Tawassul Bukan Masalah Aqidah

Usul ke-15 Imam Hassan al-Banna(IHB): “Berdoa dengan diiringi dengan tawassul kepada Allah dengan makhlukNya adalah khilaf furu’ dalam kaifiat berdoa dan bukan daripada masalah akidah”

Dalam usul ini IHB menerangkan hokum yang selalu berlaku perbalahan di masjid, majalah,akhbar,internet dll.Dengan sebab masalah ini timbul perpecahan di kalangan umat Islam hingga sampai ke peringkat kafir-mengkafir.

Apa itu tawassul?Senangnya tawassul ialah seperti seseorang berdoa Allahumma inni as’aluka bijahi fulan ……(Ya Allah aku bermohon kepadaMu dengan kedudukan fulan di sisiMu …….).Yakni doa kepada Allah(bukan kepada si fulan) disertai dengan tawassul kepada si fulan.

IHB menerangkan tawasuul adalah masalah ijtihad yang berputar antara rajih dan marjuh. Masing2 mempunyai hujah dan pendapat yang dipilih oleh seseorang dalam masalah ini tidak menyebabkan rosak iktikad atau sesat atau bid’ah.

Ibnu Taimiah ra sendiri menerangkan masalah ini adalah khilaf dan perkara ijtihad dan tidak harus mana2 pihak yang bertelagah memaksa pihak lain mengikut pendapatnya.

Ibnu Taimiah juga berkata: “Tawassul iaitu berdoa kepada Allah dengan kedudukan para Nabi dan orang solih telah sabit di kalangan sebahagian ulama yang melarangnya.Maka ia menjadi masalah khilafiah dan bukan masalah yang diancam dengan hukuman bagi orang yang bertawassul dengan ijmak muslimin.Orang yang mengingkari amalan tawassul tidak mempunyai dalil naqli untuk diikuti sama ada daripada Nabi SAW mahupun para sahabat”.

Perkara yang perlu kita sepakati dalam masalah ini ialah tawassul adalah masalah khilafiah.Maka sesame umat Islam pelu berkasih sayang FILLAH dan bermuafakat menuju jalanNya tanpa berlaku perbalahan dan taksub serta kafir mengkafir dan membid’ahkan amalan orang lain.Kita bersepakat pada perkara yang boleh disepakati dan bertasamuh dalam perkara khilaf fiqh.

Comments

tukang kapan said…
kalau dibangkang kata wahabi...lebih baik kita sendiri yang berdoa....tuhan maha pelihat...pendengar...
refah00 said…
Ini bukan isu wahabi atau tidak.Masalahnya tawassul ni adaalh cara berdoa yang ada khilaf ulama.Sape naka amalkan silakan.Sapa tak mau itu u punya pasallah.

Popular posts from this blog

Biografi Ringkas Imam an-Nawawi رحمه الله

Makrifah Tauhid Bagi Jazam

Penjelasan tentang Asya'irah