلم:

"الله  الله في أصحابي لا تتخذوهم غرضا من بعدي, من آذاهم فقد آذاني, ومن آذاني فقد آذى الله, ومن آذى الله يوشك أن يأخذه"

“Takutlah kamu kepada Allah, takutlah kamu kepada Allah bagi sahabatku. Jangan kamu jadikan mereka sasaran seranganmu selepasku dengan kamu melemparkan kalimat yg tak layak dengan kedudukan mereka. Siapa yg menghina mereka maka dia telah menghinaku. Siapa yg menghinaku maka dia telah menghina Allah. Siapa yg menghina Allah hampir2 akan disiksanya.”

Dan dalam satu riwayat Nabi صلى الله عليه وسلم bersabda:

"لا تسبوا أصحابي فمن سب أصحابي فعليه لعنة الله والملائكة والناس أجمعين لا يقبل منه الله صرفا ولا عدلا"

“Jangan kamu mencela sahabatku. Siapa yg mencela sahabatku maka baginya laknat Allah, Malaikat dan seluruh manusia. Tak diterima daripadanya oleh Allah amalan fardhu dan sunat”

Baru-baru ini Syeikh Husni Ginting ketika menolak pendapat guru kami Syeikh Khaleel menyebutkan bahawa Muawiyah bukannya hendak membela darah Sayyidina Usman tetapi kerana hendak berebut kuasa pemerintahan daripada Sayyidina Ali. Perkara ini diucapkan pula kepada orang awam.

Bagi saya ucapannya sangat berbahaya kerana taksub dan menghina kedudukan Sayyidina Muawiyah. Kedua boleh menyebabkan orang awam hilang perasaan hormat dan memuliakan para sahabat.

Saya berdoa dan beharap agar Syeikh Husni Ginting insaf dan tidak mengulangi perbuatan dan pekataannya tersebut. Jika tidak takutilah ancaman laknat daripada Allah dan Malaikat dan tidak diterima amalan fardhu dan sunat.

Mohd Amir bin Md Azmi,
Maktab Mahmud Kuala Muda,
12.42 pm 9/1/2020.

Comments

REZX said…
Debu di hidung tunggangan saifina Muawiyah pon lbh mulia dr diri kita, apatah lg batang tubuh saidina Muawiyah, sahabat Nabi s.a.w....

Aku juga tawaquf ikhtilaf antara saidina Muawiyah & Saidina Ali r.a ...
Unknown said…
ربي يحفظ عقيدتنا الصحيحة اللهم آمين
Zaynkhaleel said…
Kita meninggikan syariat bukan mendewakan individu.

Popular posts from this blog

Biografi Ringkas Imam an-Nawawi رحمه الله

Makrifah Tauhid Bagi Jazam

Aurat Lelaki Ketika Solat