Iradah Allah

Tidak ada perkara yang berlaku sama ada baik atau jahat,iman atau kufur melainkan dengan kehendak Allah.Ini aqidah ASWJ.Manakala Muktazilah mengatakan Allah berkehendak akan iman daripada sekelian manusia dan kafir itu berkehendak ia akan kufur.Perkataan mereka itu dusta dan batil kerana menyalahi Quran,Hadis dan dalil akal.

ASWJ berkata sekalipun Allah menghendaki ia akan maksiat maka tiada kasih dan tiada redha Ia daripadanya dan tiada menyuruh dengan dia.Bahkan murka ia akan dia dan benci ia akandia dan melarang Ia daripadanya.Dan inilah perkataan sekelian salaf(Ma sya Allahu kana wa ma lam yasya’ lam yakun) ertinya apa yang dikehendaki Allah nescaya berlaku dan apa yang Dia tidak kehendaki nescaya tidak berlaku.

Berkata Muhaqqiqun daripada ASWJ iradah dalam Quran ada 2 macam.Pertama iradah syarak.Kedua iradah bermaksud menjadikan.Iradah syarak itu bererti kasih dan redha.Seperti firman Allah dalam surah al-Baqarah:185: “Allah berkehendak dengan kamu akan mudah dan tiada menghendaki dengan kamu akan payah” dan firmanNya dalam surah an-Nisa:27: “dan Allah berkehendak akan menerima taubat atas kamu”

Adapun iradat menjadikan maka melengkapi akan segala yang baharu.Seperti firman Allah dalam surah al-Baqarah:253: “Dan tetapi Allah memperbuat Ia akan apa yang dikehendakiNya” dan firmanNya dalam surah al-An’am:125: “Maka barangsiapa yang dikehendaki Allah menunjukinya kepada ugamaNya nescaya meluaskan Ia akan hatinya untuk menerima ugama Islam dan barangsiapa dikehendaki Allah menyesatkannya nescaya menjadikannya akan hatinya sempit”Dan iradah yang kedua inilah yang dikehendaki dalam perkataan sekelian orang Islam (ma sya Allahu kana wa ma lam yasya’ lam yakun)

Comments

Popular posts from this blog

Biografi Ringkas Imam an-Nawawi رحمه الله

Makrifah Tauhid Bagi Jazam

Penjelasan tentang Asya'irah