Jawapan Kepada Tuduhan tehadap Asya'irah 1(Imam al-Asy'ari Taubat Dari Fahaman Yang Pernah Diajarnya.
Tuduhan bahawa Imam Abul Hasan al-Asy’ari taubat dari fahaman yang pernah diajarnya kerana kitabnya yang terakhir ialah al-Ibanah an usulid diyanah.
Sejarah yang ittifaq para ulama bahawa Imam Abul Hasan al-Asy’ari hanya keluar dari mazhab muktazilah.Setelah itu tetap berpegang denan mazhab ahlus sunnah wal jamaah yang beliaulah tokoh pertama menyusun kitab mengenai itu.Pendapat yang menyebut bahawa al-Ibanah adalah karya beliau adalah tidak terdapat bukti yang kukuh.Dalam al-Ibanah tidak pernah menyebut perkara itu dan tidak terdapat tahun mulai atau selesai penulisan.
Ulama Asya’irah meyakini bahawa al-Ibanah dan al-Luma’ adalah kedua2 kitab Imam al-Asy’ari yang ditulis sesudah beliau keluar dari Muktazilah.al-Luma’ adalah memperluas dan memperjelas kandungan al-Ibanah.Jadi seolah-olah al-Ibanah seperti matan sedang al-Luma’ seperti syarah.Oleh itu al-Ibanah ditulis lebih dahulu daripada al-Luma’.
Al-Ibanah yang telah ditahqiq ada 2 edisi iaitu oleh Dr Fauqiyah Husin Mahmud cetakan pertama 1397H/ 1977M,Darul Ansar,Mesir dan edisi tahqiq Syekh Hammad Muhd al-Ansori,cetakan keempat,Matobi’ al-Jami’ah al-Islamiyah,Madinah Munawwarah,1408H.Dalam tahqiq Dr Fauqiyah menyenaraikan 100 karya Imam al-Asy’ari.Yang ke-100nya ialah al-Ibanah berdasarkan dari Ibnu Faurak.Walaupun Ibnu Faurak membagi 2 kategori tahun penulisan Imam al-Asy’ari iaitu penulisan hingga 320H/935M(dari judul 1-72) dan penulisan dari 320H sampai 324H/939M(73-100) namun tidak satu judul pun disebut dengan jelas tahun penulisan dari Imam al-Asy’ari sendiri.
Pada tahqiq Dr Fauqiyah pula dinyatakan bahawa Muhd Sulaiman al-Ahmadi telah se;esai penyalinan al-Ibanah pada Sabtu 2 Zulhijjah 307H.Tentu saja Imam al-Asy’ari menulisnya lebih awal dari tarikh tersebut.Oleh itu,penentuan al-Ibanah karya terakhir beliau adalah suatu penyelewengan fakta sejarah dan pembohongan yang mengelirukan.

Comments