Sahabat Semua Adil Belaka
Erti sahabat itu orang yang berhimpun(bertemu) dengan Nabi Muhammad SAW ketika hidupnya dalam keadaan beriman dan mati halnya beriman dan jikalau kecil atau buta sekalipun.
Maka keluar orang yang beriman ini mereka yang murtad seperti Abdullah b Khatol.Juga terkeluar orang munafiq seperti Abdullah b Ubai.
Kurun yang terbaik adalah kurun para sahabat.Sebaik2 sahabat adalah khalifah yang empat.Martabat mereka seperti khilafahnyaiaitu bermula dengan Sayyidina Abu Bakar kemudian Sayyidina Umar.Setelah itu Sayyidina Osman dan kemudian Sayyidina Ali.Tertib ini menurut ulama Ahlus Sunnah Wal Jamaah.
Maka kemudian daripada mereka itu kaum yang mulia2 martabatnya lagi suci ibadat mereka itu iaitu 6 orang(sepuluh termasuk 4 khalifah yang dijanjikan syurga).Mereka ialah Talhah b Ubaidillah, Zubair b Awwam, Abd Rahman b Auf, Saad b Abi Waqas, Said b Zaid dan Abu Ubaidah ‘Amir b Jarrah.Mereka dikhususkan dengan mubasyarah bil jannah sebab telah masyhur dalam hikayatnya tetapi sahabat yang mubasyarah dengan syurga itu teramat banyak.
Maka kemudian daripada 10 orang itu orang yang menyertai Perang Badar.Kemudian mereka yang menyertai Perang Uhud.Kemudian mereka yang menyertai baiatur ridwan yakni orang yang baiah dengan Nabi SAW dengan mati syahid ketika Perang Hudaibiah.Kemudian orang yang Sabiqun lagi Muhajirun iaitu orang yang mendapat 2 qiblat dalam solatnya qiblat sokhratullah dalam Baitul Maqdis dan qiblat ka’batullah dalam negeri Makkah.
Apabila telah yakin hatimu bahawasanya segala sahabat itu tentu adilnya dan terlebih baik manusia selepas Nabi SAW maka engkau takwilkan ikhtilaf sahabat dengan setengahnya yang telah dikhabarkan oleh ulama ahlul Islam jikalau engkau mengenal dalam massalah takwil.Atau engkau tawaqqufkan ia kepada Allah Taala maka itu terlebih aslam(selamat). Dan jikalau engkau masuk dalam membicarakan demikian itu engkau hasilkan lebih jahatnya hasad kepada tiap2 segala sahabat.Kerana bahasanya orang yang keji akan salah suatu daripada sahabat sangat sesat yang amat besar.Dan adakalanya menjadi kufur dengan nas hadis yang syarif. Kerana bahawasanya membicarakan perihal sahabat dalam ikhtilafnya antara segala sahabat dalam perihal yang bangsa dunia maka ia tidak termasuk dalam masalah iktiqad dan adakalanya menjadi sesat orang itu sebab bincangkan hal ini.
Membicarakan ikhtilaf sahabat antara setengahnya dengan setengahnya itu makruh tanzih atas qaul ulama yang rajah dan kata setengah ulama haram.Ini bagi haq ulama yang telah mengenal ia dalam ilmu usuluddin dan akhbar yang sohihah dan isnad yang sohih atau hasan.Kata Syeikh Abd Salam tidak harus bagi ulama itu masuk dalam membicarakan dalam perihal ikhtilaf antara sahabat dengan setengahnya dalam perihal yang bangsa dunia melainkan kerana menolakkan ia atas orang yang sesat atau kerana mengajarkan anak muridnya ketika membaca demikian.
Adapun orang yang awam itu maka haram ia halnya putus(qat’i) dan telah zahir fitnah dan bala dalam tiap2 negeri segala manusia itu yang menghikayatkan perihal ikhtilaf sahabat dengan setengahnya dalam perbuatan yang bangsa dunia seperti perihal Sayyidina Ali dengan Sayyidina Muawiyah dan Sayyidina al-Husin dengan Yazid dan barang sebagainya hingga benci orang itu akan sahabat dan kasih setengah sahabat.Demikian itu bersalahan dengan wasiat Rasulullah SAW dengan mewajibkan akan mukallaf takzim dan hormat segala sahabat kerana bahawasanya sekelian sahabat itu tentu adilnya dan barang yang berkhilaf2 sahabat dengan setengahnya itu dengan ijtihadnya daripada barang yang daripdada nas kitab dan hadis Rasulullah SAW
Dalam satu hadis riwayat at-Tobarani Baginda bersabda yang bermaksud: “Janganlah kalian mencela para sahabatku.Sesiapa yang mencela sahabatku maka baginya laknat Allah, Malaikat dan seluruh manusia”.

Comments